Nik Aziz: Di dalam dilema
Seperti biasa, hari ini Tok Guru Nik Aziz melatah lagi. Kali ini beliau menyifatkan Amanat Haji Hadi tidak perlu ditimbulkan lagi kerana ia sudah lapuk, kerana penyokong Pas dan beliau sendiri tidak lagi mempedulikan lagi amanta tersebut. Cukup mudah tok guru Pas ni bercakap.
Tidak perlu lagi menoleh kiri dan kanan, kerana yang penting periuk nasinya terselamat dahulu. sudah lapuk atau tidak peduli bukanlah soalnya.
Yang penting Haji Hadi yang kini duduk senang lenang di atas kerusi Menteri Besar Terengganu atas darah rakyat , mestilah mengaku bahawa amanat yang dikeluarkan itu sebagai karut dan mengelirukan umat Islam negara ini.
Tidak perlu timbul perkara sama ada orang Pas pada masa itu buta politi dan sekarang ini sudah celik politik. Ini kerana, amanat tersebut bukan sahaja bercanggah dengan hukum-hukum Islam, malah pengikut taksub parti tersebut mulai berani bertindak mengkafirkan orang sesuka hati.
Siapakah yang mahu bertanggungjawab atas semua ini? Jika tidak jadi ahli Pas dianggap kafir, maka apa yang terjadi dengan umat Islam di negara lain yang tidak menjadi ahli Pas?
Apakah mereka turut kafir? Nik Aziz perlu sedar dengan senario ini, bukan hanya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam Malaysia.
Kemungkinan besar Nik Aziz berasa bimbang akan kehilangan sokongan apabila akur dengan arahan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mewartakan keputusan yang dibuat pada 3 Disember 1984, bahawa Amanat Haji Hadi adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Apa yang penting, Nik Aziz sebagai seorang pemimpin, mestilah peka terhadap apa yang telah dilakukan oleh orang bawahannya.
Nik Aziz pasti akan dipandang mulia jika beliau bersikap lebih adil dan rasional di dalam soal-soal seperti ini. Pastinya Nik Aziz sendiri sudah maklum dengan apa yang dilakukan oleh Haji Hadi Awang.
Seperti kata pepatah melayu, diluah mati bapak, ditelan mati emak. Begitulah dilema yang dihadapi oleh Nik Aziz sekarang.