Salam...

Sabda Rasullullah s.a.w.

ILMU IMAN ADALAH SOLAT, MAKA ORANG YANG AMAN TENTERAM HATINYA DALAM SEMBAHYANG SERTA MEMELIHARA SEMBAHYANG DENGAN SEGALA PERATURANNYA, MAKA ITULAH ORANG YANG BERIMAN.

-Sr|kandi-

Assalamualaikum,

Kesan Solat Yang Khusyuk

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya, maka solatnya itu dikira sia-sia, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah ia juga berfungsi sebagai alat pencegah kepada perbuatan keji dan mungkar. Apabila sesaorang itu lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang diucapnya. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki hari akhirat", maka tergambar kepadanya akan kalut sibuk dan huru hara manusia serta bersesak di padang Mahsyar, maka ia akan terasa dirinya semakin kerdil dan lemah di sisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat ke lima dari surah fatihah yang bermaksud: "Engkaulah yang ku sembah dan Engkaulah tempat ku bermohon pertolongan", bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah kepada hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya tidak akan ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perkara keji dan mungkar bererti kita telah menjadi hamba kepada hawa nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapan kita yang mengaku bahawa hanya Allah SWT yang disembah semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam solat dengan khusyuk, yang mengandungi bebagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan, jika difahami sungguh-sungguh, cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh dan cela yang ada pada diri kita semua.


-Sr|kandi-

 

Hosted by www.Geocities.ws

1