KLIA dan kemegahan negara
Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang muncul sebagai lapangan terbang kedua terbaik di dunia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, di Hong Kong.

Gelaran ini di miliki selepas satu tinjauan dilakukan oleh sebuah syarikat Penyelidikan Industri Penerbangan yang beribu pejabat di Britain, Skytrax.

Apa yang menarik, KLIA berjaya menafikan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura yang hanya menduduki tempat yang ketiga.

Keadaan ini memberikan satu tamparan yang hebat kepada Singapura yang sebelum ini agak cemburu dan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertempat mengenai KLIA.

Sungguhpun KLIA baru sahaja beroperasi pada sekitar 1998, tetapi ia cukup progressif dari segi kemudahan dan teknologi komunikasi kepada para penumpang.

Ternyatalah bahawa pengiktirafan yang diberikan oleh dunia kepada KLIA sudah cukup untuk menutup mulut manusia yang begitu kuat mengkritik sebagai apa yang dikatakan projek mega yang membazir dan menyusahkan rakyat, sedangkan secara realitinya ia memberi sumber kepada pendapatan negara yang seterusnya dapat membina kemudahan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Hosted by www.Geocities.ws

1