Rahsia Rumah Tangga
I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA
BAHAGIA.......
Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan
manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi
ketenangan, kesenangan dan kedamaian.
Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke
lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang
sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga. Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum
yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah
dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi
sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan
untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah
membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan
ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia
ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
A. Memilih pasangan
hidup.
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan
sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di
bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi
asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar
ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana
ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada)
tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa
sebarang usaha.
Beberapa pendapat tentang jodoh:
1. Jodoh merupakan
takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan,
manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"
Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas
dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut
hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan maka ada
kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.
Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali
menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir
Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah
memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang
memutuskannya.
2. Jodoh merupakan
takdir dan perlu mencari. "Jodoh di
tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat
ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya
terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan
memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih
sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada
pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti
:
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi
perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri
tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih
jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah
pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih
jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah
pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan
isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau
memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh
dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati
mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya
perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk
membina rumahtangga ii.Mencari nafkah yang jujur
dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam
erti; - bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi
pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan
isteri - dapat membantu tugas isteri dalam
keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga
kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke
jalan yang baik - dapat menghormati dan
menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang
baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang
baik zahir dan batin
B. Sikap lelaki dan wanita
yang diredai Allah
Islam menyuruh umatnya bekerjasama membina umat yang
luhur. Cara yang paling utama ialah membina keluarga yang utuh. Oleh itu
perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh
melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.
C. Suami yang diingini
wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita
ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.
D. Persediaan diri untuk
berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud:
- dewasa fizikal - dewasa
intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya,
berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri. - dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan
sebagainya - dewasa sosial, mempunyai hubungan
kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia
berada. - dewasa moral, memahami hal orang lain
dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.
Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara
25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini
sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu
tempat.
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan
berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak
dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah
diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4. Sihat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah
percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan
perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.
E. Memilih isteri
idaman
Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak 2. Faktor kecantikan dan kekayaan 3. Faktor keturunan dan kesuburan
Sifat-sifat wanita yang mulia: i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan
membebankan suaminya ii. Wanita yang tidak suka
berhias untuk lelaki bukan muhrimnya. iii. Wanita
yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela. iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara
suaminya v. Tidak keluar rumah tanpa izin
suaminya vi. Tidak membelanjakan harta suaminya
tanpa izin suaminya vii. Menjalankan kewajipan
terhadap ajaran agama viii. Tidak menuntut cerai
atau talak. ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu
yang belum pasti. x. Berbuat baik dalam
menjalinkan hubungan dengan keluarga suami. xi.
Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.
II. SUAMI YANG MEMENUHI
KEWAJIPAN
A. Suami Teladan
ialah: - Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan
laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan
tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan
isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada
isterinya. Suami yang baik, tidak menyembunyikan
rahsia yang tidak di senangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya
dengan cara lembut dan bersopan santun. – Suami
yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,
berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya. –
Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan
sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan
terhadap isterinya. – Suami yang bijaksana, suami
yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami
yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut
iaitu;
1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan
tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu
memenuhi keperluan zahir dan batin. 2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran
positif. 3. Pengetahuan agama yang sempurna
- untuk membimbing ahli keluarganya menggamalkan ajaran agama sebagai panduan
hidup 4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari
nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya.
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian
isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang 2. Mencintai 3. Gagah dan berakhlak
mulia 4. Kaya dan bijaksana 5. Memberikan cahaya kehidupan 6.
Menegakkan kebenaran 7. Mulia di sisi
Allah
C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah
Allah - suami yang tidak sanggup melihat
isterinya meringankan perintah Allah - suami yang
bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.
1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan
segala perintah dan menjauhi segala larangan. b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan
sebaik-baiknya d. Menjaga hati dan perasaan
isteri. e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak
meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri f.
Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang
memudaratkan g. Jangan mengeji isteri di hadapan
orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri. h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang
terbuka i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut
kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai
pemimpin j. Memberi nafkah kepada keluarga
mengikut kemampuan k. Menyediakan keperluan dan
tempat tinggal yang selesa l. Bertanggungjawab
mendidik akhlak keluarganya m. Sentiasa mengambil
berat tentang keselamatan mereka n. Memberikan
kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan
bersama.
