Jangan Terlalu Hipokrit

Cukup aneh jika kita melihat cara dan pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan mahasiswa Universiti Kebangsan Malaysia.  Sikap membabi buta yang ditunjukkan oleh Presiden PMUKM, Mahadi Sukarno, seolah-olah tidak
melayakkan beliau menduduki jawatan tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan menyebabkan ramai yang beranggapan beliau adalah seorang talam dua muka dan hipokrit bukan sahaja terhadap diri sendiri, tetapi juga kepada seluruh penghuni kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau seolah-olah ingin menunjukkan kebolehannya yang tidak seberapa itu di dalam isu penutupan Jabatan Persuratan Melayu di Universiti tersebut. Jika pucuk kepimpinan mahasiswa Universiti lain sibuk memperjuangkan hak mahasiswa di kampus, Presiden yang agak cetek ilmu ini sibuk pula ingin menyokong tindakan pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilihat sebagai tidak masuk akal.

Anggapan beliau bahawa pihak luar termasuk parti politik kerajaan dan NGO cuba untuk mencabul kedaulatan universiti adalah ketinggalan zaman, basi dan cukup kurang bijak. Siapakah Mahadi Sukarno jika hendak dibandingkan dengan manusia yang sudah lama cukup berjuang untuk jabatan tersebut.

Beliau hanyalah seorang pelajar mentah yang mungkin tidak boleh berfikir secara lebih mendalam tentang hal ehwal akademik seperti itu.

Seharusnya beliau mestilah membantah terhadap penutupan jabatan tersebut, seperti apa yang telah dilakukan oleh pucuk kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya yang menentang hebat penutupan Pusat Asasi Sains UM.

Sikap superbodoh yang ditunjukkan oleh Mahadi Sukarno itu hanya mencerminkan kecacatan beliau sebagai seorang presiden yang mungkin setaraf dengan Gus Dur di Indonesia.

Beliau tidak perlu menjadi superhero dengan kenyataan kontroversi tersebut yang seolah-olah menjelaskan lagi beliau adalah salah seorang puak petualang pembangkang Pas yang cuba untuk menangguk di air yang keruh, yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan peribadi dan politik sama ada di dalam dan luar kampus.

Apakah dengan sebab parti politk seperti UMNO yang memandang serius isu penutupan jabatan tersebutyang menyebabkan Mahadi Sukarno melenting akibat takut kehilangan populariti kejinya selama ini? Mungkin jika parti Pas  campur tangan, sudah pasti Presiden cacat ini akan menganjurkan satu perarakan haram di dalam kampus untuk membantah keputusan penstrukturan semula jabatan tersebut, siapa tahu?

Jika ahli politik kerajaan tidak campur tangan, apakah fungsi mereka terhdapa rakyat yang sentiasa berjuang untuk
menegakkan hak-hak orang Melayu, dan apakah Mahadi Sukarno boleh menjamin yang ia boleh diselesaikan dengan mudah, semudah beliau mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu?

Apa kata Mahadi, jika selepas ini Fakulti Pengajian Islam di universiti tersebut ditutup ataupun dijadikan satu matapelajaran elektif yang wajib atau tidak wajib diambil oleh pelajar? Kita lihat sama ada presiden tersebut boleh mengeluarkan kenyataan yang serupa atau tidak.

Hosted by www.Geocities.ws

1