Mengenali Ulama’ lakonan Pas

Parti Islam Se Malaysia (Pas) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam se Malaya (Pas). Persatuan ini telah ditubuhkan hasil daripada keputusan persidangan alim ulama’ anjuran UMNO kali ke-2 pada bulan Julai 1951di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Penubuhannya bertujuan untuk membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam. Apabila Haji Ahmad Fuad, tokoh yang dilantik mempengerusikan jawatankuasa menggubal undang-undang tubuh Pas kalah kepada Tunku Abdul Rahman di dalam persaingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO, beliau telah mengambil kesempatan ini untuk menggunakan Pas untuk tujuan politik akibat rasa tidak puas hati.

Jadi tidak hairanlah jika ulama’ yang dihasilkan daripada perjuangan Pas hanya mementingkan kuasa daripada perjuangan Islam yang sebenarnya. Dengan mengisytiharkan kononnya mereka berjuan atas parti Allah, pemimpin-pemimpin Pas yang mendakwa diri mereka ulama’ besar tidak pernah puas untuk menjual nama Islam dan mengambil kesempatan perpecahan politik dalaman UMNO untuk membohongi rakyat. Selepas kontroversi yang ditimbulkan oleh Mat Sabu dan Shahnon Ahmad, kini timbul pula kontroversi hangat satu lagi pemimpin Pas iaitu Taib Azamudeen. Ahli parlimen kawasan Baling ini sememangnya cukup dikenali ramai sebelum ini, sebaik sahaja menduduki jawatan Imam Besar Masjid Negara. Berkelulusan dari salah sebuah universiti terkemuka di Mesir, Taib Azamudeen dianggap layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Kontroversi terhadap beliau mula timbul apabila tersebarnya video rakaman pengakuan salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sei Anwar Ibrahim, yang mana beliau sendiri turut memainkan peranan utama sebagai aktor utamanya. Sebaik sahaja memenangi pilihanraya parlimen kawasan Baling atas tiket Pas, Taib Azamudeen lebih banyak mengambil sikap berdiam diri daripada mengulas isu tersebut. Taib Azamudeen sebagai seorang ahli agama tidak patut menyembunyikan perkara yang menjadi punca krisis terbesar menimpa negara itu kerana beliau mengetahui banyak hakikat yang berlaku sepertimana yang ditunjukkan di dalam rakaman video tersebut. Tindakan Taib Azamudeen dilihat seolah-olah melindungi bangkai seekor gajah dengan sehelai daun lalang. Dimanakah kewibawaan beliau sebagai seorang Ahli parlimen parti Pas yang memperjuangkan dasar-dasar Islam selama dan mendakwa kononnya kebanyakan pemimpin parti Allah itu seorang ulama’, sedangkan tidak boleh bercakap benar? Apakah ini bertepatan dengan kedudukan Taib Azamudeen sebagai seorang bekas Imam Masjid Negara yang mendapat ramai kepercayaan umat Islam di negara ini? Malang sekali apabila Taib Azamuden memilih untuk bersubahat dan bersekongkol dengan pemimpin Pas yang mempergunakan slah laku seks bekas pemimpin politik UMNO tersebut untuk memfitnah kerajaan dan menyalahkan UMNO.

Dimanakah pertimbangan Taib Azamudeen sebagai manusia yang beragama dan berpelajaran tinggi? Pemimpin dan ulama’ Pas dilihat menggunakan isu salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam dua peringkat. Peringkat pertama, menggunakan isu berkenaan semasa pemimpin politik itu berada di dalam kerajaan. Seperti biasa, Pas mahu menggunakan isu seperti itu untuk meraih sokongan politki secara kotor dan tidak selaras dengan kehendak Rasulullah. Di dalam peringkat ini juga, Pas menentang pemimpin politik tersebut dan kerajaan sekaligus. Peringkat kedua pula, selepas pemimpin politik tersebut dipecat daripada kerajaan dan parti. Kali ini pemimpin Pas yang dahulunya mengutuk, mencaci, dan mengeji pemimpin politik tersebut kini bertukar wajah. Sama juga seperti pemimpin politik yang dipecat itu yang cukup pandai dan hebat berlakon watak utama di dalam sebuah filem sedih, Pas menggunakan pula isu pemecatan tersebut dari aspek yang lain, walhal tujuannya sama iaitu meraih sokongan politik dengan cara paling keji. Ini seolah-olah Pas yang memerangkap kerajaan melalui polisi adu domba.

Kemanakah sebenarnya halatuju pemimpin Pas yang kononnya digelar ulama’ ini? Apakah mereka benar-benar begitu hebat jika hendak dibandingkan dengan Ulama’ yang wujud semasa dan selepas zaman Rasulullah sehinggakan kita sebagai manusia yang berakal tidak boleh membezakan antara yang benar dan tidak benar? Oleh itu, Taib Azamudeen mestilah berfikir dengan lebih telus mulai sekarang sebelum terlambat. Lihat sahajalah pa yang telah dilakukan oleh haji Abdul Hadi Awang. Kerana terlajak perbuatan dan kata, manusia yang kononya bergelar tuan guru ini menjerut lehernya sendiri dengan amanat karutnya itu. Dosanya pasti tidak akan terampun jika enggan mengakui kesalahannya yang telah terbukti tidak betul selama ini.

Hosted by www.Geocities.ws

1