........ ~Kenangan semalam mengajar kita bagaimana untuk menghadapi kehidupan dengan lebih matang~ -Your paklang as always-

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian selayaknya bagiNya, salawat dan salam ke atas  junjungan kita sayyidina Muhammad SAW.

Alhamdulillah berkesempatan lagi saya mencoretkan sesuatu pada tengahari ini.. Apa khabar pengunjung2 laman saya? semoga kalian sentiasa dirahmati Allah ...

Tadi semasa saya membaca beberapa mesej daripada sebuah groupyahoo, terserempak dengan beberapa artikel komedi yang dihantar oleh seseorang di group tersebut.Saya terkejut bercampur kesal disebabkan  artikel komedi tersebut berunsur lucah, tak payah kita kata berunsur lucah lagi bahkan kita katakan ia jelas lucah.
Apabila saya tengok sendernya, lagilah saya kesal dan sedih kerana dia adalah seorang perempuan! Dia siap selitkan sekali mesej yang menandakan bahawa dia tahu artikel itu berunsur lucah, akan tetapi  pada pendapatnya "taklah xxxrated sangat", itu katanya.!! Kesal dan geram juga sebab moderator pun meluluskan bahan2 yang  macam tu
.
Kesimpulan yang saya dapat buat daripada perkataan si perempuan itu dan juga tindakan moderator yang meluluskan bahan2 macam tu bahawa mereka adalah satu kepala! saya harap mereka sahaja, saya tak  sanggup nak mengatakan bahawa kebanyakan kita sekarang memandang fenomena seperti itu adalah sesuatu yang "tak mengapa" sebab telah  biasa sebati dalam diri dan jiwa! saya harap kita kebanyakannya tidak begitu dan masih ada perasaan malu untuk menyebut dan
menjadikan perkara2 lucah ini sebagai bahan gurauan.

Dalam suatu group lain juga pernah terjadi hal seperti ini, gurauan lucah diselitkan dalam satu cerpen yang disendkan. Saya pun menghantar mesej reply, tapi tiada tindakbalas daripada mana2 ahli, mungkin mereka sedar kesilapan dan merasa malu , ataupun mereka memandang remeh perkara itu? wallahua'lam...  Bagi saya mana2 satu pun pendirian mereka daripada 2 andaian tadi, itu tetap menandakan bahawa mereka telah kehilangan sensitiviti dan jatidiri sebagai  ummat islam.Bukankah amar makruf dan nahi mungkar itu wajib di dalam islam mengikut kemampuan kita? apakah kita tidak mampu menulis
sepatah dua kata mengkritik dan menegur si yang tersilap itu?

Bukan setakat kehilangan jati diri sebagai ummat islam akan tetapi  mereka jelas kehilangan nilai2 kemelayuan yang terkenal dengan sifat sopan santunnya!,, sungguh menyayat hati...
Saya kesal dan betul2 kesal dengan fenomena ini sebenarnya, fenomena  kemungkaran sepri inilah yang membuatkan saya pernah mengatakan keinginan saya agar dunia internet ini tak wujud dalam coretan  pertama saya dulu. Tapi hakikatnya kita tak boleh lari daripada menerima kenyataan dan bersedialah untuk menghadapinya dengan tabah  dan penuh tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Saya tertanya2 juga sebenarnya, kenapalah group2 yang bagus seperti  itu pun nak dikotorkan ataupun di`popularkan` dengan bahan2 celaka seperti itu?, tahukah mereka bahawa benda2 porno ini telah menguasai  80% dunia internet! tak cukupkah lagi dengan semua itu hinggakan group2 seperti ini pun kita nak cemarkan?!! sungguh menyedihkan,  bercampur geram... tahukah mereka, bahawa PM singapore yang kafir itu pun berpendapat bahwa keterbukaan unsur2 porno seperti ini boleh
merosakkan ketamadunan!? tahukah mereka yang sebagai ummat islam  ini? Dalam satu mafhum hadith" jika engkau tidak malu, maka perbuatlah  apa yang engkau suka" ....
Sudah hilang malukah kita sehingga tergamak melakukan perkara2  seperti itu? apatah pula seorang wanita?.. lelaki baik manakah yang sanggup beristerikan wanita yang tiada rasa malu lagi menuturkan  perkara2 sebegitu di khalayak ramai?
Membuat perkara keaiban itu amatlah jijik, akan tetapi melakukannya di khalayak ramai hingga diketahui orang tanpa ada sebarang rasa malu maka itu lebih jijik dan hina!
Sabda Rasulullah SAW yg mafhumnya:"Di antara syarat Qiamat ialah al fuhsy wa altafahusy (perbuatan dan percakapan yang buruk dan keji), dan putus silaturahim , dan orang amanah dikhianati dan pengkhianat diberi amanah pula" (sahih, riwayat Ahmad, bazar serta disahihkan oleh Albani)
Sabda Rasulullah lagi :"Tidak ada sesuatu yang lebih berta dalam timbangan seorang Mu'min hari akhirat nanti daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya Allah Ta'ala murkakan orang yang berkata dan berperbuatan buruk/keji serta orang yang suka mencarut" (Sahih Riwayat Tirmizi)

