Assalamualaikum…
Sedikit pengetahuan untuk dikongsi bersama.
Al-Fatihah…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi
Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam. Yang Maha Pengasih, Penyayang. Lagi
mempunyai (penguasa) hari pembalasan. Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami
sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. Tunjukilah (hati)
kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah berikan
nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan pula orang-orang yang sesat.
Al-Fatihah dinamakan Ummul-Kitab. Ini adalah kerana apa-apa yang tersimpul
dalam surat Al-Fatihah ini akan diterangkan dengan jelas pada surah-surah
kemudian yang merangkumi:
1) Tauhid (keimanan)
2) Janji kebahagiaan di dunia akhirat bagi orang-orang yang menurut petunjuk
Al-Quran dan janji siksaan, jasmani atau rohani bagi orang-orang yang tidak
mengikut petunjuk itu
3) Amal ibadat untuk mempertebal tauhid dan membersihkan jiwa
4) Menerangkan jalan yang lurus untuk mencapai kebahagiaan
5) Riwayat orang-orang yang taat mengikut Allah dan orang-orang yang durhaka
untuk jadi iktibar bagi umat yang kemudian
6) Dan lain-lain seperti ayat-ayat yang berhubung dengan akhlak ilmu pengetahuan,
sejarah, perekonomian, kemasyarakatan dan pembangunan. Bahkan di sana ada
ayat-ayat yang berhubung dengan pertahanan negara dan ketenteraan, sebagai
bukti bahawa Al-Quran itu adalah Universal.
*Rujukan: Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.
Semoga memberi manfaat kepada kita, InsyaAllah.
-Sr|kandi-