SEPERTI YANG DI E-MAILKAN KEPADA SAYA OLEH SEORANG RAKAN.

Laporan Khas
>Pernyataan YM Raja Kamaruddin b Raja Ab Wahid
>Kes Penglibatan Dato Aziz Shamsuddin (Setiausaha Politik) YAB
>Dato
>Seri Dr.Mahathir Mohamad Dalam Rancangan Menjatuhkan Imaje YAB
>Dato
>Seri Anuar Ibrahim (TPM)  Merangkap Menteri Kewangan.
>
>               PERNYATAAN
>
>Saya Raja Kamaruddin bin R Ab Wahid adalah seorang ahli UMNO
>yang
>membuat aduan atau pernyataan ini dengan sukarela tanpa dipaksa
>oleh
>mana-mana pihak dan keadaan kesihatan saya adalah sihat serta
>dalam
>fikiran yang waras.
>1. Pada satu hari selepas Perhimpunan Agung UMNO saya menerima
>panggilan daripada Dato Rais bin Zainuddin lebih kurang jam 5.30
>petang. Beliau menjemput saya kepejabatnya diBangunan FAS, Kuala
>Lumpur.
>2.Semasa saya sampai Dato Rais sedang menunggu saya seorang diri
>dan
>kami berbincang tentang cadangan mengadakan kursus UMNO di
>Bahagian
>beliau di Negeri Sembilan.
>3. Lebih kurang 30 minit kemudian datang tiga orang lagi iaitu
>Sdr.Hj.Zahar (nama penuh kurang pasti), Sdr.Zul, dan Sdr.Omar.
>4. Hj.Zahar menyuruh saya dan Dato masuk sebuah bilik tetamu
>lalu
>menyampaikan berita bahawa beliau bertiga baru saja pulang
>daripada
>pejabat PM berjumpa dengan Dato Aziz Shamsuddin. Selain dari itu
>Hj.Zahar mengatakan bahawa Aziz Shamsuddin (Setiausaha Politik
>PM)
>sendiri menyampaikan berita kepadanya bahawa PM mengatakan
>bahawa
>Annuar Ibrahim (TPM) tidak layak menjadi PM. Anuar "Zero" tidak
>tahu
>tentang kewangan. Kita ada tugas penting untuk menentukan bahawa
>Annuar tidak akan menjadi PM dan semua orang-orangnya mesti
>dipancong
>sebelum pemilihan 1999 ini.
>5.Kita yang berlima ini akan merancang dan mengemukakan cadangan
>kepada Dato Aziz bagaimana operasi ini akan dijalankan. Beliau
>(Dato
>Aziz) akan berjumpa kita untuk perbincangan selanjutnya.
>6.Pada keesokan harinya (tarikh saya lupa) sekali lagi kami
>bertemu di
>Pejabat Dato Rais (Bangunan FAS sebelah Stadium) kami
>membincangkan
>strategi gerakkerja menyekat Sdr Annuar Ibrahim (TPM) daripada
>menjadi
>PM. Pada hari tersebut seorang pelajar UKM berada di Pejabat
>tersebut.
>7. Dato Rais, menyatakan bahawa TPM adalah agent CIA dan
>mendapat
>bantuan 1.2 billion US Dollar untuk kempen akan datang (1999
>MKT).
>8. Pada hari Jumaat 26hb Jun 1998 lebih kurang jam 11.45 pagi
>saya
>telah dibawa oleh kumpulan Dato Rais berjumpa dengan Dato Aziz
>Shamsuddin di Pejabat PM.
>9. Dato Aziz Shamsuddin telah mengatakan perkataan yang sama
>dikatakan
>oleh Hj.Zahar iaitu:"PM kata Anuar tidak layak jadi PM dan Anuar
>"Zero" tentang kewangan.
>10.Hj.Zahar memperkatakan kepada Dato Aziz bahawa ini sahaja
>orang
>yang kita ada iaitu lima orang. Kemudian Dato Aziz berkata
>cukuplah
>lima (5) orang. Suharto menggunakan 10 orang sahaja untuk
>mengawal 200
>juta; kita 20 juta cukup dengan lima orang.
>11.Selepas berjumpa dengan Dato Aziz saya dibawa berjumpa dengan
>seorang setiausaha wanita PM ditingkat atas. Namanya kurang
>pasti
>(Hamidah atau Faridah). Hj.Zahar dengan sengaja menjolokkan
>pertanyaan
>kepada wanita tersebut tentang kes seorang wanita bernama UMI
>dan
>bercerita tentang kononnya Isteri Driver Anuar dilanggar untuk
>menakut-nakutkan Driver tersebut supaya jangan mengaku perbuatan
>Anuar. Selepas perjumpaan dengan dua orang di JPM kami pulang
>semula
>ke  pejabat Dato Rais (FAS).
>.......................
>
>Signed and chop: RAJA KAMARUDDIN B RAJA AB.WAHID
>                 Ketua UMNO Cawangan
>                 Taman Bukit Sri Andalas
>                 12/7/97

Hosted by www.Geocities.ws

1