| Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita | 7C & 8G oleh Fadhilah Kamsah | Pesanan Untuk Lelaki | Utama |

 
  Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita

1. Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

2.Lelaki yang berharga.

3.Lelaki yang tidak cemburu buta
Lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

4. Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

5. Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

6. Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

7. Lelaki yang punya pendirian.

8. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila
berjanji.

9. Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

10. Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

11. Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

12. Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

13. Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila
menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

14. Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar
cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

15. Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

16. Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

17. Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa,
wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

18. Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

 

| Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita | 7C & 8G oleh Fadhilah Kamsah | Pesanan Untuk Lelaki | Utama |


PESANAN UNTUK LELAKI

Jangan engkau kahwini wanita yang enam; jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah, dan yang syadaqah.

Wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu & tiap saat memperalatkan sakit atau buat2 sakit
Wanita Mananah - suka membangkit2 terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan,"Aku membuat itu keranamu."
Wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain, yang dikahwininya sebelum ini, atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah - melemparkan pandangandan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya utk membelinya
Wanita Baraqah - ada 2 makna; pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
Wanita Syadaqah - banyak cakap tidak menentu lagi bising

dan untuk wanita pula, janganlah anda menjadi wanita yang enam itu... ... ..
 

| Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita | 7C & 8G oleh Fadhilah Kamsah | Pesanan Untuk Lelaki | Utama |


7 C dan 8 G

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:


7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.


1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.


2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.


3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.


4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.


5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.


6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........


8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.


2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.


3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.


5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.


6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.


8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

 
 

| Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita | 7C & 8G oleh Fadhilah Kamsah | Pesanan Untuk Lelaki | Utama |

 

Copyright ©1999-2003™ 
by PakLang`s. 
All rights reserved.®

Hosted by www.Geocities.ws

1