........ ~Memahami orang lain adalah menghormati dirinya, menghormati dirinya bererti kita menghargai diri kita sendiri sebagai seorang insan~ -Your paklang as always-

 

Kita bertemu lagi dengan keizinanNya...

Suatu hari sorang temanku membuka bab mengenai hal2 perasaan lelaki dan perempuan ni dan seterusnya `gebang kosong ` kami itu bererusan hingga ke hal rumah tangga anak cucu dan sebagainya...

Aku macam biasalah, apabila depa yang bertaraf adik ni mula sembang2 bab2 begitu aku akan menjuihkan mulut dan mula la mengutuk mereka macam si emak meleteri anaknya, maklumlah kan, orang tua ni dia ego sikit heh.

Sebenarnya sebagai manusia normal biasa, semua orang mempunyai perasaan itu, aku ingat2 lupa satu perkataan Shyeikh Sayyid Qutub dalam tafsirnya yang menegaskan bahawa bukanlah satu keaiban apabila seseorang perempuan atau pun lelaki dalam satu2 ketika dia berperasaan ingin begitu...ya perasaan ingin berpasangan, ada suami ada isteri dan ada anak, bahkan bernafsu sex sekalipun ...
Itu semua sebenarnya adalah sifat semulajadi yang dibekalkan oleh Allah kepada manusia, apakah satu keaiban apabila kita merasakan sifat2 itu sedangkan Allah sendiri yang menganugerahkannya kepada kita? Tentulah tidak aib dan bahkan ia adalah satu petanda kenormalan kita!

Kita harus terima hakikat ini dan itulah realiti hidup seharian kita.Yang penting sekali kita fikirkan bagaimana nak melayan dan mengawalnya apabila perasaan2 begitu muncul, ahha.. itulah pointnya.. bagaimana nak melayan dan menjaganya agar tidak melampaui batas dan biarkan ia dalam kadar kenormalannya sahaja?

Bagi orang yang mampu Islam nasihatkan teruskan sahaja mencari pasangan dan kahwinlah sebagaimana sabda rasulullah dalam satu haditnya:"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu, maka kahwinlah, sesungguhnya ia lebih tertunduk pandangan mata dan terjaga bagi kemaluan (maruah).. sesiapa yang tak mampu maka hendaklah ia berpuasa, sesungguhnya itu merupakan ubat baginya".

kahwinlah wahai sahabatku yang mampu.. kahwinlah jgn tunggu lelama macam paklang hangpa ni.. seksa diri sahaja semua itu..
Itu bagi yang mampu, bagaimana yng tak mampu? itu masaalahnya, hadith tadi mengatakan berpuasalah, ya berpuasa adalah salah satu cara yanng boleh kita buat, bukan maknanya hanya berpuasa cara untuk menahan kesemua itu.. buatlah apa2 yang harus dan di samping itu kita berusaha mencari `kemampuan` yang dimaksudkan dalam hadith itu dan seterusnya membina rumahku syurgaku.. ewahh.. diri sendiri pulak lagu mana tu paklang ?(saya la tu) heh..

Jadi berbalik kepada bab `gebang kosong` dengan kawan saya tadi, pasal perasaan.Saya selalu berlagak seolah2 saya ni tak tahu bab2 perasaan ni dan seolah2 saya ni kurang normal sebab kurang `perasaan'?
Saya rasa bukan begitu, sebenarnya saya rasa kalau orang mengatakan saya sering mengelakkan perkara2 begitu maka saya jawab itu adalah kerana saya terlebih normal! kelakar.. sebenarnya dah tak larat memikirkan benda2 begitu dan kalau dok sembang2 tanpa usaha sampai bila pun tak berubah, hanya membazirkan air liur dan masa sahaja sembang bab2 begitu.
Bukan tiada perasaan atau pun kurang normal ataupun nak lari daripada realiti, akan tetapi semua tindakan itu sebenarnya salah satu cara untuk tidak memesongkan fikiran ke arah itu. InysyaAllah sampai masa nanti jadi raja sehari jugak kita jika diizinkanNya ... ya robb zaujatan solihatan!!

Selagi kita banyak interaksi semakin banyaklah kita terdedah kepada bibit2 `perasaan sebegini`, jadi hati2lah semuanya...
Ada beberapa orang  tu pernah tanya saya:"Orang macam hang ni takkan takdak tut tut tut..."
Ini rahsia hidup saya,takkan nak cerita kat orang kan,hehe.. mungkin sesetengah orang tahu dan faham dan sesetengah lain tak pernah memahami.
Mungkin dulu, tiada fenomena begini dalam hidup saya disebabkan interaksi saya dengan kaum hawa amatlah terhad. Belajar di sekolah arab tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.
dan di ketika masih kecil saya sering diperli dan dimain2kan oleh orang dewasa atau pun abg kakak sendiri apabila cuba nak kawan dengan orang pompuan, jadi dari kecik sampailah besaq hidup saya jauhla daripada semua ini.Bayangkanlah, mak saya cakap saya ni takut dengan perempuan! kelakar, saya tak takut, cuma saya rasa saya tiada urusan dengan mereka, itu sahaja...
Nisbah kebarangkalian untuk berlaku fenomena²  insiden perasaan ini dalam kehidupan saya amatlah kecil.
Sekarang bagaimana pula setelah berkembang sikit interaksi walaupun hanya dalam dunia maya nih? ahha.. kita dalam coret² ni kita cerita sekadar²  je.. sebenarnya tak baguih la kita cerita semua rahsia hidup kita kepada orang, dan saya ada rahsia hidup saya sendiri yang saya tak suka dedahkan kepada orang.. tapi saya rasakan saya masih sayangkan zaman bujang saya dan tak nak cari nahas! heee...  kno and donno,, u kno o donno?

I dont know how could i fall in love with you
and how to get you nearby
i know being with you can make me smile
and then i know it can make me cry

i know there's not much i know about you
and i know there is more to know
cause you dont know how i feel for you
and thats enough for me to know

but i dont know how to forget you
and i dont know how to hate,
i dont know cause i dont want to know
that u have become my love,life and fate

I dont know why i'm afraid to accept
that this is love happening to me,
i dont know why i fear
that it will take you away from me

i dont know why i'm afraid to love
as its the most wonderful feeling
but i know if my heart breaks,
there wont be any revealing...

kita dekati bara api pun dah terasa kepanasannya, apatah lagi apabila kita terjun masuk ke dalamnya... pikiaq sendirilah
dah panjang coretan kali ini.. jom kita pi makan.. belum sarapan lagi nii..
Fi amaanillaah..


~PakLang as always~ something in my heart that i cant understand it..
Honesty-the quality of always telling the truth...
 
 

[Grand Page]

 
Hosted by www.Geocities.ws

1