........ ~Berkasih sayang adalah sifat manusia akan tetapi apabila terkeluar daripada batasannya maka itu adalah sia-sia~Your PakLang-

 

Assalamualaikum warahmatullaah...

Diriku

Salam sejahtera semuanya semoga berada di bawah rahmatnya sentiasa. Terima kasih kerana sudi lagi menjengok dan membaca coretan saya buat kali ini.
Terdetik untuk membuat sedikit coretan pada pagi yang mulia ini apabila terbaca coretan dan komen qahafi dalam ruangan salam muhibbah tu.
Saya tak fokuskan untuk menjawab komennya itu, tapi secara umumnya untuk menjawab segala pertanyaan yang mungkin akan dan telah pun dicetuskan oleh beberapa sahabat saya sebelum ini. Saya harap dengan coretan dan sedikit penerangan ini kalian akan memahami beberapa sifat dan feel saya, walaupun kalian kurang menyukai beberapa pendirian saya, akan tetapi manusia kan boleh berubah, saya tak pernah mengatakan bahawa saya puas hati 100% dengan pendirian ataupun beberapa tindakan saya selama ini, di sana mungkin ada sebab2 tertentu yang menyebabkan saya berbuat begitu, dan ia menjadi seperti `pendirian sementara bagi seorang yang masih mencari identiti` hee.. nampaknya cara saya cakap tu seolah2 saya ni tiada pendirian langsung dan masih mencari arah diri... ;)

Mungkin tanggapan kalian itu betul, dan saya sebenarnya pun memang sentiasa bercita-cita untuk ke arah yang lebih baik, lebih baik daripada semalam, itu adalah perjuangan saya yang belum selesai hingga kini, saya seorang insan yang terlalu lemah dan walaupun begitu, perjuangan mesti diteruskan juga biarpun pelbagai tanggapan dan halangan.

Pasal nama dan identiti lain saya, memang saya sebenarnya tak menjawab secara terus terang pertanyaan orang apabila kali pertama berjumpa dan berkenalan, bagi saya biarlah secara ala kadar dahulu. Kalau dia bersungguh2 tentulah dia akan tahu sendiri nanti.
Bagi yang mengenali saya di dunia nyata ini memang tiada msaalah untuk mengetahu identiti saya secara zahir, tapi belum tentu mreka boleh mengenali 100% perihal saya.Begitu juga nisbah saya kepada mereka, saya pun tak boleh nak kenali mereka secara mendalam dengan sekadar bersahabat begitu, di sana ada satu perhubungan akrab lain yang memungkinkan kita menyelami hati sanubari manusia lain, dan saya belum berjumpa sesiapa pun yang begitu dekat dengan saya, melainkan ada beberapa manusia yang saya rasa dekat juga akan tetapi `kedekatan mereka itu sentiasa berubah2 disebabkan mereka tenggalam dan timbul di dalam beberapa tindakan mereka . Saya rasa dekat tapi mungkin mereka tidak begitu, sebab saya pun belum tentu dapat menilai dan mengenali mereka secara mendalam lagi!

Apabila melihatkan syeikh Qahafi menyebut nama saya di dalam salam muhibbah itu saya pun cepat menukarkannya kepada **** . Minta maaf qahafi dan sahabat semua, dan saya rasa pelawat laman saya pun belum tentu dan mungkin tiada keinginan langsung untuk mengenali saya. Saya tegaskan di sini bahawa tiada sebarang kerugian untuk kalian tidak mengenali saya.. heh.

Saya berpendapat, jika mana2 orang yang nak mengenali saya, biarlah mereka kenal saya melalui diri saya sendiri secara langsung dan bukan dengan  perantaraan orang lain atau pun dengar cerita2 orang. Pelik?... saya rasa kita masing2 mempunyai kepelikan yang tersendiri.. hmm
Siapa tahu barangkali saya sukakan sedikit sifat misteri, kalau orang yg saya sendiri tak pernah kenal boleh tahu tentang diri saya secara sekali klik, maka tiada langsung kemisterian saya tu...!! atau bagaimanan pendapat si pembaca budiman, apakah kalian sedang menjuihkan mulut sekarang atau bagaimana? .. hee..


