| Nama, Alamat, Kursus | Pesanan |
|
Zainal Abidin Abd Jalil
National Security Division State of Terengganu
Seminar Disaster Prevention System 8/8/99 - 28/8/99 Assalamualaikum wr.wb.,
Sewaktu saya menaip coretan ini, orang Malaysia yang masih berada di OIC ini ialah saya dan saudari Norhayati dari ICU, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur yang sedang mengikuti kursus komputer(maaf, lupa pulak nama kursusnya yang khas, bukan pasal apa, kerana terlampau banyak benar kursus komputer di sini) Sedang saya sendri mengikuti Seminar An Introduction to Japan Relief Activities and Disaster Prevention System dari 8 hingga 28 Ogos 1999. Saya akan berlepas pulang ke Malaysia (Kuala Lumpur) pada 29 Ogos 1999 dan akan ke Kuala Terengganu, tempat bertugas pada 30hb. Ogos. Sebelum tu tak lupa saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaaan ke42 yang akan disambut 1 minggu lagi. Sebelum datang ke OIC ni saya cemas juga, tak lain pasal makanlah tu.
Tapi nasib baik, semasa saya tiba di OIC pada 7 Ogos 1999 dan sejurus turun
dari van kebetulan terjumpa saudari Norhayati. Wah, awal-awal lagi dia
berani "tembak", "Bapak ini kalau bukan dari Indonesia mesti dari Malaysia".
Pandai jugak dia buka mulut cari saudara dia dari Malaysia ya! Yati ni
kalau pasal budi bahasa memang saya puji habis, dia jenis suka tolong orang.
Pada dialah saya banyak belajar tentang OIC, dari dewan makan, cara menggunakan
kad telefon di OIC dan berbagai lagi. Tapi yang paling saya tak lupa jasa
dia ialah kerana dia "sedekahkan" saya sabun kerana orang rumah terlupa
masukkan dalam beg.
|
Kalau tidak, mandi tak bersabunlah saya selama beberapa hari selepas
tiba di OIC kerana supermarket bukan sahaja jauh, tapi tak tahu nak cari.
Berkat jasa dia juga saya tak berapa kekok di OIC ni, lebih-lebih lagi
semua peserta nampaknya peramah dan baik-baik belaka. Begitu juga dengan
tenaga pengajar OIC, para pegawai dan kakitangan terutamanya "coordinator"
seminar saya iaitu Miyako-san.
Satu perkara yang menarik di sini tentang hubungan rapat dengan saudara-saudara muslim/muslimah kita dari negara Islam lain sama ada dari Indonesia, Pakistan, negara Arab, Turki, mahupun Afrika. Nampaknya semangat "ukhwah Islamiyah" kuat juga disini. Yang paling saya tak lupa ialah saya sempat dipertemukan dengan suadara baru Islam dari pengkalan tentera Amerika Syarikat di Okinawa. Namanya Hafiz iaitu warganegara Amerika dan berketurunan Negro. Dia ni orang "Jamaah Tabligh" dan memakai jubah. Menganut Islam kira-kira 5 tahun lalu, sebelumnya beragama Kristian. Dalam pertemua selama kira-kira 50 minit itu saya dan rakan-rakan Islam lain dari Pakistan dan Syria sempat bertukar-tukar fikiran dengan beliau tentang Islam. Berhubung dengan Bahasa Jepun tak banyak yang saya tau. Tapi kadang-kadang
cara mengingat bahasa Jepun ni lucu jugak jadinya. Sebagai contoh apabila
bertemu pertama kali dengan orang Jepun, kita kena ucap "Hajimemashite".
Untuk mengingatkan saya sering ingatkan perkataan "Haji memang suka sate".
Begitu jugak dengan ucapan "Sumimasen" (bermaksud maafkan saya) saya sering
ingatkan perkataan "semua masin". Disamping itu jugak pada pemerhatian
saya kebanyakan orang Jepun agak sukar menyebut huruf "l" dan "f". Sebagai
contoh "military" akan disebut "miritary" dan "forty" akan disebut "horty".
|
| home | index nama | index tahun |