Assalamualaikum...
Something to share with you guys.
Kita Hidup Dalam 3 Hari:
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang
pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari
yang kedua.
HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian allah
secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir
keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah
HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh
keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran
kita dan untuk mendapatkannya? Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya
adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING
PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengirimkan sepucuk surat
tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada
penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang allah
kurniakan kepada kita... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara
percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah
kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam
syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Wassalam
-Sr|kandiNur-