PAS: APABILA ULAMA MENJADI UMARAK
Dimana silapnya dan siapa yang hendak dipersalahkan apabila suasana bertukar dan keadaan yang wajar telah diketepikan. Ulama dan umarak mempunyai maksud dan kepentingan yang berbeza dalam konteks yang luas pengertiannya.
Jika diteliti, ulama adalah seorang ahli atau pakar dalam bidang pengetahuan dan ilmu agama manakala umarak pula adalah golongan pemimpin atau golongan pemerintah dalam sesuatau masyarakat atau kerajaan.
Namun begitu, yang menjadi masalah dan yang membingungkan apabila ulama bertukar mahu menjadi sebagai umarak walaupun sebenarnya mereka adalah layak sebagai ulama sahaja.
Lihatlah kepincangan yang diperoleh hasil daripada penyimpangan dan pertindihan antara ulama dan umarak yang telah dilakukan oleh golongan parti pembangkang PAS!
Golongan yang layak bercakap dan berhujah tentang hukum-hakam agama telah bertindak untuk bercakap tentang ekonomi, globalisasi, ICT, pentadbiran dan macam-macam lagi.
Golongan ini menganggap bahawa mereka adalah golongan yang serba-serbi sempurna, tiada langsung kecacatan dan tidak mahu menerima kelemahan yang terkandung dalam diri mereka sendiri malah melabelkan orang lain yang
bukan terdiri dari kelompok mereka sebagai tidak islamik, tidak berakhlak, memesongkan akidah dan lebih buruk lagi menganggap mereka sebagai golongan yang kafir.Jika diteliti dari segi logik, wajarkah seorang insan, manusia biasa ini menghukum dan meletakkan iman seseorang itu sedangkan kedudukan seseorang di sisi Allah hanya DIA sahaja yang mengetahuinya.
Setiap manusia mempunyai bidang dan pengkhususan yang berbeza-beza, ulama ada tugas yang tersendiri manakala umarak juga mempunyai tanggungjawab yang lain tetapi jika ulama dan umarak dianggap sama apabila berlaku
pertindihan dan apabila golongan ulama ini bertindak ingin menjadi umarak juga.Ditinjau dari segi sejarah, penubuhan PAS sebenarnya adalah untuk mewujudkan golongan ulama yang dapat menasihati golongan umarak iaitu pemimpin UMNO sendiri.
PAS iaitu Parti Islam Se Malaysia pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia yang ditubuhkan hasil daripada Persidangan Alim Ulama anjuran UMNO kali ke-2 pada bulan Julai 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Namun begitu, golongan yang dianggap dapat membantu dan menasihati para pemimpin UMNO (umarak) ini telah mempunyai sikap dan keinginan untuk menjadi umarak dan hal ini terbukti apabila tokoh dan ulama yang dilantik untuk mempengurusikan jawatan kuasa menggubal undang-undang tubuh PAS iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad telah bertindak mencabar Tunku untuk merebut jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO, di Persidangan Agung UMNO pada 25 Ogos 1951.
Ternyata bahawa ulama ini memang bermimpi untuk menjadi umarak!!! Akibat daripada kekalahan yang diterima, Tuan Haji Ahmad Fuad telah memainkan peranan dan menjadikan PAS sebagai sebuah badan pertubuhan
politik yang berasingan dengan UMNO menggunakan topeng ulama yang telah sedia dipakainya seterusnya dilantik sebagai Yang Di Pertua PAS yang pertama bagi melaksanakan hasratnya menjadi umarak.Sesungguhnya, tidak dinafikan bahawa Islam adalah Addin dan cara hidup Islam adalah cara yang paling sempurna namun seseorang yang bergelar ulama itu tidak cukup untuk untuk membuktikan bawa dirinya adalah sempurna untuk menjalankan dua tugas iaitu sebagai ulama dan umarak pada satu amas yang sama.
Setiap umarak memerlukan ulama dalam melaksanakan tugasnya dan ulama pula tidak boleh bertindak sebagai umarak pada satu masa yang sama.
P/S:Bolehkah menyelam sambil minum air???