POS MALAYSIA KINI DIJADIKAN MUSUH KETAT

Tidaklah begitu memeranjatkan apabila YB Kemaman dalam ucapan perbahasannya baru-baru ini di Dewan Rakyat menyebutkan bahawa kemungkinan Pos Malaysia mungkin akan mencurahkan dananya demi mencapai impian PM Mahathir @ Diktator Tua dalam meneruskan projek berbillion ringgit yang tidak memberi faedah pun kepada rakyat Malaysia. Pembangunan MSC dilihat sebagai projek impian Mahathir yang tidak selaras dengan perkembangan kehendak ekonomi Malaysia, sama seperti dia membangunkan projek Bakun, projek Menara berkembar ,KLCC dan beberapa projek mewah lainnya yang hanya memenuhi ilusi seorang diktator tua atau kepuasan anak-anak lelakinya yang bergayutan di dahan bapanya.

KOMENKU: Hasil daripada usaha IT dan MSC Mahahthirlah juga kamu dapat menyebarkan fitnah dan hasutan kamu kepada orang ramai. Tak sedar lagi akan kebaikan MSC ke? Orang yang paling banyak mengutuk idea Mahathir ke arah IT jugalah yang paling banyak mengunakan kebaikannya. Orang UMNO tidakpun ghairah menggunakan IT untuk menyerang musuhnya!!

Bakun punya kes pula engkau kena kaitkan dengan Anwar. Nanti minggu depan aku cerita kes tu.

Soalnya apakah Pos Malaysia cukup wang untuk membiyai projek mewah itu? Pos Malaysia bukanlah seperti TNB atau Telekom Malaysia atau Petronas yang untungnya beratus juta. Seperti diumumkan oleh Pengerusi Eksekutif Pos Malaysia yang merupakan proksi Mahathir dalam satu mesyuarat baru-baru ini Pos Malaysia hanya mencatat keuntungan lebih sejuta daripada tahun-tahun yang lalu. Ertinya Pos Malaysia hanya untung sekitar RM 80 hingga 100 juta seperti biasa pada setiap tahun.

KOMENKU: Selama hari ini anak bini engkau kena jual diri untuk nafkah hidup ke, yang engkau kutuk semua perancangan ekonomi Mahathir? Engkau mampu gunakan komputer sebab turun dari langit dengan sendirinya tanpa gerakan ekonomi ke?

 Tiada apa yang dapat dibanggakan daripada perniagaan yang dijalankan oleh Pos Malaysia, selain setiap tahun kita dengar mengendalikan berjuta-juta kad raya, kad X�mas dan kad Tahun baru China. Selain itu penjualan setem, bulk mailing, kiriman wang, parcel, dan Odasaja- sebuah syarikat ibarat dedalu bagi Pos Malaysia yang menggunakan khidmat Pos Malaysia dari a hingga ke z untuk meraih keuntungan semaksima mungkin tanpa memberikan sedikit pun keuntungan kepada Pos selain dari satu atau dua persen dari keseluruhan urusniaganya.

KOMENKU: Sebutkan saja namanya. Syarikat apa? Tak payah nak selindung-selindung lagi. Cakap tanpa bukti buat apa.

 Selain itu Pos Malaysia dikatakan berbelanja besar untuk menampung keperluan Pengerusi dan pegawai-pegawai kanannya agar rahsia tidak terbongkar sekitar 20-30 orang yang diberikan kemudahan percuma kereta Perdana setiap seorang dan gaji antara 8-hingga 10 ribu seorang. Jadi apa yang tinggal pada Pos Malaysia untuk membiyai MSC itu?

KOMENKU: Tadi marah sangat bila Pos Malaysia nak libatkan diri dalam MSC kini bising pulak. Apa punya orang..cakap berbelit-belit!!!

Apa yang kita takutkan nanti Pos Malaysia akan kekeringan dan tidak mampu membayar gaji kepada kakitangannya lebih kurang 13 ribu itu, di mana kelas yang paling ramai adalah rakyat marhaen yang terdiri dari para posmen yang bertungkus lumus siang malam untuk menambahkan kantung Pos Malaysia untuk nanti digunakan pula oleh orang lain untuk mengisi tembolok mereka yang kian membesar tapi tak pernah pecah itu! Maka akan punahlah lagi satu syarikat kepunyaan rakyat Malaysia tetapi digunakan oleh pemimpin tertinggi negara demi untyuk mencapai keserakahan nafsu gilanya.

KOMENKU: Kerja siang malam pun, dapat gaji!!! Ada overtime bukan Mahathir dera kerja tanpa gaji!! Selama hari ini pun engkau kebulur ke?

Kita seterusnya akan melihat atas nama penswastaan syarikat-syarikat milik kerajaan akan jadi seolah milik pribadi Perdana Menteri dan anak-anak beranak beliau. Akan bertambah panjanglah senarainya selepas Pos Malaysia itu nanti.

Kita rakyat Malaysia seharusnya sedar akan segala penyelewengan ini dan perlu berbuat sesuatu demi untuk generasi masa depan, generasi anak-anak dan cucu-cucu kita yang terpaksa menanggung hutang negara yang entah bila akan selesai. Bangkitlah rakyat Malaysia tanpa mengira siapa anda dan tolonglah selamatkan Malaysia dari kerakusan seorang diktator tua yang sudah dekat nak mati itu.

KOMENKU: Perkara yang perlu dibuat ialah tolong jangan berdemonstrasi! Kalau berdemonstrasi akan jadi macam di Indonesia. Semuanya hancur tak ada apa yang tinggal.

Ayuh rakyat Malaysia, bangkitlah dari tidurmu!

KOMENKU: Orang lain tak tidur pun�tapi engkau yang mengigau! Tidur tak basuh kaki ke?

Way,2001
08042001
.

Hosted by www.Geocities.ws

1