J O J A P S (mjurnal)
JOURNAL ONLINE JARINGAN PENGAJIAN SENI BINA

VOLUME 23 -
PUBLICATION
All the papers published being presented in ICrIPE 2021 (International Creative
and Innovative Product Exhibition 2021)
Click the title to download the full paper.
ICrIPE
01/2022 -
Mini Etching PCB Machine by Using ARDUINO UNO
Fadzlida Binti Shamsudin, Muhammad
Hazmi Hakim Bin Alzahri &
Muhammad Rafiuddin Bin Yahya
Main Author from
Politeknik Port Dickson
Abstract -
The
etching process is a process to remove unwanted copper layers on the surface of
the PCB (Printed Circuit Board). During the etching process students are exposed
to harmful chemicals that can cause severe skin burns, irritate the nose and
throat and cause difficulty breathing if inhaled and can burn holes in the
stomach if swallowed. The process also takes between 30-40 minutes where
students have to constantly shake the container that is filled with chemicals to
produce a circuit on the PCB board. This time -consuming process causes students
to get bored and tired. Therefore, the Mini Etching PCB Machine was developed to
facilitate the ‘Etching process’ and reduce accidents that may occur due to
hazardous chemicals. The user only needs to insert the PCB in the container then
set the time on the keyboard and the motor will move according to the set time.
Upon completion of the etching process the buzzer will sound. This Mini Etching
PCB Machine uses the Arduino Uno ATmega328P circuit as a microcontroller that is
programmed for keypad input as well as a power window motor and buzzer as
output. The results of the experiments performed found that the size of the PCB
affects the time taken to complete the etching process. The larger the PCB size,
the longer the etching process is taken according to the formula of a mixture of
hot water and acid.
ICrIPE
02/2022 -
Persepsi
Terhadap Penggunaan Labvolution Dalam Pengurusan Makmal di Kolej Komuniti Masjid
Tanah
Haliza Binti Haron, Rozali Bin Ibrahim
&
Mohd Zamrie Bin Saleh
Main Author from Kolej Komuniti Masjid
Tanah
Abstract -
Labvolution merupakan satu inisiatif yang dibangunkan bagi menyediakan satu
platform pengaplikasian teknologi IoT (Internet of Things). Labvolution
secara objektifnya adalah bagi merealisasikan pembangunan makmal pintar di dalam
persekitaran kampus bagi mengamalkan konsep penjimatan tenaga secara optimum.
Labvolution menggunakan teknologi IoT untuk mengawal pemutus litar, litar lampu,
litar soket kuasa dan Auto Voltage Regulator (AVR) secara maya. Kajian
ini adalah bagi mengenalpasti persepsi penggunaan Labvolution dari aspek
penjimatan, mesra pengguna dan kecekapan pentadbiran. Seramai 57 orang
responden yang terdiri dari kakitangan di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT)
telah menjawab soal selidik dan data dianalisis menggunakan
Statistical
Package for Social Science Software 23.0 (SPSS).
Hasil analisis
data menunjukkan persepsi dari aspek penjimatan menunjukkan nilai min 4.85,
persepsi dari sudut mesra pengguna menunjukkan nilai min 4.69 dan persepsi dari
aspek membantu kecekapan pentadbiran menunjukkan nilai min 4.94. Ketiga-tiga
aspek yang dinilai menunjukkan nilai min yang tinggi. Hasil kajian ini boleh
digunakan oleh pihak pengurusan bagi merancang kepada pengurusan institusi yang
lebih efisyen.
ICrIPE
03/2022 -
Kajian Tinjauan Terhadap Keberkesanan Penggunaan Teknik 'FaceMap' Dalam
Pembelajaran Shorthand Terhadap Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan
Juhana
Binti Simarani, Liza Binti Mohd Salleh & Zuriana Binti Mohamed
Main Author from
Politeknik Port Dickson
Abstract -
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan
pembelajaran berasaskan ‘facemap’ bagi kursus DPK10012 Shorthand di Politeknik
Port Dickson. Teknik pembelajaran video interaktif berasaskan inovasi penggunaan
‘facemap’ dibangunkan sebagai inisiatif baru agar dapat membantu menyelesaikan
permasalahan pelajar mengingat dan mempelajari gurisan shothand mengikut sistem
Pitman 2000. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap keberkesanan
penggunaan facemap dalam pembelajaran Shorthand. Soal selidik telah diberikan
kepada 51 orang pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan semester 4 . Responden
dikehendaki melihat video infografik bertajuk “Learn Basic Shorthand” yang
dimuatnaik serta menjawab soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu a) mesra pengguna, b) teknikal, c) elemen video infografik dan d)
interaktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ukuran skala
likert antara 1 hingga 3. Data dianalisa menggunakan Ms Excel untuk mengetahui
peratusan hasil keberkesanan teknik ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
72.5% teknik ini mudah dicapai atau mesra pengguna dan pelajar tidak memerlukan
ilmu pengkomputeran yang tinggi. 84.3% menyatakan kejelasan pada suara dan
kelancaran peralihan paparan. Manakala elemen infografik menyatakan kesesuaian
dari segi warna, gambar dan pilihan bentuk fon (78.4%), animasi (80.4%) dan
kesesuaian strategi pengajaran yang dipersembahkan mencapai 80%. Manakala isi
kandungan adalah berkaitan dan susunan bahan adalah baik masing-masing 80.4%.
Sementara 78.4% menyatakan teknik ini mempunyai sifat dan kesan interaktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik. Secara keseluruhannya
teknik ini boleh digunapakai kepada pelajar atau masyarakat yang ingin
mempelajari gurisan Shorthand dengan mudah dan berkesan. Dalam masa yang sama
penggunaan gurisan Shorthand ini dicadangkan agar dapat digunapakai dalam
membuat nota atau penerangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi
kursus lain seperti kursus Organizational Behavior, Human Resource Mangement,
Office Practice, Record Management agar pensyarah dan pelajar Sains
Kesetiausahaan ini sentiasa mahir dan menggunakan gurisan Shorthand dalam
melaksanakan tugasan mereka.
ICrIPE 04/2022 -
Frame Model : Relationship Study on Mobile Learning Education
Nooralwani Binti Alias
Main Author from
Politeknik Port Dickson
Abstract -This
study conducted in order to evaluate the effects of learner aspect, social
aspect, device aspect, device usability, interaction learning, social technology
towards mobile learning (DLS) in the undergraduate study program for commerce
students. A total of 117 students participated in this study. These students are
who had enrolled fulltime online learning and applying mobile learning to
complete their course requirement during the pandemic. Mobile learning is a
method of obtaining learning materials from anywhere and at any time by using
personal devices and wireless technology. In this study, mobile devices which
are smartphones, laptops, notebooks and equip with internet access or apps are
regarded as tools to support ubiquitous learning. The results showed that most
student used smartphones and accumulated time spent for online learning in hours
are between 5 hours to 8 hours per day. Next, learner aspect is having the
strongest relationship, while the social technology element having a weak but
still significant relationship with mobile learning. Therefore, the study
suggests that even though the mobile learning is known for intrinsic ability to
encourage the process of socializing through online community or within their
classmate, but still, the students showed certain barrier to perform effective
communication between them. As a result, this paper can be used on how each
element of FRAME Model can be incorporated in today mobile teaching and learning
more effectively. As well to gain understanding towards improving students’
experience and mobile learning performance in higher education.
ICrIPE 05/2022 -
Pengurusan Kewangan Pelajar Politeknik Port Dickson
Norhana Aziani Binti Mohd Bostaman, Rafedah Binti Husain & Nurismah Binti
Ibrahim
Main Author from
Politeknik Port Dickson
Abstract -
Pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia
pada tahun 2020 telah memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan, terutamanya
kesihatan, sosial, kewangan dan ekonomi. Wabak ini telah memberi kesan besar
terhadap sektor ekonomi negara. Sekatan pergerakan yang diperkenalkan oleh
kerajaan telah menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas teruk. Rentetan itu, ramai
yang kehilangan pekerjaan dan berlaku pemotongan gaji pekerja oleh majikan. Bagi
ibu bapa yang terkesan dengan pandemik ini dari segi kewangan akan turut memberi
kesan kepada anak-anak mereka yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi.
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji amalan pengurusan kewangan di
kalangan pelajar Perakaunan, Jabatan Perdagangan, Politeknik Port Dickson.
Seramai 107 orang responden yang telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini
mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi latar belakang
responden dan bahagian B yang terdiri daripada 30 soalan berkaitan dengan
persoalan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer The Statistical Package for The Social Science (SPSS) Versi 22.0. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa pelajar politeknik mempunyai tahap pengurusan
kewangan yang baik dan mereka menyedari akan kepentingan pengurusan kewangan
dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati tahap pengurusan kewangan pelajar
politeknik masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan. Pelajar
politeknik menyedari cabaran yang mereka hadapi dalam mengurus perbelanjaan
dengan purata min keseluruhan adalah 2.63 iaitu berada pada tahap sederhana.
Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pengetahuan pelajar
tentang pengurusan kewangan supaya tahap pengurusan kewangan mereka berada pada
tahap tinggi di masa depan.
ICrIPE
06/2022 -
Penggunaan Video Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap
Pembelajaran Litar Elektronik
Rahmah binti Khamis, Azrin Nur Farhana binti Abdullah Din @ Azman,
&
Mohd Azali bin Zainal Abidin
Main Author from Politeknik Ibrahim
Sultan, Johor
Abstract -
Sistem pendidikan di Malaysia mengalami
perubahan drastik ekoran dari pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Politeknik Malaysia turut terkesan
di mana ia dijalankan secara dalam talian. Kursus DEE30043 Electronic
Circuits merupakan sebuah kursus teras bagi pelajar diploma semester tiga
bidang Kejuruteraan Elektrik yang merangkumi teori dan pembelajaran amali.
Pembelajaran amali secara simulasi litar dengan menggunakan perisian berasaskan
web Autodesk Tinkercad dilaksanakan sebagai alternatif kepada kaedah
amali secara bersemuka. Walau bagaimanapun, purata pencapaian markah
Practical Work Bridge Rectifier bagi sesi Disember 2020 adalah antara yang
terendah berbanding amali yang lain. Ini disebabkan pelajar tidak mempunyai
pengalaman dalam proses pemasangan litar Bridge Rectifier menggunakan
komponen elektronik yang sebenar kerana telah mengikuti proses P&P secara dalam
talian sejak awal pengajian. Tambahan pula, kemahiran pelajar adalah terhad
dalam penggunaan kaedah simulasi litar kerana ianya bergantung kepada keupayaan
perisian dan ikon komponen yang disediakan. Oleh itu, sebuah video amali Full
Wave Bridge Rectifier yang menggunakan komponen elektronik dan alat
pengukuran sebenar telah dihasilkan dan dimuat naik ke platform YouTube.
Ia merupakan bahan bantu mengajar yang dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman
dan minat pelajar terhadap amali yang akan dilaksanakan. Tiga aspek iaitu
pengetahuan pelajar, pemasangan dan pengujian litar serta minat pelajar terhadap
pembelajaran amali Bridge Rectifier telah dikaji. Pengumpulan data
kajian dilaksanakan melalui borang soal selidik yang dibangunkan menggunakan
aplikasi Google Form. Maklum balas soal selidik dilaksanakan kepada 70
orang responden dan diukur berdasarkan Skala Likert. Melalui perbandingan ujian
pra dan ujian pos yang dijalankan, skor min untuk aspek pengetahuan pelajar
meningkat dari 3.64 (tahap sederhana) kepada 4.66 (tahap tinggi). Manakala, skor
min aspek pemasangan dan pengujian litar berubah dari 3.54 (tahap sederhana)
kepada 4.56 (tahap tinggi). Majoriti responden bersetuju bahawa penggunaan video
ini meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran amali dengan skor min 4.62 (tahap
tinggi). Dapatan ini disokong dengan peningkatan pencapaian purata markah
keseluruhan bagi penilaian Practical Work Bridge Rectifier pada Sesi 1
2021/2022 sebanyak 12.3% berbanding sesi sebelumnya. Ini menunjukkan pelajar
lebih memahami pelaksanaan Practical Work Bridge Rectifier secara
realistik dengan merujuk video sebagai panduan. Oleh itu, penggunaan video
Full Wave Bridge Rectifier amat membantu dalam meningkatkan minat dan
kefahaman pelajar semasa mengikuti pembelajaran amali secara simulasi litar.
.