Satira atau Amanat?

Seperti biasa, puak pembangkang semacam sudah kehabisan isu apabila memanipulasikan satu kenyataan Dr. Mahathir yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times baru-baru ini. Seolah-olah kelihatan tidak mempunyai kerja yang lebih berfaedah daripada memfitnah sesama bangsa dan agama, puak-puak ini pastinya cukup bangga walaupun manusia yang difitnah itu pernah menyelamatkan maruah negara satu masa dahulu. Pembangkang melihatkenyataan Dr. Mahathir dengan pendekatan yang begitu sempit dan biadap. Mereka masih tidak matang di dalam menilai sesuatu kenyataan yang sedemikian rupa dan mengambil satu kesimpulan mudah dengan menyifatkan Dr. Mahathir telah melakukan satu penyelewengan akidah.

Apakah puak-puak pembangkang initidak cermin diri mereka dahulu sebelum memberi komen terhadap orang lain? Mengapakah mereka begitu bacul untuk memberi sebarang komen terhadap sebarang ayat yang terpacul keluar dari mulut Tuan Guru mereka yang sememangnya cukup terang menyesatkan? Jika kenyataan Dr. Mahathir yang berbunyi lebih kurang seperti ini:

Pada tahun 2020, saya tidak ada lagi tetapi kamu masih lagi di sini. Akan tetapi, saya akan tetap di awang-awangan memerhatikan kamu. Jika kamu tidak bertanggungjawab dan tidak berbuat sesuatu dengan baik , saya masih berada di atas dan melihat ke bawah dan saya akan menyebabkan angin kuat dan gunung berapi meletus di Malaysia.

Cuba perhatikan apa yang telah dilakukan oleh Haji Hadi dan Shahnon. Kata-kata yang jelas mengkafirkan manusia sesama Islam tanpa asas yang kukuh , mencarut dan memaki orang(dibenarkan pula oleh Tuan Guru mereka dengan alasan yang cukup keji iaitu Allah pun turut mencarut), telah mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya yang sama jahil dengan mereka di dalam pengetahuan agama. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri terang-terang menyatakan di dalam sabda Baginda yang bermaksud:

"sesiapa yang berkata kepada saudaranya (sesama Islam); hai kafir, maka tetaplah (jadi kafir) salah seorangnya� (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah Haji Hadi sengaja membuat lawak tidak masuk akal ketika berceramah menghentam UMNO dan kerajaan di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981? Kata-kata beliau yang berbunyi "kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Buddha, kita tidak payah masuk Hindhu, tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku. Sesungguhnya rakyat Malaysia pasti ingat akan kata-kata tersebut dan tidaklah buta sejarah seperti puak-puak ini. Kata-kata inilah yang menyebabkan hati orang-orang UMNO terhiris kerana dikatakan kafir oleh Haji Hadi Awang. Apakah bukti yang Haji hadi boleh berikan lagi untuk melindungi fahaman karutnya itu? Jika hanya dengan alasan Hudud dan dasar Islam sepenuhnya tidak dilaksanakan di negara ini, sememangnya Abdul Hadi berada di dalam kelompok manusia yang ketinggalan dan gagal ilmu agama. Apa yang terjadi di Kelantan dan Terengganu yang mana sehingga sekarang tidak melaksanakan hukum Hudud?

Bagaimanakah pula yang berlaku di Arab Saudi, Mesir (yang menjadi tempat rujukan utama ketika Ulama� ulama� celup ini berceramah), Jordan, dan banyak lagi negara Arab yang tidak melaksanakan Hudud? Apakah pemimpin dan rakyat mereka juga tergolong dalam golongan kafir ? bagaimanakah pula kebanyakan Ulama� Pas yang mengaji dan belajar sehingga ke al-Azhar? Apakah mereka ini menuntut ilmu dengan orang kafir? Apakah itu bukan satu perkara yang cukup pelik? Ulama� yang mendakwa golongan yang tidak melaksanakan hudud adalah kafir, tetapi beriya-iya menyokong perlaksanaan Islam di sana. Cukup bodoh dan tidak sedar diri manusia seperti ini. Beginilah sikap manusia yang tidak pernah bersyukur kepada Allah akan segala hikmah yang wujud di depan mata, tetapi sebaliknya dengan sengaja mencari kesilapan diri sendiri untuk mencari populariti yang cukup murah.

Mungkin puak-puak ini tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Merekalupa dengan kiasan, sindiran, ataupun ironi yang terdapat di dalam budaya bangsa sendiri. Satira yang digunakan ini adalah lebih baik, tepat, dan terbuka, berbanding kata-kata karut dan mencarut yang terpacul dari mulut manusia yang mendakwa diri mereka Ulama' sedangkan mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Apa yang Dr. Mahathir ingin sampaikan melalui kenyataan tersebutialah masyarakat yang produktif dan dinamik, meskipun generasi muda sudah pun mencapai apa yang digelarkan sebagai negara dan bangsa yang maju pada tahun 2020 nanti. Amat jelas di sini bahawa kita tidak mahu generasi akandatang, khususnya bangsa Melayu tidak leka dan mengganggap kenikmatan yang datang bergolek itu adalah satu takdir semata-mata, dan bukannya atas usaha berterusan yang telah dilakukan selama ini.

Agak malang bagi puak-puak pembangkang yang cetek ilmu ini, mempergunakan kenyataan tersebut untuk mempertahankan amanat Haji Hadi yang kinimeracuni tembolok Tuan Guru mereka. Jika kata-kata seperti ini tidak dituturkan sebagai satu satira dan pendorong (bukan amanat / fatwa, seperti yang didakwa oleh puak-puak yang cetek akal), maka kita percaya yang generasi akandatang mulai lupa diri dan mengabaikan tanggungjawab untuk memajukan bangsa dan negara Malaysia yang bersatu dan maju. Ini bermakna, selepas kita mencapai kemajuan yang setanding dengan dunia barat pada tahun 2020, usaha-usaha ke arah itu tidak terhenti malah akan tetap berjalan seperti biasa.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kenyataan Dr. Mahathir itu bukanlah satu penyelewengan akidah seperti yang didakwa oleh puak-puak yang berlagak mempunyai ilmu agama yang tinggi ini. Mereka sepatutnya berfikir dengan telus dahulu sebelum membuat satu-satu kenyataan, apatah lagi jika ia melibatkan akidah dan keimanan orang lain. Apa yang rasional di sini, kelihatan mereka sendiri yang terpesong akidahnya akibat terlalu lama berkurung di dalam jubah kusam Ulama' celup kebanggaan mereka itu.

Hosted by www.Geocities.ws

1