Saya menulis ni sambil tersenyum mengenangkan beberapa orang yang tak puas hati apabila mengetahui nama yang mereka sangkakan selama ini bukanlah nama saya secara tepat, banyak saya tengok reaksi mereka, ada yang marah, ada yang baisa saja tiada masaalah.
Akan tetapi yang marah tu pun bila saya tanya nama sebenarnya rupanya dia pun gunakan nama yang tak betul, jadi masing takleh nak marah, terima sahaja dia seadanya selagi mana dia masih ikhlas dengan kita.
Saya tanya kembali kepada orang yang tak puas hati dengan sikap saya tu " saya pernah cakap ka bahawa nama saya begitu atau begini ka?" dia jawab:" tak.." jadi siapa yang cakap nama saya begitu atau begini? hihihi.. tiada siapa melainkan mereka yang menyangkakan begitu... saya tak pernah cakap pun..

Seingat saya, saya hanya menyuruh orang memanggil saya paklang atau abgnie atau wan, dan tak kurang pula yang hanya memanggil saya dengan nick2 glamer saya.. heh.. kelakar pulak...
Ada sebahagian orang menyimpulkan bahawa nama saya adalah wan zamanie apabila mereka melihat orang ada yang memnggil saya dengan wan dan ada yang memanggil saya dengan abgnie/zamanie. Padahal  saya sesekali tak pernah cakap itu adalah nama saya pun.
Berulang kali saya katakan bahawa wan itu adalah panggilan berdasarkan nama sebenar saya dan abgnie itu pun adalah ringkasan daripada nama sebenar saya, manakala paklang pula ada pangkat saya dalam keluarga, sepupu2 saya serta anak2 buah saya kenalah panggil begitu dan ramai jugak anak buah online yang panggil saya begitu.

Jadi bagi saya, taklah senang sahabat ONLINE nak mengenal sesama sahabat ONLINE sebagaimana saya sendiri pun payah nak mengenali mereka secara pasti.
Akan tetapi alhamdulillah, saya yakin dengan semua sahabat saya yang baik2 belaka itu walau saya sendiri kurang mengenali mereka.
fikiq sendirilah, tapi kalau jumpa saya bertentangan tentu dia tahu siapa saya, dan saya pun takleh nak susup lagi dah,, hihihi... dan kalau betul²  nak tau... mailah umah saya sini dan jgn lupa bawak buah tangan.. hee.. gurau..

Berlaku beberapa peristiwa yang menyakitkah hati saya pasal kes nama ini, saya akan sakit hati apabila saya bagitau nama saya berulang kali pada orang tapi orang itu selalu pula melupainya.. aah sakit hati ooo.. tapi sabar je lah... takleh salahkan dia pun, siapa pula kita  hinga dia nak ingatkan nama kita seumur hidup dia, siapa kita untuk dia sediakan ruang ingatan otak dia bagi nama kita? lebih baik dia simpan memori2 yang baik atau mengingati hadit2 atau quran daripada dok ingat nama saya.. betoi kan? tapi sekurang2nya kite berasa terkilan la kan , tu je kot.. :-\

Jadi pada saya biar payah sikit orang nak tahu identiti juga nama kita, bukan masaalah jual mahal sebenarnya, tapi saya sekadar ikut harga pasaran .. kalau jual murah sangat nanti orang kata tiada kualiti langsung , susah pulak kan? dan lagi kuranglah sikit risiko sakit hati orang terlupa nama kita.. errr.. jgn marah sahabat yang saya terlupa nama mereka.. hee.. saya ni kan macam kalian juga, manusia yg serba lemah.. tu la kena keep touch selalu barulah tak terlupa.. ;)

ehh kejap...kawan indon saya lutfie ketuk pintu ajak saya makan ful,sat no saya nak makan sat,, nanti kalau ada idea kita sambung lagi la noo..

sambung lagi.. rasanya setakat itu dulu, dan mengenai permintaan qahafi tu sebenarnya sebelum dia komen lagi saya dah pun lakukan. Dalam ruangan coretan saya tu saya dah bagi nama pengguna berserta password untuk ke grandpage saya tu.Tengoklah kat situ, dan sebenarnya tiada apa sangat kat situ pun, saya tiada kesempatan untuk kemaskini bahagian itu lagi.. silakanlah ke sana kalau siapa yang sudi.. ahlan wasahlan... :)

Akhir sekali doakanlah kesejahteraan saya, doa kalian itu amatlah dihajati, siapa tahu pada ketika yang tak disangka dan taqdir yg tak terjangka bahawa doa kalian itu mustajab... amin ya Robb!

Terima kasih qahafi serta sahabat lain yang sudi mencoretkan sikit sebanyak dalam laman saya... ;)
Appreciation-To be grateful for all the good things that life has to offer

Middle East Delta
~PakLang as always~ waiting to be hurted ...

 
 

[Grand Page]

 

Laman Cetusan Ilham AbgNie ©1999-2003
Islam Selamanya

Hosted by www.Geocities.ws

1