........ ~Kata-kata kita  memerlukan sokongan tindakan untuk membuktikan kebenarannya~ -Your paklang as always-

 

 

06/01/1424
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...

Bertemu lagi kita pada kali ini, alhamdulillah kerana masih lagi  diberikan kesempatan untuk berbicara lagi ..

Nampaknya topik kali ini pun seperti topik yang lalu jua, pasal   soal² orang tua² nih.. kenapa boleh timbul lagi soal yang sebegini agaknya ye.. sebenarnya memang malas dah nak cakap bab ini, tapi  mahu tak mahu dia datang juga kerana di sekeliling kita terdiri daripada manusia-manusia yang normal...!

Cinta hati perasaan seterusnya mencari calon untuk membina rumah  tangga idaman yakni rumahku syurgaku, topik yang tak habis² bagi  orang bujang. Terkadang tu kelakar, kalau kita dok diam sikit dan termenung pasti akan ditegur kengkawan dan usikan mereka  kebanyakannya akan menjurus ke arah itu.
"Hai memikir panjang nampak?, teringat orang jauh ka tu." itu antara contoh yang akan membuatkan topik begini terus dicetuskan samaada kita mahu atau tidak.Nak buat lagi mana lagi wahai tuan² dan puan²,  selagi mana kita ni masih bernama manusia bernafsu dan berperasaan dan ditambah dengan kebujangan pula maka begitulah hari² yang akan kita tempuhi... tetap ada persoalanan sebegitu walau kita lari ke  mana pun. Kalian sendiri pun tahu bukan, kalau dalam dunia cyber, maka topik inilah yang akan menyegarkan mata² yang sedang layu di hadapan  monitor. Kalau ditanya kenapa? Tanyalah diri sendiri,, apa jawapannya ye?

Saya tak pernah jumpa orang yang serius di dalam dunia maya ini  melainkan sikit sebanyak dia akan sentuh juga bab ini. Barangkali kalau dia yang tak mulakan dulu maka saya yang mulakan tanpa sedar.  Terkadang tindakan kita yang tanpa sedar itu mengundang orang untuk mengenali diri kita dan memulakan topik yang sebegitu pula.. itulah  manusia namanya...
Oleh sebab saya pun seorang manusia yang normal juga maka saya  sekali lagi nak gebang² kosong pasal kes² yang berkaitan topik ini.. Tapi jangan pula kita katakan orang yang tak kelihatan minat dengan  topik sebegini dan tak mahu sentuh langsung hal2 ini bahawa dia itu tak normal pulak, bahkan kemungkinan sebenarnya dia sampai ke satu  tahap yang membolehkannya mengawal diri, kerana di sana sebenarnya masih banyak lagi keutamaan yg mesti diutamakan daripada sekadar  memikir-mikirkan  perkara yang apabila sampai masanya kita pasti akan  menerimanya secara automatis... setuju dengan saya tak? ;)

Seorang kenalan saya pernah bertanyakan pendapat saya berkenaan  pencarian dalam dunia cyber ini, maksudnya mencari pasangan hidup melalui dunia ini. saya tidak menolaknya secara total. Bagi saya kita hendaklah melihat realiti yg berlaku sekarang, dan  itulah yang sedang berlaku dan telah berlaku. Ada positif dan  negatifnya walaupun saya sendiri tak menggalakkannya secara langsung. tapi mungkin saya sendiri nanti yang akan tercebur ke dalamnya dan mungkin hampir berlaku pada diri saya siapa tahu kan..
Saya rasa semuanya lebih `arif bagaimana mengenali manusia lain dalam dunia unik ini.

Kebanyakan hal yang saya perhatikan hanyalah mainan perasaan  sementara, tertarik dengan kata² sehingga perasaannya menggambarkan bahwa si fulan itu dan sifulan ini adalah begini dan begitu. saya  tegaskan di sini bahwa bukannya senang untuk mengenali dan menghukum keadaan manusia yang kita tak pernah menemui dan melihatnya dengan  secara terus. Bahkan manusia yang kita sering menemui samaada di tempat kerja atau sebagainya pun kita masih belum tahu hati budinya
maka apatah lagi manusia `atas line` yg ntah wujud ataupun tidak  itu, serta perempuan lelakinya belum pun kita dapat pastikan.

