DALAM DIRI 2

Ustazah Siti Hajar pernah bercerita:

"Dunia ini ibarat pentas dan manusia adalah ibarat pelakon-pelakonnya. Satu hari nanti pentas ini akan digulung, dan setiap lakonan akan dihitung..."

Ustaz Nik Daud juga pernah mengajar:

"Manusia dijadikan Allah untuk menyembahNya. Kita lahir ke dunia dengan ikatan janji terhadapNya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini..."

Abang Koji pun pernah mengingatkan:

"Islam memang menyuruh kita bersederhana tetapi itu tidaklah hermakna dalam menunaikan perintah Allah pun kita bersederhana, sesiapa yang berusaha melaksanakan hukumnya dengan lengkap dituduh "extreme"...

Kini hatiku pula berkata:

"Ah... tersilap konsep aku rupanya... bersederhana hanya dalam menunaikan perintah dan larangan Allah sahaja, sedang dalam hal lain tak pula aku ingat untuk bersikap sederhana. Berlakon... selama ini berlakon saja aku rupanya. Aku tak perasan pula peranan apa yang aku dah bawa, penjunjung titah atau pendurhaka? Apakah perananku sebagai Hamba dan Khalifah Allah telah aku jalankan dengan berkesan... yang patuh atau yang engkar? Yang meninggalkan rasa kasih atau rasa benci...pada Penghitung lakonanku?

Mima Zohds

 

 

HOME INDEX  NEXT

 

 

Note: Midi playing is "Careless Whisper"

        

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1