Sejarah Kemerdekaan
§Suara tuntutan kemerdekaan telah lama
kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945
apabila
Hiroshima dan
Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke
Tanah Melayu dengan niat menjadikan
Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di
Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di
Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan
Malayan Union yang memberikan hak sama rata
khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
§Perjanjian
Persekutuan yang ditandatangani oleh
Raja-Raja pada 21 Januari 1948
berjaya mengembalikan
Tanah Melayu ke pangkuan
orang Melayu; kedaulatan
raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
§Malayan
Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi
Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan
Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh
orang Melayu termasuk Majlis
Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh
Tanah Melayu pada 1 –
4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang
dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima
Bukit Gantang, Dato Nik
Ahmad Kamil, Dato Hamzah
Abdullah dan En.
Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.
§Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang
dinamakan
United Malays National Organisation
(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh
Tanah Melayu Ke-3
di Johor Bharu Dato’ Onn
Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO
pada 11
Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara
Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan
orang Melayu dan rakyat
Malaya dan memelihara dan mempertahankan
agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi
Raja-Raja Melayu.
§Penentangan mereka berjaya mengubah
Malayan Union kepada Perjanjian
Persekutuan yang ditandatangani oleh
Raja-Raja pada 21 Januari 1948
yang mengembalikan
Tanah Melayu ke pangkuan
orang Melayu; kedaulatan
raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan
orang Melayu berjaya membentuk
Persekutuan Tanah Melayu yang
mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu
Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau
Pinang dan
Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya
Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan.