Tiramisu Cake


Bahan untuk Kek Span Vanilla
Bahan A
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
Bahan B (ayak)
130g tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
<
Cara Membuatnya
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci atau pun 9 inci.Lapis dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180′C.
  2. Satukan Bahan A dan Bahan B ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega. Kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.
  7. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
  8. Biarkan sejuk sementara 
Mousse Keju
Bahan A
500g Keju Mascarpone atau krim keju (cream cheese ) biasa
Bahan B
6 biji kuning telur
100g gula kastor
Bahan C
20g gelatin
30ml air suam
Bahan D
250g krim putar(whipping cream)
Sirap Kopi:
80g gula
80ml air
10g kopi segera
10ml minyak kopi
Hiasan:
60g serbuk koko

Cara Membuatnya
  1. Masakkan Bahan A cara double boil sehingga lembut.Ketepikan dahulu.
  2. Gaul Bahan B sehingga sebati dan panaskan cara double boil pada suhu 80′C.Campurkan BAHAN A dan kacau sekata.
  3. Larutkan Bahan C sehingga gelatin larut dengan betul. Masukkan adunan BAHAN A dan B dan gaul hingga sekata.
  4. Masukkan bekas ke dalam mangkuk yang telah diisikan air sejuk dan ais.
  5. Teruskan mengacau bahan itu untuk menurunkan suhunya.
  6. Pukul Bahan D sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan di atas secara kaup balik. Kacau hingga sebati.
Sirap Kopi
Masakkan dan kacau bahan sirap kopi sehingga gula larut.

Cara Menyusun Kek
  1. Bahagai kek sama rata kepada 3 bahagian.
  2. Letakkan satu lapis kek di dalam mousse ring 8″.Sapu sirap kopi di atas kek.
  3. Tuangkan 1/3 bancuhan mousse ke atas kek. Taburkan sedikit lapisan serbuk koko di atas mousse.
  4. Letak sekeping lapisan kek dan sapu sirap kopi di atas kek.
  5. Kemudian tuangkan 1/3 lagi mousse. Taburkan serbuk koko lagi di atas mousse.
  6. Letak lapisan ke 3 kek dan kemudian tuangkan baki 1/3 lagi mousse dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihias dan dihidangkan.