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat
keredhaan Allah SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan
damai. b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan
penuh kegembiraan. c. Rumahtangga sentiasa bersih
dan selesa d. Rumahtangga yang sentiasa
memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta
menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan
nilai-nilai keperibadian muslim h. Anggota
keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan
kebajikan k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana
dalam rumahtangga.
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya
dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri.
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,
memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia
masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari
perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya.
Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut
dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat
lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri
mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina.
Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut
ini biarlah kena pada tempatnya. 2. Memberi
pujian terhadap isteri Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan
perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan
keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian,
hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya,
"Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya
kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu,
suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat
seorang wanita. 3. Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan
mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan
suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain
patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama
mengikut keadaan masa dan tempat. 4. Menghindari
kritikan terhadap isteri Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan
masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat.Jangan
sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri
sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu
banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya
iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan
marah b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit
fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin. c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan
untuk bersama. d. Akibat selalu dikritik serta
tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan
anak-anak. f. Jika perasaannya terlalu tertekan,
mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali
kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun
isteri, perkahwinan dan sebagainya.Namun bagi wanita, hal sebegitu penting.
Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan
aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.
Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada
wanita.Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak
menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. 6.
Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami Setiap isteri selalu
menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu
mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik
akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh
meningkatkan kasihsayang. 7. Menjaga perasaan
aman dalam kehidupan isteri Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan
rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha
menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha
membantu menyelesaikan masalah isteri. 8.
Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika
dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi
isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat
membimbing hidupnya. 9. Membina kerjasama yang
baik Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya
akan mampu mengujudkan keluarga bahagia. 10.
Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana
masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik
baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami
akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai
dengan kemampuan dirinya.
E. Kewajipan Suami Dalam
Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri 3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala
hal c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku
lemah lembut kepada nya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa
gembira. d. Memaafkan lkeslaahan isterinya
apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia. e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan
kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama
apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya. g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan
umum. h. Melindungi isteri dari api
neraka.
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan Cemburu ini
bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan,
perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki
bersifat - berani dan gagah perkasa - ingin menolong yang lemah - ingin
berkuasa - kasar dan tamak manakala wanita
bersifat : - lemah lembut - pemalu - mempunyai perasaan yang halus -
bersopan santun - penyabar. Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan
dan tanggungjawab masing-masing.
5. Membimbing isteri Di samping memiliki sifat-safat yang
baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal
ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya: a.
Mudah lupa dalam mengingati Allah Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak
kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan
memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya. b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia
sering membuat wanita terpedaya. c. Sering
bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain Dengan memahami sifat
isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula
sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan
mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam
rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik
seperti : 1. Janganlah suami dan ister marah pada
masa yang sama. 2. Jangan mengeluarkan suara yang
kuat antara satu sama lain 3. Jika ada seorang
yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan
sikap kasih sayang. 5. Jangan mengungkit kembali
kesalahan-kesalahan lalu 6. Lebih baik tidak
mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap
pasangan. 7. Jangan tidur jika ada perselisihan
belum diselesaikan 8. Berkata sesuatu yang manis
atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta
maaf. 10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi
akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak
berbicara.
6. Membimbing anak Seorang suami yang adalah suami yang
tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya: a.
Memberikan nama yang baik bagi anaknya b. Memberi
nafkah c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak
dan sebagainya.
III. CONTOH SUAMI
TELADAN
A. Wanita dan Rumahtangga sebelum
Islam
1. Zaman Fir'aun. Wanita di zaman Fir'aun berbeza
masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini mereka mendapat
hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebihi
lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna
dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut - memerintah Mesir selama 22 tahun.
Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi
tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada isteri-isteri. Ini merosakkan
hubungan antara lelaki dan wanita. 2. Zaman
Yunani. Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita.
Wanita seperti barang perhiasan yang boleh dijualbeli di pasar. Pada
mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami
mempunyai hak sepenuhnya keatas isteri. 3. Zaman
Romawi. Zaman ini lebih teruk sari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun
suatu undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa
kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat. Selain dari
itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadangkala dilarang
berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara.
Kekejaman mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada
suami untuk membunuh isteri. Undang-undang ini diberi nama "Noema" di mana suami
boleh membunuh isteri dan menyerahkan isteri kepada orang lain. 4. Negeri China. Pada zaman dahulu hingga abad ke 15, isteri para
kaiser akan turut dikuburkan bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa
membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad
pertengahan. 5. Negeri India. Pada pertengahan
abad ke 20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin
perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir
setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.