Seorang kawan saya menceritakan bahawa dia pernah menemui seorang  perempuan yang dikenali melalui medium ini. Tengok!, begitu mudahnya si perempuan menemui lelaki yang bukan mahramnya, kalau di segi  hukum tentulah dilarang keluar berjalan berduan tanpa ditemani mahram dan di segi adat pun pasti kurang manis. Saya baca akhbar pun  seringkali saya terjumpa artikel² dan berita kes² perkosaan yang berpunca daripada si wanita itu yang mudah `mengikut` si lelaki yang
baru sangat dikenalinya dan padahnya dia yang tanggung, siapa salah  kalau berlaku kes sebegitu?

Saya bukan persalahkan wanita sahaja, bahkan semuanya ada kesalahan  sendiri,akan tetapi oleh kerana merekalah yang paling teruk menanggung akibatnya maka patut sangatlah kita tekankan kesalahan  itu pada diri mereka sendiri.
Tadi saya katakan mereka mengikut lelaki yang baru sangat dikenali  samaada melalui dunia internet atau sebaliknya, bukan maksud saya tak mengapa si wanita berjalan² tanpa mahram dengan lelaki yang dia dah lama kenal atau sangat kenal, bahkan hukum tetaplah hukum, itu adalah dilarang secara jelas.Saya rasa semua orang tahu itu jadi hati-hatilah wahai sekelian saudaraku..

Kita kembali kepada realiti hari ini pula.Saya akui bahawa kita tak boleh menyekat orang daripada dunia internet dan itu kita kena terima.Apa yang kita boleh buat sekarang hanyalah dengan sekadar memahamkan mereka akan hukum hakam serta memberi amaran kepada mereka betapa bahayanya kelalain kita dan cuba memberikan alternatif  bukan sekadar mengatakan itu tak boleh dan ini tak boleh.

Saya cadangkan kalau si uda dan dara yang dah terlanjur berkenan tu,  maka jemputlah si uda tadi terus ke rumah si dara yang ketika itu bersama dengan mahram²nya. Itulah cara paling selamat, selepas  si uda sampai di situ tanggunglah kemungkinannya , samaada nak kena hambat dengan parang ataupun dilayan sebagai tetamu kehormat maka itu  adalah lebih baik dan selamat daripada membuat apa yng orang kata `blind date`.
Iyalah, kalau awak betul2 serius wahai uda tentulah awak akan  sanggup bertemu keluarga si dara dan menyatakan kesungguhan awak itu. Manakala si dara pula janganlah mudah terpedaya dengan si uda  selagi mana si uda tidak menunjukkan kehendak sebenarnya selaras dengan agama.

Panjang juga celoteh kali ini.. hee.. ni sebab takdak kerja la ni.. Pasal angau dan perasaan nih, saya teringat satu peristiwa yang terjadi kepada kawan saya beberapa tahun dahulu. Saya seringkali  dijadikan tempat rujuk dalam bab2 ini walau saya sendiri tiada pengalaman langsung.Mungkin secara kebetulan tiada orang lain lagi pada masa tu kot.
Si kawan saya ini yang dah mabuk cinta kononnya ni , walaupun kita  nasihatkan yang bertentangan dengan kehendaknya tapi dia tetap nak nasihat kita juga, pelik kan? Dia cuba menafsirkan setiap perkataan dalam surat gewe dia itu dengan mengatakan bahawa si permpuan itu sukakan dia akan tetapi ada sebab2 tertentu maka si perempuan ini  terpaksa cakap begitu dan begini lain daripada isi hatinya konon.
Saya sendiri membaca2 surat2nya dan apa yang boleh saya simpulkan  bahawa si kawan saya ni gila bayang, syok sendiri...
Apa yang saya tengok si perempuan ini terus berutusan dengan kawan  saya ini sebenarnya hanyalah disebabkan keluarganya sukakan si kawan saya ni, manakala si perempuan itu di segi perasaannya tiada langsung  untuk kawan saya ni.
Akhirnya hati bukan boleh dipaksa-pakasa dan betul seperti apa yg saya jangka mereka tiada jodoh sebab perempuan tu akhir sekal dia tolak secara jelas dan keras lagi. Terlopong kawan saya tu, akan tetapi alhamdulillah tuhan kurniakannya yang lebih baik, dah beranak pinak pun kawan saya itu.
Kesian betul apabila seseorang ditimpa bala yang seperti ini...

