Haji Hadi kepanasan...

Akhirnya Haji Hadi mula panas punggung akibat amanat karutnya itu makan diri. Sekarang beliau sibuk berceramah hingga ke Thailand untuk memberikan penerangan terhadap isu amanatnya yang diungkit semula oleh UMNO.

Beliau juga berikrar akan meneruskan ceramah tersebut di semua negeri di negara ini jika diundang untuk berbuat demikian.

Apa yang jelas, kalaupun tiada undangan sudah pasti Haji Hadi akan datang juga kerana takut orang ramai mula sedar dan faham akan pembohongan yang dilakukannya selama ini.

Ini adalah satu bukti dan kesimpulan mudah, iaitu orang yang bersalah pasti akan beriya-iya untuk menafikan kesalahannya. Begitulah yang berlaku kepada Haji Hadi.

Beliau kini seboleh-boleh mendakwa bahawa apa yang terpacul keluar dari mulutnya itu adalah sandiwara dan sengaja diada-adakan oleh UMNO untuk menutup kelemahan pemerintah dalam menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan UMNO sendiri serta krisis ekonomi.

Sandiwara Hadi Awang kali ini sudah tidak laku lagi. Kalau dahulu masyarakat boleh ditipu mentah-mentah , kini mereka sudah bijak untuk mengadili sesuatu isu.

Inilah manusia yang mengaku kononnya terlalu Islam sehingga orang lain tidak boleh mengkritik apa sahaja yang keluar daripada mulutnya meskipun ia adalah salah.

Hosted by www.Geocities.ws

1