Assalamualaikum...
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke
bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk
dijadikan Adam, kerana bumi kuathir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril
kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama
dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan
bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:
" Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan
bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan
akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat
Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia. Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat
manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi
kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab,
terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana disitulah berada otak
manusia, dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat
menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,
sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu,
kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
mendoakan kepada Tuhan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa
Selamat)
bersambung...
-Sr|kandiNur-