|
Saban hari berbuka di lokasi Sepanjang Ramadan, Fasha sering berulang-alik dari lokasi drama televisyen Usia dan Tin Gei Bin atau Lingkaran Emas untuk RTM.
``Dalam drama Lingkaran Emas saya berlakon sebagai Elina anak Datuk lakonan Datuk Mustapha Maarof.
``Ia pengalaman manis saya berlakon dalam drama itu kerana saya berpeluang berlakon dengan Datuk Mustapha iaitu salah seorang daripada hero drama Melayu idola saya selama ini,'' kata Fasha bangga walaupun peranannya dalam filem itu kecil.
Untuk RTM juga Fasha terbabit dengan pembikinan drama bersiri 40 episod iaitu Usia.
Memandangkan jadual hariannya penuh ada kalanya dia terpaksa berbuka dan bersahur di lokasi saja.
``Memanglah berbuka di lokasi ala kadar tidak seperti berbuka di rumah atau bersama keluarga.
``Kini sudah dua tahun saya berdikari dan berjauhan dengan keluarga, jadi semakin biasa dengan keadaan itu,'' ceritanya.
Apa pun ada kalanya, akui Fasha, dia memang merindui suasana berbuka bersama keluarga di kampung.
``Apa yang saya rindu adalah masakan ayam merah dan laksa Penang.
Sepanjang Ramadan ini, jika ada masa lapang Fasha membantu perniagaan abang dan kakaknya di bazar Ramadan di AU3 Keramat, Kuala Lumpur.
``Kakak dan abang berniaga ikan bakar dekat situ. Pada hari pertama puasa dulu kebetulan saya kelapangan, saya sempat menolong mereka.
``Kalau ada yang ingin rasa ikan bakar utara datanglah ke situ,'' pelawanya.
Suka jadi budak liar Pada Hari Raya tahun lepas, anda berpeluang menonton penampilan Fasha sebagai gadis yang lemah lembut dalam drama televisyen, Atas Nama Cinta.
Sebaliknya pada Hari Raya kali ini Fasha akan membuktikan kemampuannya berlakon sebagai gadis liar dalam drama televisyen, Quran Buruk arahan Rashid Sibir.
Ia juga satu pengalaman yang luar biasa untuk dirinya, kata Fasha.
``Selama ini banyak yang takut untuk tawarkan watak seperti itu kepada saya kerana menganggap saya sesuai dengan watak orang baik saja.
``Impian saya juga untuk mempelbagaikan karakter saya dalam lakonan dan ia tercapai dalam drama Quran Buruk itu.''
Quran Buruk yang akan menemui penonton di Hari Raya pertama mengisahkan tentang seorang lelaki alim yang berhadapan dengan banyak cabaran lantaran kejatuhan moral anak-anaknya.
Selain itu Fasha juga turut berpeluang menggeletek hati ramai dengan aksi lucunya dalam program Senario Raya bersama ahli kumpulan Senario yang lain. Fasha akan tampil sebagai artis jemputan.
``Berlakon lucu dengan rakaman di hadapan penonton seperti itu juga sesuatu yang agak baru untuknya,'' kata Fasha.
Dia turut mencuba watak komedi dalam drama Junipah Lopes.
``Apa yang menggembirakan saya adalah pada masa ini saya dapat melakonkan banyak karakter kerana setiap drama yang saya berlakon berbeza wataknya.
``Ia satu kelebihan daripada berlakon filem kerana selama ini saya cuma diberikan satu watak saja iaitu gadis yang lemah lembut dan baik,'' ceritanya.
Kesempatan itu, kata Fasha memberi kepuasan kepadanya.
Walaupun semakin selesa di kaca televisyen, kata Fasha, dia masih menaruh harapan untuk terus mewarnai layar perak.
Selain itu filem terbaru Fasha iaitu sebuah filem remaja, SH3 The Movie juga akan berada di pawagam tidak lama lagi.
Tiga hari saja sambut raya Fasha memberitahu bahawa dia akan bercuti selama tiga hari untuk beraya sebelum kembali ke lokasi drama televisyennya.
Walaupun agak sedih kerana tidak dapat lama di kampung bersama keluarga namun demi komitmen dia tega juga.
Bercerita tentang persiapan raya, kata Fasha, dia memang tergolong dalam kelompok mereka yang suka membuat persediaan di saat-saat akhir.
``Semuanya ala kadar saja,'' katanya.
Apa pun tentu saja berbeza dengan raya sebelum ini, kata Fasha sejak sudah mampu mencari wang sendiri dia turut menyediakan wang untuk keluarga.
Itu termasuk duit raya dan baju raya untuk ketiga-tiga adiknya di kampung.
Tidak suka bicara soal cinta Soal buah hati, Fasha pernah mengakui bahawa dia memang rapat dengan seseorang tetapi hubungan mereka masih dalam proses kenal-mengenal antara satu sama lain.
Ketika ditanya perkembangan terbaru hubungan tersebut, Fasha enggan mengulas lanjut.
Dia mengakui kurang senang membicarakan soal peribadi seperti itu selain daripada soal kerjayanya saja.
``Biarlah kakak, saya memang tidak suka bercerita tentang soal itu. Takut orang bosan pula.
``Cukuplah saya katakan saya masih berkawan dengan dia,'' katanya.
Sesuatu yang pasti artis tersebut lebih gemar bersikap low profile dalam soal peribadinya terutama soal cint
|