Assalamualaikum...
Sambungan daripada minggu lepas...
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air
hanyir,angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan
berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah
,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan
"Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula
merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk,
akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini
kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah
sama, iaitu putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang
dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya dikepala: dua liang mata,dua liang telinga, dua liang
hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima jenis pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus,
kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam:
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200
tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini
dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu
matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga
melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan
suara merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam
pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata:"Yarkhamukallah"
yang ertinya:"semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan
sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah
SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh
itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah
daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu
kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan
jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat
berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh
malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni
langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum di bawa ke syurga tempat
mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa
Selamat)
Renungan
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan
pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah lah
kita akan dikembalikan.
-Sr|kandiNur-