1

Terik mentari dalam musim panas,
Membakar tubuh yang sedang merentasi,
Liku-liku dan simpang-siur kota nabawi,

 Ia singgah sebentar di hadapan Bangunan Nadwah,
Nadwah Syabab Alam Islami menganjurkan,
Tabungan rakyat Palestin,

Kelihatan gambar Muhammad Durrah,
Anak kecil yang menjadi korban,
Kekejaman dan kerakusan nafsu,
Bangsa yang bernama YAHUDI,

Peritnya hati,
Mengapa begitu halnya ummat ini?
Bukankah Islam itu tinggi?
Bukankah Islam itu mulia?
Apa halnya ini?

2

Berpusu-pusu mereka keluar,
Berlari-larian menuju perhentian bas,
Dalam celah-celah itu,
Kelihatan beberapa batang tubuh sedang berdiri,
Dermalah wahai ikhwah,
Dermalah untuk ummat Palestin,
Dermalah untuk sahabat kita……

3

Mujtama’, Syabab, Syarqul Ausat,
Majalah-majalah itu dibeleknya satu-persatu,
Palestin!! Palestin!!
Bantulah saudaramu!!!
Di halaman tengah,
Wajah seorang remaja Palestin,
Direnungnya seketika,
Islamkah atau kafirkah?
Dibacanya artikel itu…
Oh, Islam rupanya……

4

Apa boleh aku buat sekarang?
Ya, yang terbunuh itu adik-adik kecil,
Yang terbunuh itu ibu-ibu tua,
Yang terbunuh itu ayah-ayah seagama,
Apa boleh ku bantu?

5

Sharon,
Dia itulah pemimpin Yahudi,
Bunuh saja dia….
Seorang lelaki Palestin yang gagah mendekatinya,
Celaka engkau pemimpin Yahudi,
Tunggulah kami akan membunuh kalian,
Nabi kami telah menjanjikan,
Kalian akan dibinasakan oleh umat Islam!!!!
Al-quds akan menjadi milik kami!!!!

Sepi…..

Sharon ketawa……….?
Aku tahu itu,
Dalam kitab kami telah termaktub.
Kami tahu dari Kitab Suci kami

TAPI!!!

Bukan kalian orangnya!!
Bukan kalian orangnya!!
Mereka adalah satu kaum….

6

Siapa??
Dia memerhati sekeliling,
Fikirnya kusut,
Tiba-tiba dia terlihat satu gambar,
Palestin perlu bantuan!!
Gambar siapa yang diseksa itu?
Muslimkah atau kafirkah?

Keliru…

7

Malam yang sepi menyaksikan selesainya majlis pengajian,
Ditarik nafasnya seketika,
Gurunya membaca doa,
Anakku,
Suatu ketika, sahabatku pernah pergi ke sana,
Dikumpulnya pemuda-pemuda harapan,
Ingin dibentuknya intifadhah,
Malang,
Mereka lebih suka di kelab malam dan…

8

Anakku,
Kaum kerabatku ada di sana,
Saudara-saudaraku dikorbankan,
Apa kau fikir aku tidak berhati manusia?
Menyalahkan orang-orang yang menderita?

9

Palestin!!!
Bagaimana dapat ku bantumu?!

10

Siapa yang akan membunuh kau, Sharon?!!

11

Guru berkata:
Tidakkah kau membaca ayat Allah?
Sesungguhnya sekiranya kamu menolong agama Allah,
Nescaya Allah akan menolongmu.
Ya , ya aku baca.
Benarkah kau sudah menolong agama Allah?
Eh, itu cita-citaku, bahkan sekarang sudah tentu.
Tengok dirimu
Tengok ummat ini
Kenapa?
Sejauhmana kau mengenali tuhanmu?
Sejauhmana kau mengenali aqidahmu?
Kau kenal sunnah pesuruh Allah?
Kau dapat bezakan yang mana benar yang mana salah?

12

Aku jahil,
Habis, bagaimana umat ini?
Kalau kau jahil tentang kehidupan nabawi?
Hidupkanlah jiwamu..
Kau adalah harapan umat,
Angkatlah bendera kebenaran,
Selami turath peninggalan ayahanda para ulama.
Selamilah peninggalan pemuda-pemuda yang menimba ilmu,
Selami peninggalan jiwa-jiwa yang ditaufik Allah memelihara warisan ini,
Dengan kesungguhan mereka , kau mengenali mereka hari ini,
Bukankah kau mengenali Syafie, Malik, Bukhari, Ahmad Hanbali, Lalukai,
Thahawi, Abu Hanifah, Syatibi, Jamzuri, Ibnu Hibban dan lain-lain

13

Nama-nama agung,
Jauh berbeza dengan nama Sharon,
Celaka, biar dibunuh sahaja nanti.

AKAN TETAP BERADA DI KALANGAN UMATKU SATU GOLONGAN YANG SENTIASA BERADA DI ATAS KEBENARAN, MEREKA TIDAK DIMUDHARATKAN OLEH ORANG-ORANG YANG MENENTANG MEREKA SEHINGGA SAMPAINYA KETENTUAN ALLAH…….

Sharon tersepi,
Ya , Itulah yang kami takuti,
Merekalah yang akan membunuh kami,

Merekalah,
Thoifah yang menolong agama ALLAh,
Thoifah yang menegakkan aqidah Rasulullah,
Thoifah yang mewarisi sunnah Nabawi,
Thoifah yang menyelami tinggalan ayahanda,

14

Menolong agama Allah?!!
Bagaimana?
Menyeru orang kepada Islam …
Tegakkan pesanan-pesanan Nabimu..
Bukalah lembaran-lembaran ayahanda..
Ada tinggalan yang bermakna….
Dari tiga kurun terbaik itu sehingga hari ini…

Tinggalan itu masih diwarisi…
Kerana pasti ada di kalangan umat ini thoifah yang mewarisi tinggalan itu,
Yang melaksanakan sama seperti pendahulunya,
Kualitinya? Itu hak Allah menentukannya,
Mereka tidak merosak isi-isinya,
Mereka tidak mengubah sedikitpun tinggalan itu…

15

Dia ada peranan,
Pasti ada peranan,
Ayahanda telah memberikan contoh-contoh
Bangunkan ummat ini dengan ilmu yang ada,
Galilah warisan itu,
Ia tidak tersembunyi, ia jelas terpampang,
Bukankah Rasul dan hamba Allah yang bernama Muhammad,
Nabi umat ini telah memberitahumu:
Aku tinggalkan kamu semua di atas hamparan putih bersih, malamnya jelas seperti siangnya, tidak ada yang keluar darinya kecuali………………………..CELAKA..

Tidakkah kau ingat tatkala Isa berkata:
Siapakah yang akan menolongku menegakkan agama Allah.
Hawariyyun berkata: Kamilah penolong agama Allah,

Jadilah penolong Muhammad nescaya kau penolong agama Allah,
Hidupkan sunnah Muhammad nescaya kau penolong agama Allah,
Bacalah hadis-hadis Muhammad nescaya kau penolong agama Allah,
Cintai pewaris-pewaris sunnah Muhammad nescaya kau penolong agama Allah,

Dalam dustur agung umat Islam termaktub,
Katakanlah wahai Muhammad kepada kaummu:
Sesungguhnya jika kau mencintai Allah,
IKUTLAH AKU nescaya kau akan dicintai Allah….

IKUTLAH JANGAN KAU CARI YANG LAIN…

IKUTLAH JANGAN KAU CIPTA YANG LAIN….. 

suntingan AbgNie

 
     

Hak Cipta Terpelihara laman Cetusan Ilham AbgNie ©2003
[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1