Proton PERDANA : Penjajahan Bentuk Baru

Penulis suka menimbulkan semula tentang lapuran khas Bulletin Utama TV3 (9-April-2001) tentang pertemuan DSWA dengan kedutaan luar yang bertugas di Malaysia. TV3 kata, itulah penjajahan bentuk baru. Itu teori TV3 yang sarat dengan propaganda jahat.

Komenku: Silap tu!! Malaysiakini, harakah , oposisi dan roket yang paling jahat. Penjajahan bentuk baru ialah demonstrasi jalanan. Itulah kaedah digunakan oleh CIA untuk jatuhkan sesuatu kerjaan. Naradom Sihanuk pun mengatakan sedemikian. Engkau je masih tidur atau engkau sendiri buat-buat tak faham kerana engkau sendiri pun ejen CIA?

Penulis juga ada teori tentang penjajahan bentuk baru. Bukan Daim dan Zainuddin Maidin saja pandai mengeluarkan teori bentuk baru itu. Untuk tujuan menyempurnakan teori ini, penulis ingin mengajak pembaca pertama, mengimbau kembali dua kes yang sudah menimpa secara khusus ke Proton PERDANA - samada versi lama atau versi baru. Kedua tentang pertukaran lambang proton dari berlambangkan "Malaysia" kepada berlambangkan "Kebinatangan".

KOMENKU: Kesian engkau , tak de berita sangat nampaknya. Sampai kes kereta proton pun dijadikan isu.

Dalam kes yang pertama, kenapa dua kejadian penarikan dan pembaikan dilakukan ke atas proton PERDANA apabila selepas ia diputuskan oleh Mitsubishi di JEPUN?.

KOMENKU: Kita gunakan teknologi Mitsubishi. Faham tak? Yang pentingnya bukan ego Malaysia tapi nyawa rakyat. Lainlah Anwar sanggup gadaikan rakyat dan negara demi kuasa. Begitu juga Nik Aziz dan hadi, sanggup gadaikan agama demi kuasa.

 Sedangkan sudah lebih 10 tahun proton beroperasi dan ia dijadikan idola oleh rakyat sebagai barangan tempatan?. Apakah Proton yang menjadi "bukti" kejayaan buatan Malaysia dan kejayaan Mahathir itu menjadi begitu penakut dengan Mitsubishi di JEPUN?. Apakah keputusan seperti itu perlu dilakukan oleh Mitsubishi dan bukannya Proton sendiri?.

KOMENKU: Bukan masalah penakut tapi keselamatan rakyat. R&D Mitsubishi dan pengalaman mereka harus diambil kira. Janganlah terlalu mencari kesalahan orang lain kerana dendam. Rasionallah sikit!!!

 Penulis suka kaitkan bahawa inilah sebenarnya kena dengan teori penjajahan bentuk baru yang menjadi kebencian Mahathir dan kroninya. Sasaran penjajahan ini ialah bukan rakyat, tetapi pemerintah dan kroni yang tamak. Bahkan, mangsa kepada penjajahan jenis ini ialah rakyat, yang menjajah ialah pemerintah yang dikelilingi oleh kroni.

KOMENKU: Anwar mahupun Nik Aziz apa bezanya? Nik Aziz arahkan Ust Shukri dan Ust Azmi putar belitkan nombor bilik Mat Sabu dan Norma yang berkhalwat di hotel untuk tutup kes. Tanya Kamaruddin Jaafar , dia kroni siapa? Kaya raya kini. Asalnya Cuma pensyarah je bukannya businessman pun tapi bila Anwar naik jadi Menteri dan TPM terus kaya raya jadinya. Ezam pun kaya raya. Kiralah gaji pegawai kerajaan, tak termampu dia memiliki sehingga 5 buah rumah dalam usia muda. Begitu juga Azmin, cukup kaya raya!!! Tapi sekarang tak tunjuklah, nanti tak dapat undi  pulak!!

Bagi kes lambang proton, sekali lagi penjajahan jenis ini dilakukan oleh kroni dan kesannya kepada rakyat secara langsung. Lambang itu mulanya ada identiti Malaysia. Tetapi apabila Proton mula beralih angin kepada Reynolds,

KOMENKU: Renault bukan Reynolds kot!!!

maka proton mengadaikan "maruah negara" lalu mengubah lambang proton kepada "kepala binatang mulut ternganga buas". Kenapa dengan mudah menukar jatidiri, identiti dan maruah ini?. Zaman sekarang, maruah, identiti dan jatidiri adalah bukan semata terletak pantun dan gendang serunai seperti yang TV3 kempenkan itu, tetapi menukar lambang seperti ini setelah bertukarkongsi ini juga adalah maruah dan jatidiri.

KOMENKU: Tengok juga share holder siapa majority? Jati diri pun kena bertempat jugak!! Demonstrasi jalanan dan putar belitkan agama pun hilang jati diri sebagai umat islam.

 Bahkan ia menjadi lebih utama sebab ia dijadikan "idola nasional" dan "hasil negara" berbanding dengan pantun J.M.Aziz dan Lim Swee Ting. Negara luar akan ketawakan rakyat Malaysia ini.

KOMENKU: Sekarang pun dah ramai yang ketawakan Malaysia kerana geli hati melihat kebodohan dan gelagat pendemonstrasi jalanan yang kena main dengan ejen-ejen CIA. Betapa bodohnya mereka memburukkan nama baik negara demi membela seorang ejen asing yang mengkhianati bangsa.

Oleh itu, usahlah memperbodohkan rakyat dengan kempen-kempen untuk mempertahankan kezaliman dan kedurjanaan yang dibuat. Jangan sampai rakyat yang bodoh-bodoh saja yang akan sokong UMNO(baru) dan rakyat yang lain akan lari dari UMNO(baru). Hakikat ini sudah mula dirasai oleh UMNO(baru).

KOMENKU: Semalam aku di PWTC, aku tengok ada seorang pekerja dari Courier Service membawa dua buah kotak bersaiz A4. Aku tanya, agaknya apakah benda di dalam tu. �Biasanya borang-borang keahlian� jawabnya.

 Maka, hentikanlah kempen yang bolih menjadikan rakyat bodoh kerana rakyat semakin hari semakin tidak bodoh. Orang UMNO(baru) sendiri pun tidak sanggup untuk melihat parti mereka semakin hari semakin dikerumuni oleh orang-orang yang "tidak mempunyai pendidikan tinggi" lalu sedang dikunyah hidup-hidup kecualilah UMNO(baru) dan kroni juga adalah penjajah bentuk baru.

KOMENKU: Patutlah ramai rakyat Malaysia yang merempat sehingga sempat lagi mengusahakan pelbagai tabung bantuan kemanusiaan untuk negara-luar seperti Kemboja, Iraq dan Gujerat. Termasuklah engkau. Artikel engkau ni gunakan komputer siapa? Merompak ke?

[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1