PAS : Kesan Kesilapan Berbicara

Keupayaan berhujah dan berbicara merupakan satu anugerah Allah yang amat bernilai harganya kerana tidak semua insan di dunia ini dapat berbicara dengan hujah dan fakta yang meyakinkan.

Perbicaraan yang sering dilakukan oleh golongan pembangkang telah diputarbelitkan malah dijadikan sebagai satu bahan untuk menjatuhkan golongan yang lain tanpa menerima walau sedikit pun kebenaran dan kebaikan yang diberikan.

Pertuturan insan yang kononnya dianggap sebagai pemimpin oleh golongan yang jahil menilai akan kebenaran penuh dengan lafaz-lafaz penghinaan, pendustaan, ejekan, fitnah, kejian malah gelaran-gelaran yang mengaibkan.

Langkah tersebut diambil oleh golongan pemimpin pembangkang agar dapat menghasut dan mempengaruhi minda golongan rakyat supaya menentang kerajaan.

Sesungguhnya usaha dakwah yang sedemikian bukan sahaja mencacatkan bahkan telah menggagalkan terus. Islam sama sekali tidak pernah merestui amalan sedemikian kerana prinsipnya ialah sesuatu yang baik itu mesti dicapai dengan cara yang baik juga.

Allah s.w.t mengajarkan kita supaya melakukan dakwah secara berhikmah yang bermaksud bijaksana dalam memilih kaedah dan pendekatan sama ada dari segi tutur kata, perbuatan dan akhlak.

Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik."

Sebenarnya amalan perbicaraan yang digunakan oleh ahli-ahli PAS yang kononnya bergelar ulama hanya menggunakan ayat-ayat retorik, sebagai penyedap rasa, penambah perisa, mereka menfitnah, memburuk-burukkan orang lain, menghina, mengejek dan mencarut.

Hal yang sedemikian akan memberi kesan negatif kepada kejiwaan perilaku dan perucap dan penerima. Harus disedari bahawa amalan sedemikian merupakan warisan sifat-sifat iblis dan tidak layak dimiliki oleh seseorang yang bergelar muslim apatah lagi seorang ulama.

Kesilapan bicara yang dipelbagaikan oleh golongan pemimpin atasan PAS terutamanya dalam menfitnah dan memburuk-burukkan golongan pemimpin kerajaan sebenarnya adalah sesuatu yang memalukan kerana dalam prinsip Islam sendiri tidak pernah menganjurkan perbuatan yang memalukan dan mengaibkan apatah lagi memberikan gelaran-gelaran yang buruk.

Hal ini telah dijelaskan dengan kukuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:

"memaki hamun orang mukmin itu adalah satu perkara yang tergelincir, rosak dan pembunuhannya itu adalah kekufuran."

Begitulah pendekatan yang digunakan dalam Islam untuk menserasikan, melunaskan dan mewujudkan keharmonian antara manusia dengan manusia yang sememangnya ia amat bertentangan dengan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin PAS.

Hosted by www.Geocities.ws

1