........ ~Kenangan semalam mengajar hati lebih bijak menguasai perasaan~ -Your paklang as always-

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian selayaknya bagiNya, salawat dan salam ke atas  junjungan kita sayyidina Muhammad SAW.

Selamat bertemu kembali, 1:05 PM 6/26/2003

Pagi tadi saya beronline setelah sekian lama ber`uzlah`. Sudah tentu  untuk merisik khabar terbaru mengenai segalanya. beruzlah ini
seumpama kita telah berada di dunia lain kerana keputusan khabar berita dari segala segi. heh.. khabar dunia , malaysia dan juga
orang perseorangan sudah tentu... janganlah kita menyangka rindu dan  bertanya khabar itu hanya untuk pasangan yang mengadu kasih, itu tak
benar.

Login yms, login emel, mana tahu ada mesej yang sudah lapuk, maka  perlu juga dibalas, itu rasanya sudah adab dan juga adat berkawan.
Sedkit kehampaan apabila tiada mesej yang agak diharap-harapkan. sikit sahaja tak banyak, takpalah kita beralah, dia tak nak hantar
maka biar kita sahaja yang hantar, mengalah kan satu kelebihan. Kekadang kita ini terlalu ego menunggu sahabat kita yang mulakan
dulu dalam segala hal, apa salahnya kalau kita yang sentiasa menghubunginya kalau kita yakin bahawa dia mengalu-alukan mesej kita
itu cuma dia jenis yang `kurang gemar menaip` nak buat camana kan.

dan hmmm.. saya rasa saya juga mempunyai ego, tapi sekejap tadi dah kalah dah, saya dah hantar mesej kepada si fulan yang tak balas2 lagi mesej saya dulu, kalau saya tahu dia tak suka mesej saya dari awal lagi tentu saya mengemelnya, buat apa mengganggu orang kan. Tapi masaalahnya saya tiada kepastian, cuma hati berat mengatakan dia bahawa dia tetap mengalu2kan mesej saya hingga kini. saya macam
biasa, lebih suka mengambil sikap berbaik sangka... begitulah  selamanya.. apa pendapat kalian semua? setuju dengan saya tak? kalau ada mana2 antara kalian yg tak suka saya mesej mereka, maka beritahulah secara terus terang, saya pasti memahaminya.

Nengok2 siapa yang ON dalam yms, ahha adalah 2-3 orang, ada yang  sibuk sentiasa sebab ada mesej yang menyatakan begitu, dan ada yang
tiada kepastian situasinya sebab kita tegur tiada jawapan balas. Itu hak dia yang dan pastinya kita telah cuba ber`mujamalah` sebagai
seseorang yang saling mengenal. :)

Nampaknya tiada orang yang ON dalam erti kata sebenar, lebih baik  saya reply offline mesej. Tiba2 ada pulak seseorang dari malaysia yang mesej.Saling bertanya  khabar maklumlah dah lama tak dengar khabar. Rasanya tiada apa yang nak disembangkan cuma sekadar bertanya khabar
berita, dan sekarang saya berchat dengan 2 orang ini sesambil membuat kerja2  rutin di internet. Sebenarnya saya pun tiada idea nak sembang apa  lagi. Rasa blank , jadi saya sekadar menanyakan berita mengenai  perkembangan malaysia sekarang. Kedua-dua orang ini dengan cara
masing2 menceritakan topik yang agak sama. Boleh dikatakan samalah  topiknya, politik dan pasal pembanterasan VCD haram.

Nampaknya begitu berbeza cara kedua2 orang ini mengupas dan  memandang keadaan yang berlaku sekarang.

Bagi saya secara umumnya mereka adalah antara orang2 yang berfikir dan bukan sekadar menjadi pemerhati yang tidak memahami. Secara
ikhlas saya amat menyukai cara dan idea seorang yang saya tahu pro pembangkang. Apakah saya sukai dia kerana idea dia itu hampir sama
dengan cara pemikiran dan kecenderungan saya?

Saya tak rasa begitu, saya yakin dengan kecenderungan saya kepada  sesebuah pendapat dan pendirian itu dan saya suka apabila orang lain
pun begitu juga. Saya rasa apabila saya berasa yakin dengan  kebenaran yang saya rasa, sudah tentu saya amat bersetuju apabila
orang pun menyamai saya dalam hal itu.
Bukanlah saya menyukainya kerana dia sekadar menyamai saya dalam  pendapat dan pendiriannya. Akan tetapi yang sebenarnya sebab saya
yakin kami dalam `kebenaran'.

Bukankah nabi pernah bersabda :"tidak sempurna iman seseorang kamu  itu sehinggalah ia menyukai bagi saudaranya apa yang ia sukai bagi
dirinya"
ya, kita mahu kebaikan yang kita dapat juga didapati oleh orang  lain. Itu adalah keyakinan kita.

