........ ~ Akal menuntut kita mempertimbangkan erti sebuah pengharapan yang seringkali disimpati oleh perasaan~ -Your PakLang-

 

Kita bertemu lagi dengan keizinanNya...

tok! tok! tok! tok!...
Hari ini budak perempuan itu datang lagi buat kedua kalinya, selepas zohor sekali dan selepas asar sekali,aku betul2 tak sangka..aku rasa aku tak larat nak layan.. aku sebenarnya memang malas nak layan sebab aku dah kehabisan fakkah hari ini.

Sebenarnya aku pun tak kisah apa alasannya, kalau dia berbohong sekali pun tentang hal keadaanya apalah sangat dengan duit sesen dua yang aku beri tu, atau bagaimana? apakah dia akan menyalahgunakan duit itu nanti? apakah dia minta sedekah kerana suka2 sahaja untuk mendapatkan duit saku?.. aku tak pasti dan aku tak mahu tahu serta tak mahu siasat, tapi bila memikirkan kemungkinan semua itu aku pun menjadi serba salah.Buat masa ini pertimbangan dan perasaan berat menyatakan bahawa budak itu memang memerlukan wang untuk keperluan asasnya.

Akan tetapi...
Masaalahnya sekarang dia datang sekali lagi pada petang ini dan untuk kali yang keduanya pada hari ini pada masa aku takdak duit nak bagi.. Apabila aku mendengar ketukan bunyi tadi, aku terus menuju ke pintu, kelihatan bayangan kecil di balik tingkap tu maka aku tak jadi nak membukanya sebab aku dah tau dah siapa yang di sebalik pintu tu lalu aku suruh kawan aku yang datang bertandang tu tolong layan sat, heh.. sebenarnya niat aku tu agar kawan aku yang beri sesen dua kepadanya sebab aku dah tiada `fakkah` maklumlah ekonomi meleset sekarang.. heh..
Dan aku sebenarnya tak sampai hati untuk menolak harapannya jadi biarlah kawan ku yang layan kali ini dan bagi apa yang dia nak bagi,

Mereka sedang bersembang sekarang,aku dengar kawanku itu bertanya macam2, budak tu cakap bahawa mak dia berada di hospital sekarang, mungkin betul atau tidak..

Aku bertanya lagi kawan aku apa yang dia telah sembang dengan budak tu, dia cakap budak tu kata adik dia sedang berada di hospital sekarang berumor 2 tahun, hmm nampaknmya ada nada putar belit.. tapi macam pendirian aku tadi, apalah sangat sesen dua untuk budak begitu, akan tetapi aku risau juga kalau2 dia salahgunakan duit itu? ahh,, duit sesen dua apa dia boleh buat kalau dia nakal sekali pun? Dia cakap tadi dia nak beli barang makan untuk adiknya yang sakit tu.. kesian betul aku mendengarnya... hmmm .. terbayang pulak muka sedih budak tu.. serba salah aku...

Flashback
Oh ya, tengahari ketika kedatangan pertamanya bagi hari ini aku sempat bertanyakan namanya,sedap la jugak, DU`AA' namanya bukan nombor dua tapi kalau ejaan dalam bahasa malaysia kita sebut DOA, sebutan arab fasih adalah DU`AA`

Ismik eeeh ? Jawabnya:"Duaa!.." Eeeh?aku bertanya lagi sambil menyuakan telingaku... Du`aaa jawabnya... ooo Du`aa` .. aku senyum dan sambil berkata "istannie hena baah",lalu aku pun mencarikan syiling2 yang ada sebab aku yakin aku dah memang tiada duit kertas dah.. heh..
lama juga aku terjengok sana dan sini ,alamak.. duit syiling aku pun dah habis daaah! seluk sana dan seluk sini tiba2 aku terjumpa sekeping duit kertas 1 pound! ehh tak sangka pulak ada lagi rupanya hee.. kawan aku yang sedang menaip depan komputer suruh aku ambil syiling dalam biliknya dan berikan pada budak itu.
Mendengarkan itu aku pun pergilah ke biliknya dan tengok2 duit yang ada, tapi tak nampak walaupun satu sen pun, aku dah malas nak bertanya dan mencari lagi lalu aku pun bagi duit satu pound terakhir aku tu kepada budak tu,dah rezki dia tu, dia berlalu pergi tanpa sepatah kata ..selesai begitu..

Sekarang aku terkejut di atas kedatangannya buat kali ke dua pada hari ini.. aku dah takdak sen dahh ..maaf la dik oii...
"madiii! hang tolong pi layan budak tu sat dan jangan bagi dia masuk ke dalam rumah, aku nak sembunyi` pesan aku pada kawan aku tu sebab aku tak nak budak tu nampak aku... dan berlakulah kisah chit chat depa seperti mana yang aku ceritakan tadi..
Itulah yang berlaku pada 6/19/2003 .. sekarang aku dah tiada apa nak dicoret dan diceritakan lagi... jumpa lagi jika diizinkanNya.. see u soon ... ehh kejap ye, ada orang sedang mengetuk pintu.. aaaaa..budak tu lagii,,  aih...  tok! tok! tok! tok! aaaa.. ..

Middle East Delta as always
~PakLang~ i'm still waiting as always.. to know you is to suffer..

Compassion-The essence of feeling another`s pain,while easing their hurt...
 
 

[Grand Page]

 
Hosted by www.Geocities.ws

1