Page ni belum siap sebenarnya Buat sementara waktu kita isilah apa2 pun... bacala kalau rajin

BUNGA BERDURI

gerak langkahmu 
memikat hati
lirik senyummu 
manis sekali
menggoncang jiwa
yang sentiasa tercari cari
bakal penghias sanubari

tutur katamu 
membelai rasa
terfana sebentar
lantaran kelalaian hati
lantas membibitkan rindu
tanpa diundang datang dan berlalu

namun kini 
aku menyedari 
dia adalah ranjau berduri

yang semestinya
daku lalui 
untuk menguji iman di hati 

setinggi mana ketaqwaan
seteguh mana keimanan

janganlah kau cuba 
menggoda diriku 
membuang waktu dan tenagamu
tapi sebenarnya...
aku lah yang tersilap
membiarkan nafsu syaitaniah
menguasai diri dalam belenggunya
tiada salah wanita dijadikan 
bahkan sebagai pelengkap kepada kehidupan

rasai kembali cinta didada
cinta kepada Allah bagaimana?
cinta kepada rasul di tahap mana? 
cintaku hanya cinta abadi
cinta Allah Allahurabbi

Allah ya rahman 
Allah ya rahim

senyuman mu itu racun berbisa
tutur mu pula pencetus mimpi 
mengugat naluri menggoda jiwa 
walau rupamu amat menawan 
namun kutetap pilih yang beriman

dimana engkau muslimah impian..
hadirkan agar terlerai kerinduan..

ya Allah kurniakanlah aku seorang isteri solehah.. amin ya robb..

 

 Musafir Lara

Perantau musafir perjuangan
tabahkanlah hatimu
berjuang di rantau orang
sedih pilu hanya engkau yang tahu

ingatan keluarga sahabat
janganlah menghiris hatimu
kerinduan desa nan permai
janganlah melemahkan semangat juangmu

di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan 
terus memburu menuntut janji
pastilah islam gemilang lagi

tapi pejuang kembara perjuangan
ujian bukan batu penghalang
kerana itulah syarat dalam perjuangan

Oh pejuang 
di mana pun ada ketenangan
di mana pun ada kebahagiaan
bila insan kenal pada tuhan 
kasih sayang dan pembelaanNya
bagi insan yang menyerahkan
jiwa dan raga anak dan isteri
kepada Allah

Apa yang ada jarang disyukuri
apa yg tiada sering dirisaukan
nikmat yg dikecap
barukan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada disentuh tak tercapai

Tuhan leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta 
Hanya cintaMu yang ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
Akhlak Dan Pakaian Mereka Diiktiraf oleh ulama' Al Azhar
PUTERI AL AZHAR HARUMKAN NAMA MALAYSIA


KAHERAH: Siswa dan siswi Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar sering mendapat jolokan pelajar paling berakhlak di kalangan mahasiswa bangsa lain.

Bahkan para ulama Al Azhar mengiktiraf pakaian pelajar-pelajar perempuan Malaysia di sini sebagai pakaian yang paling bertepatan dengan kehendak Islam. 

Kebanyakan siswi Malaysia di Al Azhar memakai jubah dan tudung labuh yang menutupi semua anggota yang dianggap aurat oleh Islam. Ramai juga di kalangan mereka yang memakai furdah.

Ini menjadikan mereka sering dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain terutamanya yang berbangsa Arab. 

Pujian terhadap siswi Malaysia ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam.

Melihatkan cara berpakaian dan akhlak serta sopan santun pelajar-pelajar ini, mereka beranggapan keseluruhan rakyat Malaysia juga seperti itu.

Perkara ini diakui oleh Professor Kesusasteraan Arab Universiti Al Azhar, Dr Abdul Nasir Mohd Said.

Katanya, "Wanita Malaysia adalah wanita yang paling berakhlak di atas muka bumi!"

Kata-katanya itu adalah hasil kajian dan pemerhatian beliau terhadap budaya dan cara hidup pelbagai bangsa yang ada di Mesir serta pengalaman sahabat-sahabatnya yang telah berkunjung ke Malaysia.

Beliau juga mempunyai rumah yang disewakan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia di Mansurah.#
Isteri Solehah

isteri cerdik yang solehah 
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran
dirumah ia isteri
dijalanan kawan
diwaktu kita buntu 
dia penunjuk jalan

2x

pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita tetap pendirian
ilmu yang diberi 
dapat disimpan
kita lupa
dia mengingatkan

isteri cerdik yang solehah 
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran
dirumah ia isteri
dijalanan kawan
diwaktu kita buntu 
dia penunjuk jalan

nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan 
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya
dia umpama tongkat sibuta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu 
semoga kekal untuk diwariskan

isteri cerdik yang solehah 
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran
dirumah ia isteri
dijalanan kawan
diwaktu kita buntu 
dia penunjuk jalan

dia umpama tongkat sibuta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu 
semoga kekal untuk diwariskan....2x

 

Setiap yang menyinta pasti mencari yang dicintainya.  Apabila cinta Allah menembusi hatimu,  sudah tentu Allah menyintaimu.  Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Allah dengan KebijaksanaanNya mentakdirkan kita cinta antara satu dengan lain.  Kerana itulah setiap apa jua dalam alam ini ada pasangannya.  Pada pandangan orang yang Arifbillah,langit itu lelaki dan bumi itu perempuan.

Bumi menerima apa sahaja yang dijatuhi oleh langit.  Apabila bumi kurang panas,  langit berikan panas.  Apabila bumi kurang basah,  langit berikan hujan.

Langit bertugas pada pusingannya seperti suami mencari rezeki isterinya.  Bumi sibuk dengan tugas melahir dan memelihara kandungannya.  bumi dan langit dikurnia akan kerana mereka membuat kerja makhluk yang berakal.  Sekiranya mereka tidak merasai nikmat antara satu dengan lain,  kenapa mereka berkasihan seperti orang yang bercinta.

Tanpa bumi,  bagaimana pokok dan bunga berkembang.  Apa guna langit menurunkan air dan panas?  Sebagaimana Allah mengurniakan keinginan antara lelaki dan perempuan supaya dunia dapat terpelihara oleh perpaduan antara mereka,  begitu jugalah Dia tanamkan dalam setiap bahagian wujud ini keinginan satu bahagian dengan satu bahagian yang lain.

Malam dan siang pada zahirnya nampak bermusuhan,  tetapi sebenarnya keduanya saling memerlukan.  Yang satu berahikan yang satu lagi,  untuk menyempurnakan kerja bersama.

Badan perlu tumbuh-tumbuhan dan air kerana asalnya dari tanah dan air.  Jiwa perlu hidup dan Yang Menghidupkan kerena asalnya dari Jiwa Semesta.

Kehendak jiwa ialah Ketingggian  dan Kesucian.  Kehendak badan ialah untuk hawa nafsu yang rendah.  Kesucian memerlukan dan menyintai jiwa.

Apabila seseorang itu mencari,  ruh yang dicari itu memerlukannya,  tetapi diri yang  menyinta menjadikan ianya lesu.  Sementara diri yang dicintai menjadikan ianya senang dan gembira.

Cinta memberi sinaran kepada pipi yang dicintai.  Cinta menelan jiwa yang menyintai.

Allah memberkati anda dengan Kemanisan CintaNya.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1