Assalamualaikum
Ilmu Tauhid – bhg. 2
Hukum-hukum didalam Ilmu Tauhid
Didalam Ilmu Tauhid, hukum itu ada 3 bahagian:
1) Wajib
Apabila kita berkata , “Dua sen wajib lebih banyak daripada satu sen,” ertinya akal atau lojik kita dapat mengetahui dan menentukan atau menghukumkannya bahawa dua sen itu tidak boleh tidak mesti lebih banyak dari satu sen itu. Hukum wajib yang ditentukan atau diputuskan ini tidak berhajat pada dalil atau penyelidikan atau penyiasatan kerana akal kita dengan sendirinya mengetahui dan menghukumnya sebagaimana yang tersebut itu. Andai berhajat pada dalil atau penyiasatan, maka jika kita katakan, “Bumi wajib bulat,: maka sebelum akal kita dapat menentukan dan menghukumkannya, kita perlu menyelidik/menyiasat dan mencari dalil-dalil atau bukti yang dapat menunjukkan dengan nyata tanpa ragu bahawa bumi ini pasti atau wajib bulat. Mestilah difahami bahawa “wajib” itu dalam Ilmu Tauhid bererti bahawa sesuatu itu tidak boleh tidak mestilah begitu, sebagaimana yang telah disebut dalam contih diatas. Dan dapatlah juga difahami bahawa ada setengah hukum “wajib” itu ditentukan oleh akal dengan serta-merta, yang tidak memerlukan penyelidikan dan dalil-dalil, dan ada pulu hukum “wajib” yang dapat ditentukan dengan memerlukan penyelidikan/penyiasatan yang rapi dan dalil-dalil yang kukuh.
2) Mustahil
Hukum “Mustahil” adalah sebalik hukum “wajid” yang dinyatakan tadi. Misalan, apabila dinyatakan bahawa satu sen itu lebih dari dua sen, serta merta akal akan menidakkannya. Ertikata lain, akal kita akan menghukumkan bahawa mustahil ianya sebegitu. Contoh ini dapat ditentukan oleh akal kita dengan tidak berhajat kepada penyelidikan, kerana akal yang waras akan menghukumkaannya secara serta merta. Tetapi, ada pula perkara-perkara yang berhajat kepada dalil dan penyelidikan/penyiasatan sebelum akal itu dapat menghukumkan bahawa sesuatu perkara itu mustahil. Andai dikatakan bahawa, “Mustahil manusia berjalan diatas air,” kita harus menyelidiki dan menyiasatnya serta mencari dalil-dalil bagi menghukumkannya begitu. Samalah juga di sini bahawa hukum “Mustahil” itu ada yang ditentukan oleh akal, tidak perlu menyiasat atau mencari dalil dan ada yang sebaliknya.
3) Mungkin
Pada akal, ertinya kita dapat menentukan atau menghukumkan sesuatu atau zat itu itu boleh berkeadaan yang tertentu atau sebaliknya. Contoh, Kita berkata, “Hari ini mungkin hujan.” Atau “Dia mungkin akan meninggal.” Ianya tidak memerlukan bukti kerana akal menghukumnya begitu dengan sebab kebiasaan kejadian itu. Tetapi adakalanya akal kita memerlukan bukti atau dalil untuk menghukumkan bahawa sesuatu itu Mungkin, iaitu bukan Mustahil dan bukan Wajib. Misalan, Manusia mungkin hidup beratus tahun. Penyelidikan dalam bidang perubatan/kesihatan memungkinkan perkara sebegini. Juga bacalah riwayat Penghuni Gua dalam Al-Quran pada Surah Al-Kahfi (18).
Dua Jenis Wajib Dalam Ilmu Tauhid.
Wajib mempercayai Allah itu ada. Jika tidak, nescaya jadilah ia Kafir (Nauzubillah min zalik). Juga Wajib mempercayai bahawa Allah itu Mustahil atau Mungkin Mati (kepercayaan yang kukuh sehingga akal menyatakannya begitu dengan serta-merta.
Bersambung…Hukum pada Adat.