Manakala yang seorang lagi pula, apabila saya menukilkan padanya  bahawa ada seseorang mengatakan bahawa tindakan kerajaan
melipatgandakan penghapusan VCD2 tu adalah bermotifkan politik juga  sedikit sebannyak, maka dia dengan cepatnya melenting.
Dia lalu kaitkan semua itu dengan fitnah dan sebagainya.
Saya tak tahu apakah dia faham apa yang saya nak cuba sampaikan kepadanya.  Saya hanya menukilkan sesetengah kata orang, dan saya bukan menuduh  sesiapa pun. Akan tetapi tindak balasnya itu terkadang boleh  menaikkan emosi saya. heh.. memang saya ni emosi dan ego sikit pun
hehe.. dan sikit2 ada perangai suka provok orang.

Melihatkan gelagatnya itu yang seolah-olah tak suka kerajaan  dikritik, saya pun menanyakan pihak manakah yang dia akan pangkah
nanti. Dia jawab itu secret. Tapi saya ni jenis yg suka nak tau jugak lalu saya desak juga dan akhirnya berlakulah sedikit  perdebatan.
Saya sebenarnya hormati pendapatnya itu walaupun saya sesekali tak  menyetujuinya. Sekurang-kurangnya dia berfikir bukan sekadar
pemerhati.

Dalam perdebatan itu dia seringkali mempertikaikan beberapa tindakan  pimpinan2 pembangkang yang sering mengata itu dan ini. saya akui
memang ada begitu, akan tetapi yang tak adilnya kenapa hanya pembangkang yang dipandang dan dicari cacat cela setiap inci? dia
seolah2 tidak boleh menerima orang yang memperjuangkan islam ini  mempunyai sedikit kecacatan?
Kenapa dia tak pandang dan mengambil kira tindak tanduk satu pihak  lagi yg jelas melakukan kemungkaran? apakah dia menggunakan logik
lebih baik tiada langsung orang yang memperjuangkan kebenaran itu kalau tidak tidak sempurna? apakah logiknya begini juga-->
orang yang melakukan kemungkaran secara jelas itu adalah lebih baik  daripada orang yang membela kebenaran akan tetapi melakukan beberapa
kesilapan?
Kalau begitulah logika yang dipakainya maka mungkin hanya dia yang  layak memperjuangkan agama Allah ini!! Lihatlah rasulullah kalau
ada sedikit kesilapannya dalam menyampaikan risalah pasti ditegur  Allah, lihatlah sahabat apabila mereka melakukan kesilapan pasti
ditegur oleh RasulNya, apakah kesalahan yang mereka lakukan itu akan  meminggirkan mereka daripada kewajipan memperjuangkan kebenaran? dan  apakah ada orang yang menggunakan alasan kesilapan mereka itu untuk  menghalang dan menidakkan mereka daripada memperjuangkan Islam yang  HAQ ini?
Siapa pun tak kata begitu. Lihatlah satu konsep yang dianjurkan oleh  Allah dalam surah al-asr :""Demi Masa,Sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada dalam kerugian , kecuali orang2 yg beriman dan  mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan
nasihat menasihati (berwasiat) dengan kesabaran".
-Surah Al-Asr-

ya, konsep nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran!  Bukanlah apabila kita nampak ada kesalahan pada seseorang itu maka
kita harus menolaknya dan jamaahnya secara total. Jamaah yang  dianjurkan oleh islam adalah jamaah yang saling nasihat menasihati
dengan kebenaran dan juga kesabaran. Kerana apa? kerana manusia tetap dengan sifat kemanusiaannya , lupa, lemah , lalai , silap dan sebagainya. Jadi kita ini sebenarnya  saling lengkap melengkapi dan itulah yang kita kena fahami apabila  mendekati perjuangan Islam ini. Kalau kita tak faham konsep ini maka  kita akan mudah mencemuh dan terus meninggalkan jamaah yg jelas  dasar islamnya hanya dengan disebabkan beberapa kecacatan pada ahli  dan pimpinannya yang pasti tidak maksum itu. !


Saya masih tertanya-tanya Kenapa itu tidak dia jadikan ukuran keaiban untuk menolak pihak itu dan kenapa dia gunakan kaedah itu hanya untuk sebelah pihak sahaja?
Bagi saya sikap dan pendiriannya itu adalah tak mengikut realiti  kejadian manusia, dan melupai kejadian diri sendiri. Ya sudah tentu  kritikan saya ditolak dengan hujjah yang berulang dan lapuk semenjak  dahulu lagi.

Dia pertikaikan kenapa menggunakan nama Islam, maksudnya tak usahlah  menggunakan parti islam semalaysia ? saya rasa semua orang tahu itu
sikap dan modal siapa yang dia ambil. sudah tentu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh propaganda kerajaan.

