Antara mayat dan Ayah Chik (Haji Hadi Karut)
Satu urusan pengkebumian jenazah di Kampung Seberang Marang tertangguh selama 4 jam akibat menunggu kedatangan ayah Chik (Hadi Awang) yang lewat datang kerana terlalu sibuk (sibuk menyebar fitnah).
Jenazah tersebut dikatakan sudah dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan oleh penduduk kampung dan selesai pada pukul 12 tengahari.
Inilah akibatnya jikalau terlalu mendewa-dewakan Ayah Chik, yang sememangnya terkenal dengan fatwa terkarutnya itu. Keluarga si mati seboleh-bolehnya menghalang orang kampung daripada mengkebumikan mayat tersebut selagi tidak di sembahyangkan oleh Ayah Chik.
Siapalah Ayah Chik yang suka memecahkan umat Islam ?
Beliau sama sahaja seperti manusia lain. Apakah seseorang yang telah meninggal dunia tidak sah sembahyang mayatnya selagi tidak disembahyangkan oleh AyahChik?
Jadi, jika Ayah Chik pula yang mati siapalah manusia bertuah yang boleh menyembahyangkannya pula?
Mat Sabu? Atau dewa-dewi dari kayangan? Belum tentu lagi si mati dapat masuk syurga dengan mudah kalau Ayah Chik yang sembahyangkan. matI memanglah mudah.
Terjun laut pun boleh mati cepat! Ketaksuban puak-puak Pas ini telah membawa kepada kehancuran akidah umat Islam sendiri.
Akibatnya, pemimpin Pas yang gemar mengeluarkan fatwa karut marut ini yang panas punggung bila tembelang pecah.
Eloklah, buku bertemu dengan ruas. Kalaulah Hadi Awang tidak berkesempatan datang mungkin mayat tersebut akan di simpan di tengah rumah sehinggalah Hadi Awang menyembahyangkannya.
Kalau Hadi Awang datang, jika beliau tidak datang atau mati dahulu bagaimana?