MUTIARA HIKMAH

1. Kebaikan Dua Orang
Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang; seorang yang
mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera
mengerjakan kebaikan.

2. Tiga Perkara Merbahaya
Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;

a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada
kekuatannya

b) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar

c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada
kesihatan yang baik

3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman
Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah
dengan ilmu dan  pengalaman

4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan
Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya.
Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya

5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah
Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan
keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada
Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka
sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi
jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan
segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

6. Tiada Kebaikan Pada Hati....
Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat
menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada
kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan)
rahsia.

7. Menyembah @ disembah harta
Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itu
menyembah harta

8. Tiap-Tiap Perkataan....
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah
itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan
berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat
memberi pengajaran itu adalah sia-sia

9. Sejahat Manusia
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia
melihat dia berbuat kejahatan

10. Malulah kepada....
Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau
berlebih-lebihan memujinya dan malulah dari memuji orang yang kalau
dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....
Janganlah engkau jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di
tempat ramai dan menjadi temannya di tempat sunyi.

12. Hati Adalah Ladang
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari
batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan
lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka
tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh
semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar
Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih
keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat
mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.

14. Bandingan Keadilan
Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh
air, tidak dapat dihangusi oleh api dan tidak dapat dihancurkan oleh
meriam.

15. Kelebihan Orang Berakal
Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akal yang ia dapat
mengambil faedah (dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi
faedah (dengannya)

MUTIARA HIKMAH

1. Jaga Lidahmu
"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara
lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga
anak kunci rahsianya".

2. Kebaikan Ilmu
"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada
sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang
lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat
daripada maut".

3. Bandingan Akal Dan Harta
"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang
akan berangkat"

4. Bandingan Perkataan
"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya
akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan
membahayakan"

5. Siarkan Kebaikan Orang
"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang
membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"

6. Dunia
"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan
haramnya diazab"

7. Bala Terhebat
"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak
kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati
yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai
memperelaokkan kata-katanya"


8. Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu
tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan
menangisimu"

9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa
"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang
berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang
berputus asa itu kaya"

10. Sabar
"Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci
dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu
lebih berat atas nafsu"

10 SOLAT DITOLAK

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan
selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka
esungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang
solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan
zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu
bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si
isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan
perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."


MUTIARA HIKMAH


1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan
oleh 4 perkara

a) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua

b) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan
oleh orang yang terkena bala

c) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang
sakit

d) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah
mati


2) 4 Perkara Yang Lebih Baik

a) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik

b) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih
baik

c) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik

d) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin
lebih baik

3) Kalau Tidak Kerana...

a) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang
jahat

b) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia
itu seperti binatang

c) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah
manusia kepada kehancuran


4) Orang Yang Paling Kuat

"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"

5) Akibat Selalu Kenyang...
"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa
yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat
nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka
keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah
dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan
dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga
anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"


7) Rugi Meninggi Diri
"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang
rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya,
orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya.
Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa
bersusah payah.


8) Pahala Percuma
"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu
orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu
bersusah payah"


9) Bermusuh Dengan Sibijak
"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada
bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab


10) Semulia Manusia
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan
diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas
dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

11) Kepuasan
"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda
boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan
terpilih" - Ibnu Maqaffa


12) Akhlak Yang Buruk
"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak
dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah"
- Wahab Munabbih

13) Keadilan
"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim"
- Saidina Umar bin Al-Khatab

14) Keadilan Raja
"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun
empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"


MUTIARA HIKMAH


1) Dunia Adalah Lautan Dalam
"Bahawasanya dunia ini lautan yang dalam dan ramai manusia yang
telah karam. Oleh sebab itu jadilah kapalmu di dunia ini taqwa
kepada Allah, muatannya adalah iman dan layarnya adalah tawakkal
kepada Allah, nescaya kamu akan selamat"

2) Pendusta Adalah Pencuri
"Pendusta itu adalah pencuri, kerana pencuri itu mencuri hartamu dan
pendusta itu mencuri aqalmu"

3) Semakin Banyak Semakin Mahal
"Tiap-tiap sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali aqal,
kerana semakin banyak semakin mahal"

4) Perumpamaan Lidah
"Lidah itu pedang pemutus yang tidak boleh diukur ketajamannya dan
perkataan itu anak panah yang terlepas yang tidak boleh dikembalikan
lagi"

5) Sahabat Yang Baik
"Sahabat yang baik itu lebih baik daripadamu kerana nafsumu sangat
cenderung kepada kejahatan, sedangkan sahabat yang baik itu, tidak
ia menyuruh melainkan kebaikan"


7) Malulah Kepada Diri Sendiri
"Barangsiapa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada diri
sendiri bererti tiada harga dirinya pada pandangannya"


8) Malu Lebih Baik Daripada Takut
"Sifat malu yang ada pada anak kecil itu lebih baik daripada takut,
kerana malu itu menunjukkan kepada aqal dan takut itu menunjukkan
kepada kebaculan"


9) Bandingan Orang Berakal Dan Bodoh
"Orang yang berakal itu bergantung (bersandar) kepada ilmunya
sementara orang yang bodoh itu bergantung kepada harapannya"


10) Bandingan Benar
"Benar itu tiang agama, sendi adab dan pokok kesopanan, maka tidak
sempurna yang tiga perkara ini melainkan dengan benar itu"


11) Jagalah Lidah
"Sesungguhnya lidah binatang itu buas, jika engkau ikat dia nescaya
ia akan menjagamu, dan jika dilepaskan ia akan menerkammu. Oleh
sebab itu hendaklah kamu
berkata dengan lidah sekadarnya dan hendaklah engkau berhati-hati
daripadanya"


11) Ikatlah Lidah

"Ikatlah lidahmu melainkan terhadap ;

a) kebenaran yang akan engkau nyatakan

b) kebatilan yang akan engkau hilangkan

c) hikmah yang akan engkau siarkan

d) nikmat yang akan engkau sebut-sebutkan


Best Regards;
Hasnita Mohd Leham
 
  Edited By PakLang  

Hak Cipta Terpelihara Laman Cetusan Ilham AbgNie ©1999-2003™ 
~aamantubillaah~

Hosted by www.Geocities.ws

1