Aduhai adikku, kalaulah kita malu nak menggunakan nama islam jadi  tiada identitilah kita ini. Saya orang Islam yang bangga dengan
KEISLAMAN saya, saya akan menyandarkan diri kepada islam. Sebolehnya  semua lapangan kehidupan hidup kita ini hendaklah disandarkan kepada  Islam. Wahai adikku yang mepertikaikan itu, kenapa adik tak  pertikaikan kerajaan yang beria2 hendakkan pengiktirafan negara ini
adalah negara islam? padahal tiada hukuman islam sebenar di  dalamnya, tiada pelaksanaan Islam hakiki pun bahkan pelbagai  kemungkaran yang jelas di dalamnya, kenapa itu adik tak pernah  pertikaikan?? apakah itu tak merosakkan nama/imej islam?? Negara islam mengamalkan hukum Lord Reid? apakah itu islam yang  sebenar wahai adik? adik redhai dengan Islam yang diperjuangkan oleh  pihak sebegitu? Ya, pihak yang membina masjid dan disko serta pusat  perjudian? Apa makna semua itu? Itu adalah sekadar untuk menggabui  mata orang yang mempunyai hati tetapi tidak mahu berfikir!

Apakah kita sanggup buangkan nama yang sinonim dengan islam  disebabkan seseorang itu melakukan kesalahan? Sedangkan orang yang
melakukan dosa besar sekali pun namanya tetap disandarkan kepada  Islam, seperti ini ; ORANG ISLAM.
Kalau logika korup seperti itu hendak digunakan maka kita ini tidak  boleh menyebut islam langsunglah kerana takutkan pencemaran yang
akan terjadi nanti!!

Saya akui bahawa memang berlaku kegelinciran beberapa pimpinan parti  yang jelas mendokong islam, tapi itu tak sepatutnya dan demi Allah
tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak mereka secara total. Mereka manusia biasa yang ada kelemahan dan emosi, apabila emosi
dicampur dengan kelemahan yang memang itu adalah sifat manusia, maka  sudah tentu terbit sedikit sebanyak apa yang tak sepatutnya terbit.
Bagi kita sebagai permerhati yang adil dan rasional kenalah memahami  fenomena ini. Mereka bukanlah sempurna bukan?

Saya sebenarnya tak pandai nak berdebat apatah lagi untuk berdakwah  kepada orang, tapi saya yakin dengan kecenderugan saya sekarang
kepada pihak2 tertentu, dan pada masa yang sama saya tak menafikan  kecacatan dan keaiban yang wujud. Tapi tak sepatutnya itu dijadikan
alasan untuk menolak perjuangan mereka secara total.

Bagi saya sikap dan pendiriannya itu jumud dan prejudis, kalau tidak  kenapa dia sesekali tidak pertikaikan pihak pemerintah walaupun dia
sendiri berulangkali menyatakan bahawa dia memerhati kedua2 belah  pihak. Ya, dia menyatakan dia memerhatikan kedua-dua belah pihak dan
hanya mengkritik dan pertikaikan pihak yang satu sahaja!! apa erti  semua ini? Dia mungkin tak mengaku pendokong pihak yang satu itu, tapi orang  boleh tahu sendiri melalui cara percakapannya. saya sesekali tidak membencinya, dia adalah saudara seislam saya. Saya asayanginya sebagai saudara seislamsaya, akan tetapi kebenaran itu lebih saya sayangi. Persaudaraan juga  tidak menafikan kritikan dan saling menasihati bukan?

Kalau si `adik` sedang membaca coretan saya ini, maka jgn lah marah  dan terasa, jadikan ini suatu kritikan membina dan untuk difikirkan
sebagai manusia yang berfikiran rasional, bahkan sebagai muslim yang  merasa bertanggungjawab menyampaikan kalimah Allah.

Ketahuilah bahawa emosi dalam penyampaian tadi yang mungkin wujud  itu adalah sifat normal seorang manusia, tak mungkin saya
bercakap/menaip seperti robot yang tiada urat saraf dan kalenjar2  dalam tubuhnya. Tidak mungkin juga saya bercakap sesuatu yang
penting dalam keadaan ketawa atau tersengih, itu hanya akan  mengundang tanggapan lain pula terhadap saya. Si adik yang
mengatakan saya emosi itu tentu juga tahu bahawa saya juga seorang  manusia beremosi dan berperasaan sepertinya bukan? Jadi saya adalah
seorang yg normal begitu juga manusia lain termasuk juga beberapa  pimpinan yg si `adik` pertikaikan mereka tadi.
Itulah apa yang nak saya sampaikan kepada `adik` khasnya dan kongsi  bersama dengan sesiapa yg sudi membaca coretan saya kali ini...

Semoga Allah sentiasa menaungkan kita di dalam rahmat dan hidayatNya amin ya Robb

Fi amaanillaah..

Middle East Delta
PakLang as always 4Ever yours....

 

 

[Grand Page]

 

Laman Cetusan Ilham AbgNie ©2003
Mustannie: [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1