Assalamualaikum.

Tauhid bererti "menyatukan" dalam bahasa arab dan didalam Ilmu Tauhid ia bererti "Mempercayakan Tuhan Yang Satu". Ia adalah satu ilmu yang menerangkangkan segala kepercayaan-kepercayaan dan hukum-hukumnya dalan Ugama Islam.

Jika seseorang tidak mahu mempercayakan perkara-perkara yang menjdi asas dalam Ilmu Tauhid, nescaya orang itu bukanlah orang Islam, malahan ia adalah seorang kafir. Dan jika seseorang Islam itu menukar kepercayaannya terhadap mana-mana perkara yang asasi didalam Ilmu Tauhid nescaya ia menjadi kafir juga dan dinamakan Murtad dan di Akhirat kelak orang-orang kafir ini akan disiksa buat selamanya di salam Api Neraka.

Perkara asasi yang wajib dipercaya dalam Ilmu Tauhid ialah perkara-perkara yang dalilnya atau buktinya cukup terang dan kukuh yang terdapat dalam AlQuran atau Hadith-hadith sahih.

Perkara-perkara dan hukum-hukum yang dinyatakan didalam Ilmu Tauhid itu ada terkandung didalam satu tajuk yang dinamakan "Rukun Iman". Tetapi sebelum diterangkan akan Rukun-rukun Iman itu perlulah terlebih dahulu diterangkan erti "Hukum".

Erti Hukum:
Tiap-tiap undang-undang ada hukum. Asal erti hukum ialah menentukan sesuatu sifat atau rupa kepada sesuatu benda atau perbuatan. Misalnya jika kita kata : "Pisau tajam", maka "Pisau" ialah satu benda atau zat dan hukumnya disini ialah "Tajam". Atau jika kita kata : " "Senaman perlu untuk kesihatan", maka "senaman" ialah satu perbuatan dan "perlu untuk kesihatan" ialah hukumnya.

bersambung...Hukum-hukum didalam Ilmu Tauhid.

Hosted by www.Geocities.ws

1