Sayang Salmah
Sebenarnya apa yang hendak aku paparkan adalah cerita yang sebenarnya berlaku ke atas diriku. Aku berusia 31 tahun, telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis jelita dari Alor Star dan telah dikurniakan 2 orang anak.Kami kini menetap di Singapura kerana saya adalah rakyat sana tetapi kami sering pulang ke kampung. Memang peluang untuk pulang ke kampung halaman sentiasa di nantikan isteri saya kerana rindu kat keluarga tetapi saya juga sering nantikan peluang untuk pulang bersama tetapi bukan kerana rindu kat keluarga tetapi kerana Salmah, isteri abang ipar ku. Salmah kini berusia 28 tahun dan walaupun sudah beranak dua, tetapi masih phew! Power man. Oh Salmah, aku memerlukan mu.
Aku selalu mencari helah untuk tidak keluar rumah selagi Salmah tak masuk bilik air untuk mandi. Setiap simbahan air yang kedengaran membuatkan aku seakan hilang kesabaranku. Rasa seperti mahu saja mengetuk pintu itu dan menyuruhnya...Aku kerap terbayang...alangkah enaknya jika dapat aku menjamah...aku tahu aku akan puas dan aku tahu, dia juga akan puas. Sekali-sekala bila aku lalu di hadapan bilik air ketika dia didalam, aku dengar dia masih lagi belum selesai dan ini menambahkan lagi keresahanku. "Mengapa dia lambat sangat? Aku dah tak tahan lagi nih!!!" jerit batinku. Melihat keadaan begitu, aku sering terus ke bilik tidur dan melakukan apa yang perlu bagi memuaskan hatiku. Telah beberapa kali aku bersenda gurau bersama isteriku bahawa aku amat mengkagumi Salmah dan kerap tak sabar menanti setiap pagi dia berkemban masuk ke bilik air untuk mandi. Aku selalu berangan aku tengah melakukankan bersama Salmah dan isteri ku pun selalu bergurau, sambil berkata, "Abang bayangkan Salmah aje, mesti abang puas!" Pada isteri ku itu hanya gurauan tapi bagi diriku, itu akan jadi suatu kenyataan tidak lama lagi.
Tibalah suatu hari untuk peluang keemasan yang aku nantikan selama ini. Pagi-pagi lagi, isteri ku hendak ke Sungei Petani untuk menjemput kakaknya yang tinggal di Baling. Oleh kerana aku letih, aku menolak tawarannya untuk turut bersama. Jadi isteri dan anak anak ku serta anak sulong abangnya ikut isteriku naik kereta. Abangnya pula hari itu ada projek kat bendang, dah tiga hari tak turun sawah padi, lalu dia pun pergi dan hanya akan pulang jam 200 petang nanti. Pada mulanya, aku cuma baring baring sahaja, tapi lama-kelamaan, Cisss! keinginanku timbul bila terbayangkan Salmah. Jam di dinding menunjukkan tepat 0830 pagi, lalu aku pun menanggalkan pakaianku memakai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Tiba-tiba, aku ternampak Salmah berkemban. "Dia hendak mandi!!!" Hatiku melonjak gembira. Kali ini dia lebih awal dariku. Selalunya aku yang mandi dahulu setiap pagi, tapi kali ini dia yang dulu. Inilah harinya..aku akan laksanakan niatku yang terpendam selama ini!
Apabila terlihat diriku, Salmah pun tersenyum sambil membetulkan kainnya dan aku pun minta diri dulu. "Salmah nak mandi, mandi lah dulu, Abang boleh tunggu, tapi jangan lama sangat yer. Abang tak tahan dah nih," kataku padanya. Dia hanya tersenyum manja padaku. "Ahhh, senyuman nakal...aku makin gelisah!" Kata hatiku. Aku pun duduk diluar menanti. Agak lama juga dia didalam. Ingin saja aku mengira setiap siramannya itu agar kelak aku tahu bila dia akan habis mandi. Sambil melayan kegelisahanku itu, aku mengurut-gurut...kepalaku kerana tekanan menanti ini agak menyakitkan. Akhirnya dia keluar...
"Mah..."
"Apa dia bang?"
"Abang kesian tengok mah, siang malam mah bekerja, ikut giliran shift kerja kilang tentu penat kan?"
"Bolehlah bang, apa nak buat."
"Ini, Abang sebenarnya ada hajat dengan Mah..."
"Hajat? Hajat apa tuh bang?"
"Ermmm...ermmm..."
"Cakaplah bang...jangan malu. Kalau boleh Mah akan tunaikan hajat abang."
"Betul ni Mah?"
"Betul Bang..."
"Errr..Mah boleh tak ajar Abang buat cekodok? Cekodok Mah paling best in the world!"
"Alah Abang ni, mana ada. Akak buat pun sedap apa?"
"Sedap tu sedap, tapi tak sesedap cekodok Mah. Setiap pagi aku tersiksa menanti Mah. Tak sabar nak menjamah cekodok yang selalu Mah buat tuh. Lebih-lebih lagi bila perut tengah lapar. Betul ni Mah, Abang nak belajar cara buat cekodok dengan Mah...bolehlahhhh."
"Baiklah Bang. Abang pergi mandi dulu. Lepas mandi Mah ajar abang ok?"
"Alrite!" Bergegas aku masuk bilek air dan mandi 2, 3 cedok saja sebab tak sabar nak belajar buat cekodok. Cekodok si Mah ni kalau korang nak tahu, paling best in the world! Sampai terbayang beb. Kalau tak pekena sehari sah mengeletar cam orang gian ganja. Kena plak aku dok Singapura. Bayangkanlah betapa peritnya aku setiap kali terbayang cekodok si Mah ni. Sebab tu aku nak belajar buat agar aku boleh membuatnya sendiri. Harapkan isteri, pemalas...egolah tuh. Takpe...lepas ni, sure dia terkejut berok sebab aku dah melakukannya. Baru padan muka dia...ingat aku main-main. Lepas ni, baru dia tahu siapa aku...kat Singapura, cekodok paling best nanti, akulah yang buat!

Koleksi Gondol Merah
26hb Sept 2001
Hosted by www.Geocities.ws

1