Bismillah...


"BAGAIMANA GENIUSNYA AKALMU, LUASNYA ILMUMU, LUHURNYA BUDI BAHASAMU, KUATNYA KARISMAMU DAN HEBATNYA KEBOLEHANMU, NAMUN KAU TETAP LEMAH DIHADAPAN TUHAN YANG MAHA KUASA. BIAR BAGAIMANAPUN ISTIMEWANYA DIRIMU, KAU TETAP HAMBA ALLAH. AKURLAH HAKIKAT INI WAHAI KELAHIRAN TANAH"

Assalamualaikum w.b.t,
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan sisa sisa kehidupan kita yang masih lagi berbaki yg entah bila penghujungnya.

Sahabat,
Ketahuilah,jasad manusia bermula dari tanah dan berakhir kepada tanah jua. Di antara itu,ia bertukar menjadi setitis mani, segumpal darah, seketul daging, sekerat tulang, dan kemudian dibungkusi daging lagi
dan akhirnya menjadi mahkhluk lain (janin). Lalu drp janin itu menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, org tua dan akhirnya mati. Disitukah kesudahannya? TIDAK!!! Akhirat sana pasti kita dibangkitkan. Roh manusia pula adalah tiupan drp Allah s.w.t . Cantuman roh dan jasad itulah dipanggil manusia. Himpunan antara jasad yg sihat dan roh yg normal itulahlah yg membuahkan manusia yg berakal. Kejadian manusia bermula dgn yg lemah , tidak bermaya dan tidak
berupaya. Lantas membesar, kuat dan gagah perkasa. Kemudian lemah longlai sebagaimana ia bermula apabila tua dan berada dipenghujung usia.

Tapi sayang, semasa besar, gagah perkasa, cerdik, boleh
berdikari, berilmu, berpengalaman, hidup senang dan seumpamanya,manusia yg lemah tadi mula kufur, ingkar, sombong dan mulalah keras kepala tidak mahu tunduk kpd Allah.

Jangan lah kita nafikan ini semua tidak ada dalam diri kita. Kalau benar benar kita bukan org yg keras kepala terhadap Allah, mengapa larangan Allah masih lagi begitu jinak dan sebati dlm diri kita? Kalau
betul kita bukan org yg sombong kpd Allah, mengapa begitu berat dan sukar untuk kita mengorak langkah ke surau utk bersama-sama berjemaah mengerjakan solat, berzikir dan mendengar tazkirah? INILAH DIRI KITA YG
BEGITU ANGKUH DAN SOMBONG TERHADAP PENCIPTA YG MAHA AGUNG...

Wajarkah kita mengangkat kepala kesombongan terhadap Tuhan pencipta? Selesaikah kita dgn melarikan diri drpd tunduk pasrah kpd Yang Maha Kuasa? Bijakkah kita mengingkari perintah Tuhan yg mendidik dan
menjaga kita semasa janin dan sewaktu genting lalu kita selamat dari malapetaka? Beradapkah kita melupakan Tuhan Yang memberi nikmat zahir
dan batin dan pelbagai nikmat yg tidak terhitung?

Sebenarnya hidup dan mati, sihat dan sakit, kaya dan miskin, kuat dan lemah, syurga dan neraka
merupakan satu perlawanan yg cukup bermakna bagi mereka yg berakal. Akurlah wahai kelahiran tanah dan mani yg hina.

Sahabat-sahabat yg diredhai Allah, kita adalah makhluk Allah yg terbaik dialam ini. Manusia mempunyai
akal yg memerlukan makanannya iaitu ilmu, mempunayi roh yg makanannya iaitu ibadah dan mempunyai jasad yg memerlukan makanannya iaitu apa yg kita makan setiap hari. Dikalangan makhluk Allah itu, manusia yg
terbaik, dikalangan manusia, umat ISLAM yg terbaik. Dikalangan umat Islam, biarlah kita yg terbaik. Salahkah kita menjadi org yg terbaik? Rugikah kita, jika berusaha dan mencapai darjat yg terbaik? Sia-siakah zaman muda remaja kita, andainya kita pertaruhkan utk kecemerlangan dan keagungan kita?
Pepatah Arab ada mengatakan, "MANUSIA ADALAH ANAK ALAM SEKITAR" ..yg bermaksud, kita adalah hasil ramuan persekitaran yg kita alami dan kelahiran suasana sekeliling kita. Andainya kita hidup dlm iklim
JAHILIYYAH MODEN, maka begitulah keadaan kita bila dewasa kelak. Kiranya kita membesar didaerah IMAN DAN TAQWA, maka kita akan lahir sebagai hamba Allah yg beriman dan bertaqwa. Begitulah pentingnya suasana
persekitaran kita. Justeru itu binalah suasana yg baik dan harmoni, bentuk la BII'AH SHOOLEHAH dikalangan kita sendiri. Usah kita menanti org lain menghadiahkan suasana terbaik utk kita. JANGAN!. Kita adalah harapan umat ini yg mempunyai kekuatan ampuh yg tersimpan dalam usia muda kita. Himpunlah dlm satu ketumbukan dan rempuhlah masa depan dgn penuh kemahuan dan tawakkal. Tidak mustahil kita muncul sebagai penyelamat
ummat ini..... INSYALLAH.

Sekian sahaja buat kali ini,ketahuilah bahawa yg baik itu semuanya datang dari Allah dan yg buruk itu adalah dari kita sendiri.
Wassalam...

Hosted by www.Geocities.ws

1