6. Farsi. Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat
hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa. Sebelum
kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad
sebelum Islam, di Perancis,sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita
itu haiwan atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah
berjaya menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman.
B. Rumahtangga Mithali
Rasulullah SAW telah bersabda, "Perasaan kasih adalah
kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada
isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas)
Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh
satu jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan
rasa kebahagiaan hingga ujudlah> sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti
Jannati" (Rumahku Syurgaku).
C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri
tercinta
Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat
manusia ke darjat yang tinggi. Cinta merupakan motivasi dalam diri bagi diri
manusia yang akan mendorong manusia untuk melakukan kebajian. Ianya juaga boleh
diujudkan dengan cara: 1. Menghargai pendapat
isteri 2. Sentiasa mendidik isteri
D. Bimbingan untuk kebahagian hidup
Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang
paling baik ialah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
E. Kasih sayang suami Mithali
Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang pengasih
dan penyayang dimana baginda mengamalkan: 1.
Kasih sayang terhadap kaum muslimin 2. Kasih
sayang terhadap orang-orang musyrik 3. Kasih
sayang terhadap kanak-kanak 4. Kasih sayang
terhadap hamba 5. Kasih sayang terhadap
haiwan
V. HAKIKAT
PERKAHWINAN
A. Tujuan Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang
cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan
hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan
rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu
untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang
harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani
maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak
mudah dilupakan bagi orang-orang beriman. IJAB -
penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan
itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara
nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai
dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah: 1.
Bertujuan untuk melaksanakan ibadah 2.
Menghindari daripada perbuatan membazir 3.
Mengundang fakir miskin>
C. Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi
pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal,
baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang
dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri
sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang
pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan
masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga
ketenteraman. Firman Allah SWT yang bermaksud:" Kaum lelaki(suami) adalah
pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian
mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang
taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika> suaminya tidak di tempat
(sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."
(An-Nisa':34) Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang
paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda
sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah
wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila
disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala
suami tiada di rumah.Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada
sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai
keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri,
niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang
Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah
keturunan kandungannya. 2. a. Dihalalkan
lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-> sebab perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan
itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali
kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri. c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang
berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu
keadaannya itu.Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh
dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana
persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka
isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang
haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang.
Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan
kepada 4 tahap: a. masa haid b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran
tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih. c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel
benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid. d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim
mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III
adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang
wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk
menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru.
Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam
sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari
sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada
masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan>
kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu
2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.
Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum
datang haid yang baru. hari 1 7 14 21 28> tahap -- haid -- -tak subur- --
SUBUR -- -tak subur-
F. Teori membentuk bayi lelaki atau
perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul
Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada
sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali
Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang
hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih
adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut
dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan
perempuan. Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam
rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di
sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung
kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri,
rahim akan lahir bayi perempuan." Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid
(Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris.
Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan
kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam
mengetahui masa subur dan bulan kelahiran. Teori pembentukan jantina anak adalah
seperti berikut :- Caranya : 1. Waktunya : Pada
masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel
kelamin lelaki. 2. Caranya : Lakukan persetubuhan
dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring
sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh
miring. 3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki,
miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.Teori ini juga
merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya
di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita
digalakkan berikhtiar. Ada teori lain, satu
pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari> Iskandariah (Mesir) yang menyatakan
dalam bukunya " Al Azmatus> Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan
vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.
Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang
mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang
biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini
amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan
dapat dirasai apabila telah mencuba.
G. Amalan suami semasa isteri
mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika
isteri mengandung : a. Suami hendaklah banyak
bertaubat kepada Allah SWT b. Banyak membaca
Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan
memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan
Khamis dll. d. Suami hendaklah rajin mengerjakan
solah berjemaah. e. Elakkan pergi ke tempat yang
tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri
majlis ilmu dan orang-orang soleh. g. Suami
hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi
isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba. i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung
dan keselamatan anak dalam kandungan. j. Dilarang
membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir
nanti. k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada
marah dan benci pada isteri. l. Banyak membaca
surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf
ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang
mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar
bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada
saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada
beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung
: a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang
terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari
daripada bersikap kejam terhadap isteri. c.
Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum
masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan
perkataan talaq kepada isteri. e. Ketika isteri
hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta
subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk
di kalangan orang yang zalim. " f. Suami hedaklah
kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan
selamat.
I. Dorongan Suami semasa isteri
bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan
isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami
hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di
samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan
cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung
merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus
menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan
darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan
pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa
dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam
setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut
menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami
terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak>
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan
kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat
itu.
J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam
hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah
kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9
bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya
mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada
ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai
orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali
kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami
membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak
bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan
menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister
melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu
sebaliknya.
K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran
anak
1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang
kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri
dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital
mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri
itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon
ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa
cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat
bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu
mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan
kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik.
Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah
dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. 3.
Mendoakan anak Usaha membesarkan dan mendidik
anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan
kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang
memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah
SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari
hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang
berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada
Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan
percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar
tidak tersesat dan berputus asa. Antara doa-doa
yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang
diredhai Allah iaitu : a) Doa agar anak patuh
kepada Allah - Al Bagarah : 128 b) Doa agar
diberi anak yang baik - Al Imran : 38 c) Doa agar
diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74 d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak 4. Panduan menamakan anak Sunat
memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin
keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan
harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan
orang yang berhak memberikan nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah
SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3
hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan
aqiqah - Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang
antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri,
hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya
anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu. Pemilihan nama yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama
yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah
SAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn nama para nabi, dan nama
yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling
benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.
" (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) - Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang
mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan
lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah,
Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama
tersebut. - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.
Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala
sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk
yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah
manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran
seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan
Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan
bahawa nama> -nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah
menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk
diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangat
terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi
memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi
gelaran yang> boleh memalukannya. 5.
Penyembelihan aqiqah Untuk mensyukuri
kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran.
Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan.
Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat
penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan
aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang
tuanya pada hari qiamat. Hikmah aqiqah. a.
Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk
menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar
anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah. b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak
yang baru lahir. c. Melepaskan penghalang pada
bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak. d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh
aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi. e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti
pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah. f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam
keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini
lebih terpuji. g. Umur binatang aqiqah yang
disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak
cacat. h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara
bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing. i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang
menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau. j.
Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah
atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama
Allah. k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah
matahari terbit. l. Sesuatu yang terpuji pada
pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya
disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri
sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan. m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran
penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang
mengadakan aqiqah. n. Bagi seseorang yang
mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan
untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya
setelah diangkat menjadi Rasul. o. Sebelum
dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi.
Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir
miskin. 6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk
membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus
dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan
lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail
pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah
dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan
oleh Malaikat Jibrail. - Hikmah dan kelebihan berkhatan a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan
syariat Islam perlu dikerjakan. b. Menyempurnakan
tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW.
Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah
SWT. c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara
orang Islam dan bukan Islam. d. Dari aspek
kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk
dan merangsang syahwat e. Menjaga kesihatan
tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat
oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti
mengandungi makna yang mendalam 7. Mendidik
moral anak Memberikan pendidikan kepada anak
adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi
beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya : a.
Pendidikan supaya bersyukur b. Pendidikan supaya
jangan mempersekutukan Allah c. Pendidikan supaya
berbakti kepada orang tua d. Pendidikan tentang
balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya. e. Pendidikan tentang soalt f.
Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar g.
Pendidikan supaya bersabar h. Pendidikan supaya
jangan sombong dan angkuh i. Pendidikan
kesederhanaan
L. Erti anak bagi orang tua Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun
disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus
dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya: 1. Anak sebagai rahmat Allah SWT 2.
Anak sebagai amanat Allah SWT 3. Anak sebagai
harta yang tergadai 4. Anak sebagai penguji
keimanan 5. Anak sebagai alat untuk
beramal 6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan 8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua 9. Anak sebagai penyambung cita-cita 10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
VI. PETUA-PETUA UNTUK
SUAMI
A. Petua menjaga hati isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui
kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. 2.
Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam
keadaan marah 3. Apabila dalam keadaan marah yang
amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta
berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri
memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan
kesilapan. 4. Apabila timbul rasa bosan ataupun
jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau
ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke
tempat-tempat yang indah. 5. Janganlah
merendah-rendahkan isteri di depan orang lain 6.
Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri. 7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak,
mengemas dan sebagainya. 9. Cubalah fahami
keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri
terutamanya ketika haid dan mengandung. 10.
Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah
semangat dan bermotivasi. 11. Bantulah isteri
dalam melakukan kebaikan dan ibadah 12. Berdoalah
agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada
suaminya.
B. Petua mencurahkan jalinan kasih
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan
dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri 2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan -
Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan
kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal
lain 3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri
sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri
wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang
suami. 4. Isteri mengharapkan pimpinan agar
selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki
ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber
semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap
masa 5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan
daripada suami.
C. Petua mengetahui cinta pasangan
hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap
seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh
mendalam : 1. Isteri mencintai kita dengan
sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami
tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai
sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada
suami baik tentang gaya dan sebagainya. 2.
Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus
antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang
lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan
kesihatan. 3. Suami isteri yang betul-betul
saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah
lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara
bersama. 4. Pasangan suami isteri yang sedang
mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang
cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama
kesayangan. 5. Jika seseorang isteri betul-betul
cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia
juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti
"Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta
ungkapan-ungkapan lain. 6. Pasangan yang saling
mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu
memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun
perbuatan. 7. Suami isteri akan berhubungan dan
berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang
menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika
bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri. 8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan
nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk
dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan. 9.
Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara
sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan
suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan
di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat
keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai
suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang. 11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama
mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan
bersama. 12. Pasangan yang bercinta sedar
perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti
perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah
rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan
suami.
D. Petua menjadi lelaki pilihan
Ciri-ciri lelaki pilihan 1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya 2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama 3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran 4. Mempunyai sifat berjuang mencapai
kecemerlangan dalam hidup 5. Sentiasa
membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran 6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila
melakukan sesuatu 8. Tidak takut kepada cercaan
orang yang suka mencela 9. Mengetahui dan faham
serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik 10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf 11. Berhemah tinggi dan cermat 12.
Sentiasa tenang dan waspada 13. Jika ia
berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah
suami yang paling baik terhadap isteri. Lelaki pilihan wanita 1.
Bersifat pelindung dan bertanggungjawab 2.
Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang 3. Berpendirian teguh 4. Bersikap
terbuka dan matang 5. Bertimbang rasa dan
memahami jiwa wanita 6. Mempunyai sifat
kepemimpinan. 7. Boleh berbincang dan berterus
terang 8. Penyabar 9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan
jelas 10. Cerdik dan bijaksana 11. Peramah dan mesra 12. Kerjaya
yang terjamin 13. Berwawasan untuk kesejahteraan
dunia dan akhirat.
E. Petua menghadapi pertengkaran
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup.
Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali
semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang
sendirian. Hakikat Pertengkaran 1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun
ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa
pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti
pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan
keburukan. 2. Jika terjadi pertengkaran kerana
sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah
agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk
peribadi maupun pekerjaannya. 3. Sebenarnya
pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami
isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya
ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak
membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan
kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab. 5.
Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah
pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya.
Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan
pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. 6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin
salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat
diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara.
Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi
tekanan perasaan.
Petua-petua menghadapi Pertengkaran
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari
kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin
mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara
bersama. 2. Jika pertengkaran itu menyangkut
tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama lerana ia
akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan
bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan
masalah yang lebih besar. 4. Di dalam
pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata
yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau
bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya
gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan
itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan
lain-lain. 5. Setelah bertengkar, jangan biasakan
diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan
memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan
ia merugikan hubungan suami isteri. 6. Jangan
cuba menggunakan seks atau wang untuk membalaspertengkaran kerana cara ini
akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat. 7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran
keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan
menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan
secara baik antara suami isteri. 8. Jangan
bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan
tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah
lain.
F. Petua memilih wanita idaman atau
perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai
dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan
pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya. Calon-calon isteri pilihan. 1.
Wanita yang solehah 2. Wanita yang boleh
melahirkan anak 3. Wanita yang bukan keluarga
terdekat 4. Wanita yang berakal.
VII. PENUTUP
Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan
menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut
Islam antara lain bertujuan: 1. Menjamin proses
kehidupan manusia 2. Memelihara masyarakat dari
kehancuran budi pekerti 3. Mewujudkan ketenangan
rohani bagi pasangan suami isteri |