Syiah Imamiyah Mazhab ke-5 ?



Kulit Hadapan Buku Syiah Imamiyah Mazhab ke-5 ?

Tajuk:

Penyunting:



Penerbit:



Tahun Cetakan:



Cetakan:


Syiah Imamiyah Mazhab Ke-5 ?

Dr. Sulaiman Nordin
Dr. Mohd. Zawawi Abdullah
Mohamad Sabri Haron

Nuur Publications,
Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Pertama - 1993
Kedua - 1994
Ketiga - 1996

Majujaya Indah Sdn. Bhd.



 Catatan Pembaca

Ranking: ллл
Sumber: Perpustakaan Universiti Telekom Malaysia
No. Panggilan Kongres: BP 193.A35
No. Kelas Dewey: 297.82

Sinopsis Am

       Buku ini merupakan prosiding bagi seminar "Ahli Sunnah dan Syi'ah Imamiyyah: Aspek Persamaan dan Perbezaan" yang diadakan di Dewan Mu'tamar Pusat Islam pada 26 dan 27 Disember 1992 atas anjuran Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

       Kupasan yang teliti dilakukan tentang kesan ajaran Syiah terhadap aqidah, akhlak, dan keselamatan negara. Antara ciri-ciri ajaran Syiah yang boleh menjuruskan masyarakat kepada kerosakan tersebut adalah:

  1. Aqidah al-Bada'
    Ini adalah pegangan akidah bahawa Allah s.w.t. mempunyai sifat bodoh atau lupa.

  2. Aqidah Takfir al-Sahabah
    Ini adalah aqidah yang berpegang bahawa para sahabat r.a. telah murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang sahaja.

  3. Aqidah Tahrif Al-Qur'an
    Aqidah ini adalah pegangan bahawa isi kandungan Al-Qur'an telah diselewengkan oleh para Khalifah Arrasyidin selepas Rasulullah s.a.w. dengan mengeluarkan ayat-ayat yang menyatakan dengan jelas keimaman Ali k.a.w. Dengan ini mereka juga berpendapat bahawa Al-Qur'an yang masih tidak diselewengkan adalah Al-Qur'an Mushaf Fatimah yang tidak diketahui di mana letaknya.

  4. Amalan Perkahwinan Mut'ah
    Ini adalah adalah amalan perkahwinan kontrak yang menggalakkan berleluasanya pelacuran.

  5. Amalan Taqiyyah
    Ini adalah amalan pengikut Syiah yang menyembunyikan aqidah mereka apabila berada dalam kalangan orang-orang Sunni atau semasa berbicara dengan mereka. Amalan ini tidak jauh bezanya dengan amalan orang-orang munafik



Sinopsis Bab

Bab 1: Bahaya Syiah kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara
Penerangan tentang bahaya Syiah terhadap aqidah, syariat, akhlak, ummah dan negara. Juga kupasan tentang ciri-ciri penting ajaran Syiah seperti al-Bada', perkahwinan mut'ah, kemurtadan para sahabat, al-Taqiyyah, padangan jijik golongan Syiah terhadap golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah, dan lain-lain.

Bab 2: Soal Jawap untuk Kertas Kerja Bab 1

Bab 3: Soal Jawap untuk Kertas Kerja Perkembangan Syiah di Indonesia

Bab 4: Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syiah
Bab ini mengupas tentang takrif ahlul bait serta kelebihan mereka, berdasarkan pegangan Syiah dan Sunni.

Bab 5: Soal Jawap untuk Kertas Kerja Bab 4

Bab 6: Keadilan Sahabat Menurut Al-Qur'an dan Al-Sunnah
Bab ini mengenai takrif sahabat dan keadilan mereka dengan disertakan dalil- dalil ayat Al-Qur'an. Disertakan juga pandangan Syiah terhadap sahabat.

Bab 7: Soal Jawap untuk Kertas Kerja Bab 6

Bab 8: Soal Jawap untuk Kertas Kerja Perkembangan Syiah di Thailand

Bab 9: Pandangan Imam Khomeini dalam Kitab Hukumatul Islamiyyah dan Kitab Kasyful al-Asrar
Kupasan terhadap tulisan Khomeini dalam kedua-dua buku tersebut terutama sekali tentang beliau tidak mengiktiraf ketiga-tiga khalifah arrasyidin yang pertama, juga terhadap kerajaan-kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah. Kupasan juga diberikan terhadap beberapa amalan Syiah yang lain yang disentuh di dalam buku itu.

Bab 10: Soal Jawap untuk Kertas Kerja Bab 9

Bab 11: Soalan Umum Kepada Ahli Panel

Bab 12: Soalan Bertulis Peserta Seminar

Bab 13: Cadangan Bertulis Peserta Seminar

Bab 14: Gerakan Syiah di Nusantara Kini
Bab ini tentang beberapa kejayaan ajaran Syiah yang dibawa ke Malaysia, Thailand dan Indonesia serta kenapa terdapat penduduk yang menerimanya.

Bab 15: Aqidah Syiah yang Bercanggah dengan Islam
Bab ini mengupas tentang beberapa aqidah tertentu Syiah yang jelas bertentangan dengan Islam seperti Tahrif fil-Qur'an, Al-Imamah, Al-Walayah, Imam Maksum, Takffir sahabat dan juga aqidah al-Raj'ah (kebangkitan penzalim dan yang dizalimi).

Bab 16 - Bab 21: Rujukan dan Keratan Akhbar


Hosted by www.Geocities.ws

1