Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu
dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup
nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun
jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam
beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti
tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan
isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar
sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah
mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh
tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu
katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama,
aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau
duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan
negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih
sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat
emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah
makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau
tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad
SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap
kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai,
lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu
sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu
Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk
menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad kedalam dadaku
agar aku emnjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah
para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam,
malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau
agungkan itu.......................................
petikan dari;
Warkah dakwah 1986
-Sr|kandi-