Coretanku untukmu... ~Kemaafan itu satu kelebihan akan tetapi kemaafan tanpa melupakan kesakitan adalah merugikan diri sendiri~

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

tok tok tok tok!!....
Aku yang sedang melangut di depan komputer ketika itu
tersentak,..ahha siapa pulak yang mengetuk pintu petang2 begini ye..
Apabila aku buka je pintu, terjengoklah seorang budak perempuan
dengan rambut perang yang kusut walaupun aku tengok dia macam baru
lepas mandi, bertocang lagi pulak tu.. aku rasa setakat itulah
kekemasan yang mampu dia buat..
"Bila nampak je aku bukakan pintu, budak tu terus cakap"hagah
lillah" (sesuatu untuk Allah-minta sedekah).. ooo budak ini
rupanya.. aku tersengih, bukan kerana sinis kepadanya akan tetapi
kerana aku ingatkan sapa tadi...
Sambil menyuruhnya mengetuk pintu sebelah rumah aku juga, aku pun
masuk ke dalam untuk melihat apa yg ada....
Sebenarnya budak perempuan sorang ni mula `berziarah` ke rumah
sewaku baru tahun ini,, dah beberapa bulan, dalam seminggu itu ada
lah 4-5 kali datangnya,, kekadang tu berturutan pula,waktu malam pun
dia pernah datang...
Pada mula dia datang dulu aku adalah bagi juga duit kertas
kepadanya, tapi sejak kebelakangan ini aku hanya mampu bagi duit
syiling je..hmm.. itulah sekadar yang terdaya.. aku teringat kata2
sorang soleh "musibah apa lagi yg lebih besar daripada seseorang
yang datang berhajatkan kita akant tetapi kita tak dapat menunaikan
untuknya?" boleh la rujuk dalam ruangan gelagat dan pendirian...
Aku tahu dia pasti kesempitan, dan aku ada sedikit kemampuan ketika
itu lalu aku beri setakat kemampuan aku itu.Yang aku seronoknya
sebab dia terima tanpa banyak cakap, pernah sekali itu aku hanya
berikannya 2 syiling 5 sen!, itupun selepas pusing2 bilik.. ekonomi
meleset betul masa tu.. heh...
Nak tahu kenapa aku seronok bila dia terima tanpa banyak songeh?..
sebab sebelum ini pernah berlaku beberapa kali apabila aku hulurkan
syiling atau jumlah wang yang agak kecil kepada beberapa orang
peminta sedekah, mereka akan protes ataupun tak nak terima langsung,
dan yang lebih teruk lagi apabila mereka memegang2 kita pula dan
memaksa2 kita... huh... dah melampau pulak tu.. tapi sabar,, kita
kan diperintahkan agar jangan menyergah orang2 seperti itu... depa
pun ada situasi yagh menyebabkan mereka bertindak seperti itu kan..

kembali kepada cerita budak tadi...
Pernah suatu ketika itu aku hampir memarahi dan menyergahnya di atas
ketidaksabarannya menunggu aku memberikan wang, aku yang hanya
membuka tingkap kecil yang bergeriji besi di pintu pun pergilah
menengok2 apa yg aku boleh berikan padanya untuk hari itu, akan
tetapi si budak pompuan ni bertindak berani dengan menghulurkan
tangannya lalu membuka selak di pintu dan mula melangkah masuk ke
dalam rumah, pendek kata kalau tiada orang ketika itu wallahua'lam
apa akan jadi.
Melihatkan itu aku pun berasa marah dan hampir2 menyergahnya, tapi
nasib baik aku teringatkan satu ayat daripada surah addhuha:(adapun
terhadap orang2 yang meminta-minta maka janganlah kamu
mengherdiknya)
aku insaf sendiri, mengenangkan nasib aku lebih baik daripadanya,
siapa tahu mungkin dia belum makan lagi hari itu, siapa tahu
barangkali dia itu adalah anak yatim, kesian,, bertimpa2 nasib
malangnya padahal dia hanyalah seorang budak perempuan yang sedang
menuju ke arah keremajaan.. semoga tuhan melindungi dan
memeliharanya.
hmm,, kesian betul bila aku tengok muka sedihnya itu, tapi apakan
dayaku? setakat itulah yang aku boleh lakukan,, ehh terperasan pulak
bahawa budak ni comel, rambut perang berkulit putih, kalau kat
malaysia laa alahaii... mana nak jumpa kat malaysia, orang warnakan
rambut adalaaa...

bersambung lagi jika diizinkan

~PakLang~ as always yours
sharing-The joy of giving without thought of receiving...
 
 

[Grand Page]

 
Hosted by www.Geocities.ws

1