Antara Amanat dan Amanah

Ketika mesyuarat Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS masih lagi belum mencapai kata sepakat tentang pertemuan pemimpin tertinggi daripada kedua-dua parti untuk berbincang soal perpaduan melayu, kini timbul pula isu Amanat Haji Hadi. Kesediaan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim mencabar Timbalan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang untuk mengadakan muzakarah berhubung isu Amanat Haji Hadi dilihat sebagai satu perkembangan yang positif. Ia dilihat sebagai satu lagi cara untuk menjernihkan semula hubungan persaudaraan Melayu yang selama ini terjejas dan berpecah-belah akibat amanat tersebut.

Usaha ini juga telah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk daripada kalangan tokoh agama negara ini. Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader Talip berpendapat bahawa pertemuan ini perlulah disokong kerana ia boleh digunakan untuk menentukan kebenaran, apatah lagi ia melibatkan maruah agama, bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar pemimpin Pembangkang khususnya PAS yang bertanggungjawab sepenunya terhadap amanat tersebut tidak lagi berdolak-dalik di dalam memenuhi undangan bagi menghadiri muzakarah itu nanti.

Isu Amanat Haji Hadi ini bukanlah satu isu yang baru. Kata-kata yang bercirikan hukum agama yang terloncat keluar dari mulut Timbalan Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awangkerana terlalu ghairah berceramah menghentam UMNO dan kerajaan di kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah dianggap sebagai satu amanat dan fatwa oleh pengikutnya yang taksub. Ini seterusnya membawa kepada peristiwa berdarah Memali yang telah mengorbankan 18 orang iaitu 14 orang ahli PAS dan 4 orang anggota polis. Sungguhpun peristiwa ini berlaku hampir 20 tahun yang lalu, namun kesannya masih lagi melanda masyarakat negara ini, khususnya di pantai timur semenanjung. Sembahyang dua imam, haram makan sembelihan orang UMNO, undi PAS masuk syurga, dan menghukum orang UMNO itu kafir adalah satu pemandangan yang biasa di sini.

Apabila Ketua Polis Terengganu mendedahkan terdapat 26 buah masjid yang bermasalah di negeri ini, Abdul Hadi Awang yang kini Menteri Besar Terengganu secara terang-terangan menyalahkan UMNO sebagai penyebab kepada semua itu. Kenyataan abdul Hadi ini agak pelik kerana sebelum PAS mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri, masjid-masjid, madrasah dan surau yang dibina oleh kerajaan barisan Nasional adalah haram untuk digunakan kerana ia dibina oleh dari hasil cukai judi dan arak. Tetapi apabila PAS mengambil alih, puak-puak ini mula berebut-rebut jawatan dan seterusnya dengan ghairah cuba untuk menguasai masjid-masjid, madrasah dan surau yang dianggap haram tidak lama dahulu. Yang melucukan, abdul Hadi sendiri tidak berupaya untuk menghapuskan cukai arak dan perjudian secara total dan sekaligus menafikan model kerajaan islamik yang dilaung-laungkan sewaktu pilihanraya dahulu.

Haji Abdul Hadi Awang seolah-olah tidak boleh berfikir siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas fenomena ini. Sikap superbodohnya ketika mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir dengan lebih panjang, memperlihatkan kecetekan ilmu manusia yang kononya bergelar "Tuan Guru" ini, dan dalam masa yang sama menafikan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa Abdul Hadi adalah manusia yang berilmu tinggi.

Hosted by www.Geocities.ws

1