Pukul minyak
dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan
ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan
ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam
mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen
vanila.
Menggunakan
kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk
dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua
buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu
mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau
berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup
balik.
Masukkan
adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah
dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin
membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian
yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya
membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah
masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek
dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir
sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya
1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak
ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni
memang membantu).
Nota:
Cupcake
dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.
Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.