| Nama, Alamat, Kursus | Pesanan |
| Zainun Ngah
Universiti Utara Malaysia
Instructor Course
|
Assalamualaikum Kini tibalah giliran saya pula untuk meninggalkan bumi Okinawa. Sebenarnya tidak banyak yang ingin saya sampaikan. Sesungguhnya banyak pengalaman pahit-manis dialami selama enam (6) bulan berada di sini. Mulai pertengahan bulan November, hanya saya satu-satunya warga Malaysia di OIC. Tetapi alhamdulillah saya dipertemukan dengan kawan daripada Indonesia. Jadi adalah kawan untuk bercakap Melayu. Walaupun seorang diri di OIC, saya rasa bersyukur kerana masih ada lagi warga Malaysia lain di bumi Okinawa ini. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Pn. Halela sekeluarga yang banyak membantu saya selama berada di sini. Kalau ada kesempatan contactlah beliau (884-5189). Tidak lupa juga kepada sdra. Azad dan isteri, Azizah. Akan balik Malaysia tidak lama lagi. Begitu juga kepada pelajar-pelajar Malaysia di Univ. of Ryukyus terutama sdra. Zainuddin (Din), Fadzli, Saad dan lain-lain. Kalau teringin nak makan sambal belacan, contactlah kak Sarah dan Nakahara-san. Sekiranya rindu nak makan roti canai, buat baiklah dengan Din atau Saad. Walaupun terpaksa beraya diperantauan tahun ini, tetapi suasana Hari Raya tetap terasa dengan adanya mereka semua di bumi Okinawa ini. Kalau nak buat kawan dengan Japanese, contactlah Miyagi-san (878-3518)
dan Pakcik Higa (fasih berbahasa Melayu). Biarpun kita bebas melakukan
apa saja di sini, tapi jangan lupa pada pegangan agama, adat resam dan
nama baik negara. Usah disia-siakan segala pengorbanan dan kepercayaan
yang diberikan
|
| home | index nama | index tahun |