Tiada mana2 mukmin sanggup dimurkai oleh Allah taala. Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada kemurkaan Alah?. Maka sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia bercakap baik ataupun hendaklah ia diam sahaja..!!


Apa yang saya lihat,fenomena ini adalah salah satu kesan negatif  internet.Kita sebenarnya telah tanpa sedar dibawa arus globalisasi yang akan meleburkan identiti kita sebagai ummat Islam. Sedikit demi  sedikit budaya dan cara hidup barat akan terserap dalam diri dan pemikiran kita. Di ketika itu kita tidak lagi memandang benda2 aib  dan kotor itu sebagai sesuatu yg jijik!. Akhir sekali, waliyazubillaah, kita sendiri akan masuk ke dalam lubang yang mereka  masuk!
Bukankah rasululah pernah bersabda yang mafhumnya:"Kamu akan mengikut jalan2 orang2 sebelum kamu,hinggalah apabila mereka masuk ke dalam lubang dhab pun kamu akan mengikutinya juga, sahabat  bertanya siapakah mereka? , rasululah menjawab:' yahudi dan nasrani'!!. berhatilah wahai sahabat2ku..

Dan megikut pengamatan saya, cerita2 barat penuh dengan unsur2 jijik seperti itu, jauhilah anak2 dan adik2 kita daripada pendidikan jahat ini. . Sekarang saya juga melihat beberapa kelompok kita mengikut cara mereka bercakap  walaupun masih lagi dalam kawalan. Akan tetapi ingatlah, tak semua jenis racun membunuh si mangsa dengan segera.

Sebagai contohnya, dalam group itu juga saya melihat perdebatan  mengenai penggunaan perkataan "keep your finger cross". Perkataan ini digunakan, dan ini menunjukkan bukan setakat rutin kehidupan  mereka yang telah meresap masuk ke dalam masyarakat kita, bahkan unsur2 seperti penyelewengan aqidah pun semakin mendominasi kita!
Tak perlulah saya ceritakan mengenai pro dan kontra dalam  perbincangan tersebut, pasti di sana ada juga orang2 yang bersikap sambil lewa dan memandang remeh perkara tersebut. Yang pasti itu  adalah satu bukti bahayanya unsur2 seperti ini dan amat menyedihkan  kita semua sudah pasti., dan itu juga membuktikan betapa sebahagian daripada kita sudah hampir mendekati lubang Dhab!!

Saya tidak pernah mengatakan bahwa saya sendiri bebas daripada unsur2 itu, akan tetapi apa yang saya tahu,saya sayangkan agama dan diri saya, saya akan cuba menjaga diri saya selaras dengan kehendak  pencipta saya.Semoga tuhan memberikan kekuatan dan hidayatnya. Cuba kita postmortem diri kita, apakah budaya jijik yg telah kita  amalkan tanpa sedar kita, kalau kita sedar maka ketahuilah bahawa Allah masih sayangkan kita dan cubalah untuk membuangkan ke dalam  lautan yang paling dalam agar ianya tak akan kembali lagi.

Akhir kata " semoga Allah melindungi agama kita dan kehidupan kita,
amin ya Robb"

Mهddle East Delta
~PakLang as always~ still dreaming , know cant stop it, and hope my dream will come true.

.

 

 

[Grand Page]

 

Laman Cetusan Ilham AbgNie ©2003
Mustannie: [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1