| |
"Perkahwinan tu saat paling manis dlm hidup...
Apakah Persediaan anda utk berumah tangga....mari kita buat homework
skit.....
Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi
masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan
percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah
ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk
mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak
perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum
berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.
Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang
tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang
harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan
pilihan anda, tunggu apa lagi!
- Ada alasan kukuh berkahwin.
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri
kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi
daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga
masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun
alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga
anda benar-benar yakin.
- Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza
dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi
bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan
dan juga emosi.
- Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan
mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka “topeng”
masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus
sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
- Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan
timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik
jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan
agar hubungan emosi tetap terjalin.
- Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan
pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang
mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi,
saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk
menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian.
Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan
kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda
melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan
jika tidak seiringan.
- Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi,
seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah
pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani ‘mati’ dan sedia untuk
malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
- Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk
menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat
mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun,
kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah
ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika
ada atau tanpa anak sekalipun.
~Hamba Allah~ |
|