| HOME | MY LIFE | MY CLASSMATE | MY SUBJECT | MY COLLEGE LIFE | MY IDOLSMY IDOL
Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh
 lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
Beliau yang cukup dikenali dengan "
Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menggunakan nama timangannya sendiri, "
Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan
artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar
The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk
Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[4].
Ketika penggal kepimpinannya dari
16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa
pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar
sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di
Asia Tenggara
sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara '
Harimau Ekonomi Asia'[5].

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia
keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF
yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[6] dikiritik hebat ketika
itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut
berakhir[7] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian
mana-mana pihak[8].

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan
kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[9] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian"
dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[10].

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk
badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan
sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya[11]) terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau
terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak
pembaca dengan pelbagai hujah)[12]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin
lain di dunia.