Bapa Kemerdekaan
                                       

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

PERMULAAN SEBAGAI TOKOH NEGARA

Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra dalam penyatuan kaum dalam dilihat melalui cara diplomasi yang digunakan oleh beliau sehingga tidak menyinggung perasaan antara kaum. Sehubungan itu, melalui Parti Perikatan beliau telah berjaya membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan seterusnya menjadi Malaysia yang berjaya. Seperti yang kita semua tahu, penyatuan merupakan asas penubuhan Malaysia sehingga ke hari ini. Tunku Abdul Rahman telah bekerja keras untuk membebaskan Negara dari cengkaman penjajah. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh di kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir Negara.

Sebagai ketua, Tunku Abdul Rahman perlu menjaga kebajikan semua rakyat. Beliau perlu memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping memastikan masyarakat Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka.

Pada tahun 1951, UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era baru apabila Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Setelah perlantikan tersebut, Tunku telah berjanji akan berusaha untuk memastikan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Pada tahun 1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial British untuk mengadakan satu pilihanraya umum untuk membuktikan bahawa Malaya ketika itu sudah bersedia untuk Merdeka. Usaha mereka membuahkan hasil di mana Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yg dipertandingkan. Setelah itu, sebuah jemaah menteri atau kabinet telah ditubuhkan. Tunku juga terlibat dengan Rundingan Baling yang melibatkn Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng bagi pihak Parti Komunis Malaya (PKM). Pada 1963, Tunku juga memainkan peranan penting dalam pembentukan MALAYSIA iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Beliau juga menyarankan supaya sebuah pertubuhan yang dipanggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) diwujudkan bagi membincangkan kerjasama antara tiga buah negara.