Assalamualaikum..
Rock tak posting bab huraian apa apa cuma rock nak tau, kalau kita berdada di situasi untuk bersolat tapi tempat tak ada dan tempat yang elok plak menyimpan bekalan arak err.. solat kita leh terima tak?

 

 

Salam rock,

erm, kalau ikut pendapat alai, yg lebih penting ialah niat and kena make sure tpt tu bersih la. For ur info, alai pernah solat dlm gereja tepi kubur lagi! hehe.... masa tu kat one of the Cathedral kat London masa Perjumpaan Negara2 Komenwel. dan kalau tak silap juga, mana2 kat atas bumi Allah ni boleh solat. (sorry i cudnt quote the ayat or hadith here). Tapi kat msia ni, InsyaAllah byk tempat yg lebih baik utk kita tunaikan ibadat tu. Kalau ada yg tpt yg lebih baik, lagi bagus coz ini boleh membantu utk mendapat khusyuk. insyaAllah. Wallahualam.

 

 

Salam.

Surah Al-Baqarah Ayat 149 & 150:

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu kearah masjid Al-Haraam (Ka'bah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Ka'bah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Dan dari mana sahaja engaku keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu kearah masjid Al-Haraam (Ka'bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu kearahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan ni'matKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh pertunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).


Penerimaan solat HAK Allah. Hanya Dia sahaja Maha Mengetahui. Wallahualam.

Wassalam.

 

 

Assalamualikum..
terima kasih alhamdulillah..
sesungguhnya itulah yang saya nak demgar
alhamdulillah terima kasih saya ucapkan

Hosted by www.Geocities.ws

1