Mari kita berfikir secara logika yang dicampuri perasaan yang dikurniakan,.. Saya kekadang tu terfikir, kenapa si kekasih menangisi pemergian  kekasihnya yang sudah berpaling tadah? Bukankah hatinya sudah tertarik dan menyukai orang lain? kenapa nak dipaksa-paksakan dirinya  menerima kita lalu menangisi pula pemergiannya? Apakah kita sanggup memiliki seseorang walaupun dia dalam keadaan terpaksa menerima  kita? pendek kata dia tak suka kitalah, akan tetapi dia bersama kita kerana terpaksa sahaja. Untuk apa itu? satu kebodohan dan kehinaan diri sahaja...tahu apa itu hina?

Saya rasa kalau ditaqdirkan saya menyukai seseorang dan dia tidak menyukai saya,  maka ketika saya tahu perasaan sebenarnya itu tentu saya tidak akan mengharapkannya lagi, apatah lagi untuk menangisi pemergiannya! Yang sedihnya pula kita dapati ada yang sanggup membunuh diri ataupun hilang semangat untuk hidup hanya kerana cinta yang dia  sendiri pun belum tentu tahu hakikatnya. satu tindakan bodoh bukan? ye memang bodoh, keutamaan hidup bukan untuk itu sebenarnya..

Nasihat saya, cuba2lah sayangi orang yang kita tahu dia menyayangi  kita,  dan cinta kasih sayang itu boleh dipupuk sebenarnya, contohnya seperti perkahwinan yang diatur oleh orang tua, walaupun kita tak kenal langsung pasangan kita itu akan tetapi kasih sayang terhadapnya kita boleh pupuk insyaAllah kalau niat kita ikhlas kerana Allah, nescaya Allah permudahkan segalanya... ya Robb..

Mari kita renung satu mafhum Firman Allah SWT: "Para kekasih/teman-teman akrab pada hari itu(kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecualilah orang-orang yang bertaqwa" (Azzukhruf:67)
Jadi, tiada gunalah teman akrab ke kekasih yang pernah bercinta dan berjanji sehidup semati ke, di mahsyar dan kiamat nanti masing-masing akan sesama bermusuhan,saling salah menyalahkan melainkan orang yang berkasih kerana Allah dan di atas syariatNya., iaitulah mereka yang bertaqwa.
Diceritakan dalam satu hadith bahawa manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti dalam keadaan bogel dan tidak berkhitan seperti asalnya, siti Aisyah bertanya apakah mereka nanti tidak akan saling melihat satu sama lain , apakah tiada syahwat dan malu ketika itu? Ketahuilah ketika itu manusia hanya memikirkan dirinya sahaja, ketakutan menyelubungi jiwa lantaran memikirkan nasib apabila dihisab nanti..... azab atau nikmat... tiada masa nak memerhatikan orang lain ketika itu, itulah gambaran kegerunan hari itu, jadi bersedialah dengan segala bekalan yang sepatutnya...

panjangnya saya mengarut kali ini...dah terpesong ke arah kejiwangan  pulak,hmm bahaya tu... dah tghhari sekarang,, jom kita.. jumpa lagi kalau diizinkan..
 

Middle East Delta as always
still waiting for the reply - bahtera yang tangkas menongkah arus pasti ada nakhoda di dalamnya-
~PakLang as always~ Hikmah itu adalah pencarian orang² beriman, dimana sahaja dijumpainya nescaya dia mengambilnya-

 

 

[Grand Page]

 

Laman Cetusan Ilham AbgNie ©2003
Mustannie: [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1