Assalamualaikum…

Untuk peringatan kita bersama terutama diri saya sendiri.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Adakah patut kamu suruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedang kamu membaca Kitab. Tiadakah kamu memikirkan?”
Surah Al-Baqarah, Ayat 44.

Keterangan ayat:

Ayat ini dihadapkan kepada Bani Israil untuk jadi petunjuk bagi guru-guru Agama, mubaligh-mubaligh, penyiar-penyiar Agama dan pemimpin-pemimpin umumnya, iaitu tidak layak kita menyuruh orang berbuat kebaikan, tetapi kita lupakan diri kita sendiri. Kita suruh orang berbuat amal saleh, tetapi kita berbuat maksiat. Kita suruh orang berlaku jujur dan baik, tetapi kita berlaku curang dan berperangai jahat. Kita suruh orang berkorban tetapi kita tidak mahu berkorban.

Orang-orang seperti itu dikecam oleh Allah dengan firmanNya: Apakah tidak kamu berakal? Seolah-olah orang yang berbuat demikian, bukanlah orang yang berakal. Orang yang berakal, dia sendiri lebih dahulu melakukan pekerjaan yang baik, kemudian baru ia menyuruh orang lain membuatnya. Dengan demikian dia menjadi contoh tauladan bagi orang lain.

Demikianlah Nabi Muhammad menyiarkan petunjuk Al-Quran kepada umatnya. Dengan demikian Nabi itu menjadi imam dan ikutan bagi umatnya.

*Dipetik dan diolah daripada Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.

Semoga kita mengambil iktibar, InsyaAllah.

-Sr|kandi-

 

Hosted by www.Geocities.ws

1