Bidang kerjaya aeroangkasa
Bidang Kerjaya Aeroangkasa
Analitikal
Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk
menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasan sesuatu bahan.
Komputasi Dinamik Bendalir
Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan
komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi
permukaan pengangkat (lifting surface).
Analisa Kos
Jurutera
penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber semasa proses penyediaan tender ataupun
semasa menentukan calon terbaik yang boleh dipilih untuk diberikan kontrak kerja.
Rekabentuk
Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukan
susunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluan yang telah tetapkan bagi mengatasi
masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialah merekabentuk pesawat terbang.
Perkhidmatan pengguna
Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri
berkenaan dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna dapat menggunakan barangan
dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama
rapat denagn jurutera rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.
Ujian Penerbangan
Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian
penerbangan serta mengumpulkan data data dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalam
mencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam meningkatkan serta memastikan tahap
prestasi pesawat yang baru dicipta didalam keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..
Pengurusan
Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang
berpengalaman dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti juga pengurus
pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan
serta aktiviti aktiviti teknikal yang lain.
Pengeluaran
Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan
kos yang paling rendah. Jurutera pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasi yang
telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.
Pemasaran
Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelangan
baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat serta memastikanpelangan menerima
produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi
tujuan penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.
Bahan dan
pemerosesan
Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya ialah pengujian
keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.
Perisian
sistem
Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem aeroangkasa. Contoh mudah
ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.
Bidang
berkaitan
Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukan didalam proses
pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yang berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan,
keselenggaraan, ketahanan, serta keseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.
dari sumber asal "Fields In Aerospace" dari http://www.tjhsst.edu/~jleaf/pe/careers/aerospace/field.htm. Laman ini sudah tiada di Thomas
Jefferson High School tetapi masih dikekalkan di'server' ini.
Kembali
ke
Laman Jejaring Aznijar
Laman ini disenggarakan oleh aznijar.
Kemaskini terakhir: Rabu,
31-AUG-2005.